Part 4 - makan-makan

0 0 0
                                        

Park Jaehoon melangkah masuk ke kelasnya seperti biasa diringi oleh CIk Iseul di sebelah. Mata-mata memerhati tidak diendahkan olehnya.

Langkahnya diteruskan bersama wajah datar seperti biasa. Seolah-olah tiada apa-apa yang belaku pada hari semalam.

Lagipun sememangnya salah kerana menimbulkan masalah. Sehingga membuat ayahnya marah besar.

Namun itu semua hanyalah hal kecil bagi park Jaehoon. Walaupun jauh disudut hatinya sedikit terluka dengan ayahnya yang langsung tidak mengendahkan keadaan dirinya dan terus memarahinya. Seolah seluruh kesalahan itu diletak ke atas bahunya.

Tiba di meja kecil yang menghuni empat kerusi, terus Jaehoon mengambil tempatnya. Sempat dua meliar ke areum dan inbeom. Serta kerusi kosong yang masih tidak berpenghuni.

"Areum, Hyunjae mana? Tak datang ke?"

"eu? oh hyun. Tadi ada nampak dia, tapi lepas tu terus hilang. Ikut cik Iseul kut."

Aik, pagi-pagi dah keluar? Ada urusan apa?

"Ke mana?"

"Molla!"

Jaehoon mencebik. Matanya meliar sekeliling sehingga lah terpandang sesuatu di pintu hadapan kelas.

Kim Inbeom.

Tanpa berfikir panjang kaki nya terus melangkah ke arah inbeom. Kepalanya turut menjenguk keluar melihat agenda yang di perhatikan oleh Inbeom.

Tak ada apa pun.

"Kau tengok apa?" soalnya kosong.

Pap! Laju sahaja tangan kecil itu singgah di bahunya. Jaehoon menggosok bersama cebikan panjang.

"Sakit!"

"Kau dah kenapa?! Nasib baik aku sihat lagi tau." sembur Inbeom sambil mengusap dadanya.

"Kau tengok apa?"

Inbeom menarik tubuh Jaehoon rapat di belakangnya.

"Itu, kau nampak tak kat sana? Yang pakai Hood Hijau tu."

Jaehoon mengecilkan matanya. Susuk itu seperti seseorang yang pernah dia jumpa tapi siapa ya? Lama matanya memerhati lelaki itu kepalanya menggeleng.

"Siapa?"

"Dia Doktor Daniel. Yang akan periksa kita satu persatu."

Doktor Daniel.

"Nak buat apa? Kita bukan sakit pun."

Inbeom menoleh ke arah Jaehoon.

"Entah. Aku teka je sebab muka dia aku pernah tengok. Nama dia pun Honjun yang bagitahu."

Jaehoon mencebik.

Tiba-tiba lelaki di hujung sana berpaling.

"Ehh dia datanglah wei! Dia datang!"

Pantas mereka berlari ke arah tempat sendiri, begitu juga dengan kanak-kanak yang lain. Termasuk hyunjae yang sedang melangkah ke arah mereka.

Jaehoon memandang Hyunjae.

"Kenapa lambat?"

Hyunjae tersengih.

"Kita teman uncle kat luar, dia minta kita tolong dia."

"oh," hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. kelu.

"Hyun, hari ini hari lahir kau kan?" serentak mata mereka meliar ke arah Inbeom.

Hyunjae mengangguk.

"Selamat sihat dan selamat hidup!"

"Gomawo inbeom."

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 19, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Park JaehoonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang