prolog

556 43 11
                                    

Kehilangan Yang Memberi Kesedaran

BUNYI tapak kasut tumit tinggi miliknya bergema di lorong itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI tapak kasut tumit tinggi miliknya bergema di lorong itu. Dia berjalan persis model yang sedang bercatwalk di atas pentas.

Sampai di satu pintu,dia memasuki pintu itu dan terlihatlah bilik-bilik yang seperti penjara di sebelah kiri dan kanannya. Nurse yang menyapa nya di balas dengan senyuman sahaja. Dia semakin erat menggengam handbag miliknya.

Dia melangkah perlahan menyusuri bilik-bilik yang berpenghuni. Dia melihat ke dalam satu bilik yang terbuka,terlihat ada seorang perempuan yang memakai pakaian hospital itu dengan tangan yang diikat di palang katil. Perempuan itu meronta-ronta untuk dilepaskan namun doktor dan nurse hanya melihat sahaja tanpa mahu melonggarkan ikatan.

Dia kembali berjalan. Dia melihat dari jauh satu pintu yang sangat dia kenali semenjak dia asyik berkunjung disini. Semakin dekat dengan bilik itu semakin kuat dia menggengam handbag nya dan semakin laju juga degupan jantungnya.

Takut andai kata hari ini dia akan mendengar kata-kata yang menyakitkan hatinya lagi ataupun kata-kata yang membuat dia merasai dia tidak layak untuk bahagia di muka bumi ini.

Dia berdiri tegak di pintu bilik itu. Ruang yang berbentuk segi empat sama yang dihalang dengan palang besi di pintu itu diintai sedikit. Dia melihat seorang lelaki yang berambut panjang sedang duduk bersila di atas lantai membelakangi nya. Terlihat lelaki itu bercakap seorang diri dan bergelak tawa.

Dia memejam matanya perih. Sakit melihat keadaan lelaki itu. Tidak menyangka lelaki itu akan masuk ke dalam ini. Adakah lelaki itu juga akan berakhir hidup disini? Dia mengeluh lemah. Mata di buka kembali.

Doktor yang sedar tadi berada di sebelahnya dilihat dan dia mengangguk memberi isyarat bahawa dia sudah bersedia ingin berhadapan dengan lelaki itu.

Terdengar pintu dibuka,laju saja lelaki yang berpakaian hospital itu menoleh kebelakang. Dia memandang pelik ke arah doktor,lagi-lagi perempuan yang berada di sebelah doktor itu. Dia menyenget kan kepala nya sedikit.

"Emran,ini ada pelawat untuk awak." Kata doktor itu lembut. Dia tersenyum mesra dengan penyakitnya,Emran Iskandar.

Emran hanya memandang kosong ke arah perempuan itu. Diteliti perempuan itu atas bawah sambil mulutnya mengumam sesuatu. Perempuan itu sudah resah melihat cara Emran memandangnya. Bibir digigit perlahan.

"Qalisha?" Terpancul soalan dari Emran Iskandar setelah beberapa minit dia meneliti perempuan itu.

"Tapi Qalisha tak pakai seksi,kau siapa?" Tanya Emran kasar. Dia memandang tajam perempuan itu. Tersentak perempuan itu. Dia melihat Emran sayu.

Lafaz Kasih Di Kalbu Where stories live. Discover now