Bijitlisa's Present !

49 4 8
                                    


AKU BUKAN ADAM ANAKIN

𝕬𝖉𝖆𝖒 𝕬𝖓𝖆𝖐𝖎𝖓 ♥ 𝕬𝖞𝖆 𝕯𝖆𝖍𝖑𝖎𝖆

Duration:

Start : 17 February 2022

End : Till now

~ This story has nothing to do with the living and the gone ~


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Sinopsis

Bukan sekadar angka yang bertambah, segala memori pahit, manis, jatuh, bangun, susah dan senang kehidupan terngiang ngiang kembali.

Cerita kehidupan yang sering digembar-gemburkan selalunya berkisah tentang cinta, kasih sayang, keberuntungan, kemeriahan, kesungguhan, kemanisan dan keindahan sahaja.

Tetapi kenapa jarang diceritakan tentang kehidupan yang sebenar?

Hidup bukanlah sepertimana yang dinukilkan di dalam novel. Tiada lagi istilah Happily Ever After. Betapa susahnya kehidupan setelah berganjak ke angka yang seterusnya. Dahulunya kita selalu nak cepat bertambah umur, tetapi sekarang apabila berada di angka tersebut, sering mahu dikembalikan masa.

Andai kita tahu bagaimana rasanya berganjak ke angka seterusnya...

Begitulah apa yang sedang difikirkan oleh seorang pelajar yang sibuk memikirkan tentang masa depannya. Seorang pelajar jurusan degree dalam bidang perniagaan di Australian National University, yang merupakan salah satu university terbaik di Australia. Bukan mudah baginya untuk menyambung pelajaran di samping mengendalikan syarikat milik ayahnya di Australia. Disebabkan dia merupakan anak tunggal kesayangan keluarganya, wajarlah dia berfikiran jauh dan mula memikirkan nasib dan masa depan hidupnya.

Setelah beberapa tahun di negara asing, dia dipaksa oleh kedua orang tuanya untuk menghadiri sebuah jamuan, di salah sebuah negeri yang terkaya di Australia iaitu New South Wales. Majlis yang disangkakan hanyalah jamuan yang biasa dihadiri oleh orang kaya raya di Australia bagi meluaskan rangkaian bisnes milik keluarga mereka, bertukar menjadi jamuan di mana mereka menentukan jodoh bagi anak anak teruna dan anak anak gadis dari pelbagai latar belakang. 

Bermulalah kisah yang tak disangka-sangka akan berlaku ke atas dirinya...

"Bukankah tradisi seperti ini sudah lama dikuburkan?" - Adam Anakin

"If not now, then when? You need to continue Anakin's Family legacy!" - Anakin's Family

"Jika bersama dengan Adam Anakin boleh mengubah segalanya, tak salah kan?" - Aya Dahlia


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


This is my first time writing story!

please do support my enthusiasms and show some loves xoxo </3

Love,  𝕸𝖎𝖓 𝕳𝖆𝖑𝖎𝖘𝖆.






AKU BUKAN ADAM ANAKINWhere stories live. Discover now