Disandarkan badannya di kerusi kerjanya dan merenung kosong kertas kerjanya.
"Noah? Pembunuh?" Entah kenapa ada perasaan lain yang datang dalam dirinya atau lebih tepat perasaan 'benci'.
Dia bencikan pembunuh. Disebabkan seorang 'pembunuh' lah kedua orang tuanya pergi meninggalkan diri dia berseorangan diri.
Telefon yang berdering dikerling sekilas dan tertera nama Noah disitu. Hati berasa benci melihat nama tersebut. Dioffkan telefonnya dan diletak di tepi.
"How dare you babygirl" dipandang laptop melihat gadis tu yang dengan selamba saja menutup panggilan nya sebentar tadi.
Syaf mengambil ipad nya di laci meja dan lincah tangan nya melakukan sesuatu.
Noah berkerut dahi apabila laptopnya menjadi gelap bahkan cctv yang berada di rumah serta office Syaf jugak tidak lagi berfungsi.
"Shit"dihentak meja nya kuat dengan tangan mengepal penumbuk nya erat.
Syaf bingkas mengambil barang barangnya dan berlari keluar dari office nya. Dipandang sekeliling dan memboloskan diri ke dalam kereta.
Syaf tidak pulang ke rumah kerna dia tahu jejaka tu pasti akan datang mencari nya. Dia tidak tahu sama ada tindakan dia ini benar atau salah.
Dia buntu kerana sewaktu demam, jejaka tu menjaga nya dengan baik tapi kenapa sekarang dia berasa benci apabila terfikir tentang si dia.
"Kau ingat kau boleh larikan diri daripada aku babygirl?"Noah tersenyum sinis sambil melihat telefonnya dimana lokasi gadis tu berada. Dipecut laju keretanya.
Syaf tersentak apabila kereta noah berada di belakangnya melalui cermin sisi.
"Macam mana dia boleh tahu"Ditekan pedal minyak dan dipakai earpiece nya.
"Hack alat penjejak yang ada dekat dengan aku sekarang kalau boleh hapuskan NOW!"tegas suara Syaf menyuruh mawar.
"No no no you cant run away from me babygirl" Noah turut meningkatkan kelajuan kereta sport nya.
Syaf memotong kereta kereta yang menghalang jalannya dan dibelok ke jalan yang sunyi serta gelap.
Dilihat ke arah belakang kereta Noah sudah tiada. Ditutup enjin serta lampu keretanya agar Noah tidak tahu keberadaan nya.
Nafas dihela perlahan dan disandarkan badannya untuk rehat.
"Sial!"Noah menghentak stereng nya kuat apabila hilang jejak gadis tu. Digengam erat stereng kereta nya sehingga urat urat menimbul dengan wajah mula memerah kerana amarah yang kian hadir.
YOU ARE READING
18. NOAH ANDREW [C]
RomanceDia sangat obses kan dengan gadis tu saja. Kemana gadis tu pergi pasti dia akan ikut bersama dengan cara memerhati dari jauh. siapa yang cuba menganggu atau cuba merampas gadis tu darinya pasti dia akan bunuh dalam keadaan yang mengerikan. Dia Tengk...