TEASER 9

1.1K 99 3
                                    

"Nasi ni semua ke?" Sun tanya Nur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Nasi ni semua ke?" Sun tanya Nur.

"Haah, habiskan nasi tu."

"Awak tak nak makan lagi?"

Geleng.

"Awak makanlah, habis kan je."

Terus Sun buat seperti yang disuruh. Habis semua nasi yang ada dalam periuk dia cedok masuk dalam pinggan. Ayam dalam kuali Sun angkat bila sudah diyakini masak lalu dipindahkan ke dalam pinggan yang berisi nasi.

Sun bawa pinggan ke meja makan kemudian duduk. Nur ambil tempat depan Sun, mahu menemani suaminya itu makan.

"Saya makan dulu." Sun tadah tangan membaca doa sebelum mula menyuap.

Lama-lama Nur tengok Sun makan macam sedap sangat buatkan dia juga terliur.

Agak-agak kalau Nur minta sikit dekat Sun, Encik Matahari tu marah tak? Ish!

Laju Nur tergeleng kecil, tak mahulah. Membebel pula Sun kejap lagi, tadi dia tanya Nur mentah-mentah tolak. Tahan, tahan.

"Nah, buka mulut." Tiba-tiba tangan Sun sudah berada betul-betul depan muka Nur.

"Ha?"

"Cepatlah buka mulut." Sun ajukan tangan yang ada sesuap nasi lebih dekat dengan Nur. Dengan teragak-agak Nur buka mulut, terus Sun suapkan dia nasi itu.

Lambat-lambat Nur mengunyah sambil tangan menekup bibir, mata tetap pada Sun yang sedang menunduk makan. Terharu. Macam mana Sun boleh baca apa yang ada dalam kepala Nur?

Sun angkat muka lalu terpandangkan Nur yang tengah lihat dia semacam.

"Ni dah kenapa pula ni?" Sesuap lagi nasi dia ajukan ke mulut Nur, seperti tadi, Nur buka mulutnya.

"Macam mana awak tahu saya nak sikit?"

La...

Sun tergelak dengar pertanyaan polos Nur.

"Tahulah, kata Sunkist?"

.
.
.
To those yang tertanya-tanya, cerita ni pasal apa? Sekolah ada, universiti ada, gi oversea ada, kawinnn pun ada. Cerita ni, tell u from A to Z, 100% pasal diorang dua je😉

How their love maturing with, age😊

Heliophile  [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now