" doktor kata saya perlu buat pemeriksaan esok hari. Tapi esok awak kena ke Jeju. Takpe lah, saya pergi seorang diri. Saya selitkan gambar ultrasound anak kita, wonie. peace sikit sayang hehe "
Jeonghan tergamam dan esakan masih deras. Sekeping ultrasound anaknya itu dipegang dan diusap tidak percaya. Sungguh tarikh 16/4 itu, tarikh dimana Hyera berseorang membuat pemeriksaan kandungan. Dan... Tarikh itu juga dimana Jeonghan dan Anna bercuti di Bali.
"Awak, esok saya kena buat pemeriksaan doktor dengan awak. Penting" perlahan Hyera berkata sambil meletakkan secawan kopi diatas meja. Berharap di hati Jeonghan akan membalas 'ok' sekurang-kurangnya.
"Aku dah kata kan semalam. Esok aku ke Jeju" jeonghan menjeling namun hatinya sudah berjerit girang, tidak sabar mahu meluangkan masa 4 hari bersama Anna.
"Baiklah. 4 hari terasa lama. Nanti saya rindu awak" Hyera cuba tidak merenggangkan suasana walaupun hatinya sudah patah dan sebak mendengar jawapan suaminya itu. Iyalah, dia lah sepatutnya ada di sisi
Jeonghan berdecis lalu surat khabar dipegang tadi diletakkan diatas meja kopi itu.
"Tch. Rindu? Kau rindu penumbuk aku? Lagipun dia tu bukan anak aku"
"Jeonghan sampai hati awak !"
"Tak perlu bermuslihat lagi. Aku penat"
Jeonghan terus mendaki tangga lalu membawa diri ke balkoni tingkat 2.Hyera terduduk dan menangis. Tidak sangka segamak itu Jeonghan menuduh dia dan memfitnah ini bukan anak mereka.
" Hati saya hancur sangat bila awak kata wonie bukan anak kita. Dia anak sulung kita. Tergamak awak Jeonghan. Patah hati saya "

YOU ARE READING
NOTE »yjh
FanfictionCerita bagaimana kehidupan Jeonghan yang hilang kepercayaan terhadap isteri dan bagaimana, Hyera cuba menahan hati nya daripada membenci Jeonghan yang salah faham .