"ni puan barang nya"Syaf mengukir senyuman dan mengucapkan terima kasih. Pintu ditutup semula dan diatur langkah ke sofa ruang tamu.
Selendang yang berwarna biru laut tu dipandang dengan senyuman manisnya.
Pintu office milik Noah diketuk terlebih dahulu.
"MASUK!"Nafas ditarik dan diatur langkah masuk ke dalam bilik tersebut. Noah masih tidak mengangkat muka.
"Assalamualaikum abangg"salam diberi olehnya.
"Waalaikumu...ssalam"terkaku Noah melihat isteri nya yang cantik bertudung.
"Damn. That you Afika Syafinaz? My wife? My sugar baby?"jelas wajah Noah terkejut sekarang. Syaf tersenyum manis dan menganguk.
Jejaka tu bangun dari duduknya dan melangkah mendekati isterinya. Tangan naik mengusap kepala syaf yang menutupi tudung shawl.
"Very beautiful" puji Noah ikhlas dengan mata merenung segenap wajah cantik isterinya.
"Thankyou husband"Noah tergelak kecil seakan tidak percaya isterinya bertudung. Nampak ayu bahkan sangat cantik hanya untuk dirinya saja.
"Abang rasa macam tak percaya sayang bertudung. You are very beautiful my angel" digengam erat jari jemari isterinya. Hilang kekusutan sebentar tadi selepas melihat isteri yang bertudung.
"Biarlah rambut syaf hanya dilihat oleh abang sorang saja"Noah menarik tubuh syaf ke dalam pelukannya diusap belakang isteri nya perlahan.
"Abang lapar ni. Jom lunch"Diusap pipi gebu tu perlahan. Syaf memganguk.
"Jom"Syaf menarik lengan suaminya untuk keluar lunch bersama. Noah tidak lepas memandang wajah cantik isterinya ketika makan.
Terasa tenang saja melihat syaf yang bertudung.
"Abang dah lama nak suruh sayang bertudung tapi takut pula sayang tak boleh terima permintaan abang dan abang tak sangka sayang pun berniat nak pakai tudung. "Tutur Noah. Syaf mengukir senyuman manisnya.
"Syaf minta maaf tau kalau selama jadi isteri abang syaf ada kurang ajar ke apa."Noah mengeleng kepalanya tanda tidak mengapa. Tangan isteri di atas meja digengam erat.
"Sayang tak ada salah apa pun dengan abang. Abang yang ada salah dengan sayang jadi abang minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Mungkin cara abang nak dapatkan sayang nampak kotor tapi jauh dari sudut hati abang sayangkan sayang. "Dibalas senyuman manis isterinya.
"Tak apa lah abang. Syaf dah maafkan dah pun lagipun sekarang kita dah suami isteri. Benda yang dah jadi biarlah jadi kenangan."Noah membawa tangan isterinya ke bibir dan dikucup lembut.
"Terima kasih sebab maafkan abang"Syaf menganguk perlahan.
YOU ARE READING
18. NOAH ANDREW [C]
RomanceDia sangat obses kan dengan gadis tu saja. Kemana gadis tu pergi pasti dia akan ikut bersama dengan cara memerhati dari jauh. siapa yang cuba menganggu atau cuba merampas gadis tu darinya pasti dia akan bunuh dalam keadaan yang mengerikan. Dia Tengk...