Chapter Two

24 2 4
                                    


Setibanya Adam di perkarangan university, semua mata tertumpu ke arahnya dan sering menjadi topik perbualan rakan-rakan sekuliahnya. Belum kira lagi yang datang semata-mata untuk menarik perhatiannya, memang langsung tak dilayan. Bukan Adam langsung tiada kawan, cuma dia mempunyai beberapa orang sahaja sahabat yang benar-benar rapat sejak zaman kanak-kanaknya.

Hanya Lucas, Mino dan Theo.


Sebelum meneruskan cerita dengan lebih lanjut, sedikit latar belakang rakan-rakan Adam!

Lucas Wong, berasal dari Hong Kong yang kini menetap di Australia. Berbadan agak tegap, tinggi dan jenis yang tidak ambil kesah tentang gaya rambutnya, sebab confident yang dia boleh menggayakan any hairstyles. Merupakan seorang pelajar degree tahun akhir dalam bidang finance and actuarial statistics. Seorang yang gilakan mathematic dan science, pandai menguruskan kewangan, sangat gentlemen dan berbudi bahasa. Bakal menaungi syarikat milik keluarganya, W Bank Association!

Song Mino, berasal dari Seoul, Korea. Berbadan agak kurus tetapi tetap fit, rambutnya yang baru dipotong gaya surf cut menyerlahkan lagi side profile dirinya. Mino merupakan seorang bekas athlete basketball mewakili negaranya dan sekarang menukar seleranya dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang Business and Management Studies. Seorang yang agak kelakar, artsy and fun to be with dan sentiasa comitted dengan apa yang dia buat. Bakal menjayakan syarikat Song & Song Corporation!

Theo Benjamin, berasal dari Newcastle, United Kingdom. Berbadan sasa, kadang-kadang memakai spek mata and rambut always in messy style. Dia lebih selesa begitu. Seorang yang introvert tetapi sangat bijak and professional in coding, anything related to information technology and computer systems. Data and cyber hacking ? Bagi je dia, settle. Merupakan seorang pelajar degree tahun akhir dalam bidang Advanced Computing bahagian research and development. Masih berjinak-jinak dalam dunia programming and coding analyst di beberapa buah syarikat yang terkenal di Australia.

Ok, now back to the story...


Mino menyapa Adam dengan menepuk belakang kepala Adam dan terus meletakkan lengannya ke atas bahu. Adam yang terkejut dengan tindakan itu, terus menyiku di bahagian perut Mino. Biar senak! 

"Lah, aku tepuk je itupun nak balas dendam balik dekat aku..tak chill lah~" Kata Mino sambil tergelak melihat muka Adam yang senyum tak ikhlas.

"Tu nasib baiklah aku siku je, kalau aku hempuk tadi apa pun tak dapat." Adam ketawa sambil melirik jam ditangannya yang telah menunjukkan pukul 9.00, berbaki 15 minit sahaja lagi sebelum kelas perniagaan mereka bermula. 

Mino dan Adam bergerak menuju ke dewan kuliah yang telah ditetapkan. Manakala Lucas dan Theo masih belum sampai ke university kerana kelas mereka bermula agak lambat pada hari tersebut.


Tepat pukul 12.30 tengahari, class perniagaan mereka tamat dan sudah tiba masanya untuk ke cafeteria bagi makan tengahari. Kebiasaannya mereka berempat keluar makan di luar perkarangan university, tapi entah kenapa hari ini masing-masing memilih untuk makan di cafeteria university mereka. 

Sewaktu berjalan menuju ke cafeteria, terdengar bunyi barang-barang jatuh secara berterusan dan bunyi tersebut datangnya dari bilik recording yang berada di sayap kiri bangunan pelajar yang jarang digunakan.  Sewaktu Mino, Lucas dan Theo sedang asyik berborak, Adam memberhentikan langkahnya dan terus menukar arah langkahnya menuju ke bilik recording tersebut. Peliknya, pintu terkunci rapat dan tidak lagi kedengaran sebarang bunyi dari bilik itu. Adam cuba membuka pintu itu, namun tak berjaya kerana tombol pintu tersebut seolah-olah dipegang erat dari dalam. Tanpa menunggu lebih lama lagi, laju kaki Theo menyepak tombol pintu hingga tercabut dan patah. Pintu dibuka luas, Adam melihat tingkap bilik terbuka luas dan tiga daripadanya telah pecah. Kelihatan seorang gadis seusianya. Jika dilihat dari luaran seperti seorang muslim, kerana memakai hijab. 

Apabila dilihat situasi keseluruhan, sepertinya perempuan itu telah dibuli dengan teruk. Bertanda-tanda mukanya, lebam dibahagian mulut dan mata sebelah kiri, baju yang dipakai asalnya tertutup rapi, habis terkoyak di beberapa bahagian. Apabila ditanya, rupanya gadis muslim itu telah diganggu secara lisan dan seterusnya didera secara fizikal oleh beberapa orang lelaki. Dia dipukul di bahagian kepala, bahagian kiri mukanya lebam, sebelah kakinya dilihat mengalami kecederaan serious dan dia kelihatan tak berdaya. Adam ternampak tag namanya yang dijahit di bahagian bahu kanan yang tertulis, Aya Dahlia.

Lucas yang pada awalnya terkaku seketika, terus bertindak memanggil lecturer yang berdekatan bagi menghubungi ambulans. Mino melihat ke arah tingkap dan bertanya kepada gadis tersebut sama ada pembulinya keluar melalui tingkap atau sebaliknya. Aya Dahlia hanya mengangguk lemah, tiada daya. Adam yang berdiri di sebelah gadis tersebut, terus-menerus menenangkannya dan hanya memerhatikan keadaan gadis itu. Nasib baik, gadis tersebut ditemukan dalam keadaan yang masih sedar. Terkumat-kamit mulut Aya Dahlia mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana mereka telah menjumpainya. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 18, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU BUKAN ADAM ANAKINWhere stories live. Discover now