Majlis perkahwinan itu disambut dengan meriahnya apabila pasangan pengantin itu selesai bercium. Menerima tepukan gemuruh oleh para hadirin tanda tahniah atas perkahwinan mereka. Menari, sesi makan dan paling tidak dilupakan ketika Hyera dan Jeonghan masing-masing meluang masa di tepi pantai selepas urusan.
Hyera tersenyum apabila terimbas kembali memori perkahwinan dia dengan Jeonghan 1tahun lalu. Memori terindah baginya apabila mereka berjaya diijab kabul. Tanpa sedar air mata dititis satu persatu
Dia sedar, dia tidak akan menikmati waktu itu lagi. Dia sedar runtuh sudah kepercayaan jeonghan terhadap dia. Walaupun hakikatnya, hanya salah faham.
Cepat cepat dia mengelap air matanya apabila Jeonghan sedang menuju ke kereta. Mereka berdua terpaksa keluar hari ini untuk menyelesaikan hal di bank dan membeli sedikit barang bayi.
Sekurang kurangnya, Jeonghan masih sedar tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah. Mengikut mood juga kadang, itu pun Hyera susah bersyukur.
"Semua dah settle ye? Aku turunkan kau dekat depan tu dan naik bas. Ni kad" Jeonghan menghulur tanpa melihat Hyera.
Hyera tersenyum gembira. Bukan kerana menerima wang, tetapi mendengar suara Jeonghan yang agak ceria. Ya lah ceria sebab baru saja on call dengan Anna
"Terima kasih awak. Saya nak mintak sesuatu lagi, boleh?"
"Haish, apa dia ?"
Mendengar saja desihan dia, senyuman Hyera mula kendur.Perasan akan perubahan isterinya itu, Jeonghan mengeluh.
"Cakaplah"
..... "Saya nak kita beli gaun pengantin lepas bersalin. Boleh ? Kita pakai sambil ambil gambar. Rasa kenangan dulu"
"Kau yakin lepas saja kau bersalin kita bersama lagi. Hyera, aku akan ceraikan lepas kau lahirkan budak ni. Aku taksabar nak kawin dengan Anna. hah"
Lagi sekali senyuman Hyera kendur. Renyuk hatinnya dan disitulah air mata dia jatuh. Sedih sangat.
Jeonghan menarik nafas panjang panjang, melihat gambar perkahwinan dia dan Hyera yang ditampal dalam nota Hyera.

ANDA SEDANG MEMBACA
NOTE »yjh
FanficCerita bagaimana kehidupan Jeonghan yang hilang kepercayaan terhadap isteri dan bagaimana, Hyera cuba menahan hati nya daripada membenci Jeonghan yang salah faham .