Part 3 - insecure

1 0 0
                                        

Hari ini selama 3 jam mereka dibenarkan bermain permainan di luar. Sungguh sudah lama Jaehoon memendamkan hasrat hatinya untuk bermain buai yang kelihatan tidak jauh dari tingkap kelas mereka.

Akhirnya terlunas juga hasratnya itu.

Jujur dari hati, sepanjang seminggu berada di sini banyak yang Jaehoon belajar. Paling penting, dia belajar untuk berkawan dan berkongsi dengan rakan-rakan nya yang lain.

Namun satu.

Matanya merenung ke arah susuk tubuh dua langkah darinya.

Kim Inbeom.

Kanak-kanak itu sangat menjengkelkan. Boleh di bilang dengan jari berberapa kali sangat mereka berbaik, selebihnya banyak kepada pergaduhan kecil.

"Baiklah. Kamu semua 3 jam untuk bermain, selepas ini kembali semula ke kelas ya. Kita akan ada aktiviti lain!" pesan Cik Iseul di pintu kelas.

Jaehoon tersenyum nipis.

Kanak-kanak lain laju sahaja berlari-lari ke arah taman permainan. Manakala diri? Masih santai.

"Jaejae!" kepalanya menoleh ke arah Hyunjae yang megah di sebelah.

"Jom kita main!"

Tidak sempat nak membantah Hyunjae terus menarik tangannya ke arah taman permainan. Riang wajah itu bermain tanpa risau apa-apa manakala dia pula? Kaku.

Tidak pasti apa yang perlu di lakukan.

"Jaejae sini lah! Bermain dengan kita!" Jerit Hyunjae di atas papan gelongsor tinggi.

"Aniy. Saya nak duduk sini je."

tempat di bangku diisinya.

"Hai! Hyun nak main juga!" satu suara mencelah antara mereka. pantas kepalanya menoleh ke arah empunya suara itu. kelihatan seorang budak perempuan terkedek-kedek berlalu ke arah Hyunjae di atas. tanpa sedar bibir merahnya menarik senyuman pendek.

Kim Areum.

"hai!"

senyumannya mati.
terkebil-kebil matanya merenung wajah polos manusia di sebelahnya.

Kim Inbeom

"ah?ne, Park Jaehoon." balasnya perlahan.

"kenapa tak bermain?"

jaehoon tersenyum nipis.

"nak rehat." mudah.

Matanya mengerling ke arah wajah asing itu, kelihatan terbit satu senyuman aneh pada bibir merah seorang Inbeom.

"Budak pelik."

"Apa kau cakap?" dengan nadanya sedikit tinggi Jaehoon bertanya. Bukan berniat untuk marah tetapi terkejut. Kata-kata seakan menjentik tangkai hatinya.

Kim Inbeom menoleh ke arahnya bersama wajah jengkel. Juga senyuman mengejek tertayang kepadanya.

"Budak pelik!"

Jaehoon bangkit.

Tangannya di kepal sekuat hati.

"Kenapa marah? Memang sah! Kau budak pelik. Nak marah pun tak pandai." kutuk suara itu lagi.

"Aku tak pelik. Jangan kacau aku kalau tak mahu aku sakiti kau."amarannya tegas.

Wajah bersahaja rakan sekelas barunya itu di pandang kosong. Dia benci riak itu, seakan mengejet dan mengundang sesuatu datang kepadanya.

Tchh!

"Budak pelik! Anak yatim!"

Jaehoon mendengus.

Park JaehoonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang