SUN betul-betulkan bajunya di depan cermin sebelum dia melangkah keluar daripada tandas.
Tangannya yang basah dia lap guna tisu yang memang sedia ada di dalam poket.
Baru sahaja kakinya dibawa selangkah keluar daripada pintu tandas, Sun dah nampak muka Nur nun tengah bersembang dengan kawan-kawan dia dekat depan bilik guru.
Riak bosan serta-merta terukir di wajahnya. Tak ada muka lain ke nak jumpa dekat sekolah ni selain daripada Nur?
Balik-balik jumpa Nur.
Pergi koperasi jumpa Nur. Pergi perpustakaan ada Nur. Pergi PJ pagi Jumaat pun sama waktu dengan kelas Nur. Masuk bilik guru nak hantar nota pun terserempak dengan Nur!
Nur ada di mana-mana!
Padahal sebelum ni, Sun tahu pun tidak yang Nur tu wujud dekat sekolah itu. Sumpah, sekali pun dia tak pernah nampak muka Nur sebelum dia jumpa juniornya itu di Makmal Bahasa.
Lepas je kenal, merata-rata pula dia nampak muka budak tu.
Tengoklah sekarang, keluar tandas pun boleh nampak muka dia?
Mengarut betul.
Sun cepat-cepat berjalan mendaki tangga, mahu naik ke bilik kelasnya. Tak mahu Nur nampak dia.
"KOOP ke kantin?" Jay soal Sun sambil simpan buku teks dalam beg. Barang-barang atas meja dia kemas, kemudian buku yang bakal digunakan untuk subjek lepas rehat pula dikeluarkan.
Senang, nanti tidaklah kelam kabut sangat apabila habis rehat.
"Koop la. Aku malas nak turun kantin, mesti penuh. Lagi pun dah lambat. Makanan mesti dah habis." Sun juga seperti Jay sedang mengemas meja.
"Koop pun okey. Boleh aku beli correction tape sekali." Mereka berdua sudah bangun dan jalan beriringan keluar daripada bilik kelas.
Bangunan koperasi sekolah menjadi destinasi mereka.
Sun dan Jay sedang berbual-bual kosong sambil berjalan apabila nama Sun diseru tiba-tiba dari tepi.
"Sun!"
Mereka berdua menoleh, mahu melihat siapa yang berani-berani menegur Sun.
Siapa lagi kalau bukan... Nur.
Sebaik sahaja Sun nampak kelibat gadis comel itu terus dia buat muka bosan.
Nur lagi...
Hari ini sahaja Sun dah terserempak dengan Nur tiga kali. Pagi tadi dekat perhimpunan, lepas tu masa keluar tandas, dan kali ketiga, sekarang. Tiga kali.
YOU ARE READING
Heliophile [SUDAH TERBIT]
RomansHeliophile- a person who loves the sun. Beku, itu sifatnya. Nama dia Aarif Ahsan , tapi mereka panggil dia Sun, matahari. Dan satu-satunya yang boleh berada di sisinya adalah cahaya, yang menjadi haba mencairkan hati sedingin ais. The sunshine. She...