7

22 0 0
                                    

Akhirnya nota itu ditutup Jeonghan selepas mukasurat terakhir. Maknanya, sampai disitu saja perjuangan Hyera untuk merawat hati Jeonghan namun semua gagal.

Pintu bilik itu dibuka oleh anak Jeonghan dan Hyera, Wonyoung. Gadis 17tahun itu mengambil nota arwah ibunya diatas meja yang baru saja Jeonghan habis baca.

"Ayah tak ada hak nak baca buku nota ni. Wonyoung je yang boleh baca. Jangan buat-buat tak tahu" Wonyoung berkata sambil mengusap lembut kulit buku yang agak lusuh itu.

Buku itu sajalah dimana dia boleh melihat tulisan arwah, itupun kenangan yang perit. Gambar arwah pun ada, tetapi tidak banyak seperti gambar Jeonghan.

Namun dikoyak Wonyoung apabila mengetahui sikap Jeonghan yang ego dan tidak berperikemanusiaan.

Sebelum Wonyoung meninggalkan bilik itu, dia terlihat satu ajar ditangan Jeonghan, ayahnya. Gambar ultrasound dirinya yang masih dalam rahim ibunda. Foto itu direntap Wonyoung.

"Ayah tak berhak ambil tahu pasal saya! Ayah juga yang kata saya bukan ayah saya sehingga saya dilahirkan dan sehingga ibu meninggal. Ayah tak perlu pura-pura baik sebab dengan kepura-puraan ayah, ia tak dapat hidupkan ibu !"

Dengan genangan air mata Wonyoung berkata. Dia bukan seperti orang lain, ada ibu ada ayah. Dia kehilangan ibunya, Hyera 1jam selepas dia dilahirkan. Setitik air susu ibu tidak dirasa, apatah lagi mendengar suara ibunya dan dapat elusan lembut ibu,

tak pernah dia rasa.

Selepas saja kematian Hyera, dia diamanahkan oleh Taeyong untuk dibawah jagaan nya. jeonghan? Ingatlah, waktu ini, Hyera sehabis benci terhadap Jeonghan selepas segala yang dibuat.

Walaupun itu, Taeyong cuba merapatkan Jurang antara Jeonghan dan Wonyoung. Namun sukar apabila Wonyoung sudah dibawah jagaan dia sejak 2bulan lagi. Bahkan dianggap ayah sebenar dia mata Wonyoung

Bertambah jauh jarak kurang Wonyoung dan Jeonghan apabila membaca nota ibunya seawal 7tahun. Bayangkan bagaimana hancur anak kecil 7tahun apabila mengetahui sikap ayah nya terhadap ibu nya.

"Wonyoung, jom. Keluar makan" Taeyong dari luar memanggil anak buahnya. Wonyoung mengelap airmatanya selepas sedikit emosi.

-------------

Jeonghan menyandarkan badannya selepas pulang dari rumah lamanya. Gaun putih dihadapan mata ditatap.

"Hyera, saya belikan gaun ni. Haritu awak mintak. tapi saya pulaukan awak. Konon nak ceraikan sebab nak berkahwin dengan Anna. Dia pun saya tak tahu kemana"

Anna, gadis itu hilang sejak rahsia dia terbongkar. Dia hilang dari radar apabila Jeonghan sudah mengetahui perkara sebenar.

"Mungkin karma untuk saya kan. Maafkan saya Hyera. Kalau awak ada lagi, saat sanggup buat apa apa supaya awak maafkan saya. Saya mintak maaf. Tersangat"

Sekali lagi air matanya jatuh, teringat kembali bertapa kejamnya dia terhadap Hyera dan Wonyoung. Dia bukannya suami dan ayah yang baik.

"Maafkan saya, untuk semua kesalahan"







THE END






NOTE »yjhWhere stories live. Discover now