BAB 5

13.6K 514 7
                                    

Kening kanan Noah terjongket ke atas apabila melihat tiga orang jejaka masuk ke dalam office Syaf.

Namun dia fikir positif mungkin tu staff nya saja.

"Apa kau nak lagi Hazel?"Datar suara Syaf bertanya dan disandarkan badannya di kerusi.

"Macam biasa sayang. I want you back."Fazrish Hazel menyeluk kedua tangannya di kocek seluar. Bodyguard nya setia di kiri dan kanan.

"Aku dah cakap aku taknak yang kau nak paksa paksa aku kenapa? Macam tak ada perempuan lain dekat dunia ni"Syaf mendengus perlahan.

"Ada aku cakap aku nak perempuan lain? Aku nak kau sayang."suaranya mula bertukar datar.

"Kalau kau datang company aku semata mata nak berbual benda ni baik kau berambus sekarang!"Meninggi suara Syaf namun Hazel tergelak kecil.

"Tak baik tinggikan suara dekat future husband kau ni sayang."Syaf mengepal erat penumbuk nya dan bangun dari duduk.

"Apa? Tak cukup lagi apa kau dah buat dekat aku? Kau nak curang depan aku lagi ke lepas aku terima kau semula? Oh no no aku takkan terima kau balik."Hazel melangkah ke hadapan.

"Listen to me baby. Aku mengaku aku salah sebab curang dengan kau tapi kau tu masih milik aku dan aku nak kau balik dekat aku semula"Hazel membalas renungan lebih tajam dari Syaf.

"Aku dan kau takda dalam ikatan yang sah jadi dengan segala hormatnya sila berambus kalau kau taknak pengawal aku heret korang bertiga keluar. KELUAR!"Tengking Syaf yang mula hilang sabar.

"Ok aku akan keluar tapi ingat sayang, kau hanya milik aku."Hazel dan dua bodyguard nya melangkah keluar dari bilik tersebut.

Syaf terduduk dan disembamkan mukanya di meja. Air mata mula mengalir. Kenapa bila dia sudah cuba untuk melupakan Hazel, jejaka tu datang semula dengan cara mau ambil dirinya?.

Ting.

Tangan mencapai telefon dan dibuka mesej tersebut.

Noah.
-dont cry babygirl. I am here with you.

Syaf tersentak. Macam mana Noah boleh tahu dia menangis. Dipandang sekeliling bilik nya.

Nafas dihela perlahan. Entah apa yang Hazel akan rancangkan. Jika jejaka tu berkata sebergitu pasti dia akan lakukan.

"tenung air tu sampai nak tembus"Noah bergumam perlahan sambil menyandarkan badannya di tiang dengan mata tidak lepas memandang gadis tu yang termenung.

"Hye sayang. We meet again."Syaf mengetap bibir menahan geram apabila Hazel berjalan sebelahnya.

"boleh tak jangan ganggu aku. Semak"Hazel menjongket keningnya.

"Aku memang semak pun mu ja yang tak tahuuu"Syaf terdiam seketika. Dikepal erat penumbuknya dasar perasan.

"Menyemakkk"Diatur langkah meninggalkan jejaka tu. Hazel mengejar langkah Syaf dan dipegang tangan gadis tu.

"Laju laju nak kemana sayang?"Dijongket keningnya. Spek mata hitam tu terletak cantik di atas hidungnya.

"You haven't changed. Still beautiful"Diukir senyuman kacaknya namun Syaf memandang menyampah.

"Jangan ganggu aku. Aku taknak tengok muka lelaki curang macam kau ni"Direntap tangannya kasar dan melangkah pergi namun langkahnya terhenti apabila mendengar suara Hazel.

"Kalau kau jauhkan diri dari aku. Aku akan sebar benda tu"Syaf berkerut dahi tanda tidak faham.

"What?"Hazel mengukir senyuman sinisnya dan diseluk tangan ke dalam kocek seluar.

18. NOAH ANDREW [C]Where stories live. Discover now