BAB 1

10K 761 84
                                    

AIR mata palsu Eshal Hanan mengalir hebat ke lekuk pipi mulusnya. Bersama esakan kecil, jari jemari runcing sendiri lincah menari di tebing mata, sengaja buat dramatik. Hidung pula sudah berhingus. Begitu juga dengan tangisannya, tiada lansung tanda untuk tamat.

"Maaf sangat, aunty."

Retina mata Hanan sempat curi-curi melirik sekilas ke arah Datin Kartini dan Datuk Tarmizi. Kedua-dua orang tua itu seolah-olah bersimpati dengannya. Dan, memang itu pun yang Hanan mahu. Dia di sini untuk melunaskan dendam yang sudah lama berkubur.

Tengku Mikael memang salah besar saat menghinanya. Segala hinaan jejaka itu kembali terngiang-ngiang di kotak fikirannya. Kurang asam! Sampai hati bekas "crush" dia itu mencacinya depan khalayak umum. Sebab itulah, dia terpacak di sini, di rumah agam Datin Kartini dan Datuk Tarmizi yakni rumah Mikael juga.

"Saya datang sini sebab saya dah tak ada tempat mengadu lagi. Keluarga saya dah buang saya. Saya dah tak mampu tanggung semua ni seorang diri. Saya perlu juga semangat daripada orang lain!" luah Hanan bernada kesal lalu menumbuk dadanya.

"Kenapa ni, cik? Apa yang jadi?" soal Datin Kartini risau. Mana tak risaunya? Hanan bukan main lagi merintih hebat di depan tembok rumahnya.

Ruas dahi tua Datuk Tarmizi berkerut seribu. "Kami tak kenal pun, cik."

"Ish! Abang ni. Orang tengah sedih tu!" marah Datin Kartini. Bahu si suami ditampar sekali.

Keluhan lemah Datuk Tarmizi terlepas. Datin Kartini memang suka bawa orang asing datang ke rumah. Sekali mak cik karipap dan abang karpet wanita itu angkut masuk. Simpati tak kenal tempat betul. Risau!

"Saya..." bait kata Hanan terjeda.

"Saya apa, sayang? Luahkan je." Kesabaran Datin Kartini kian menipis seperti kulit bawang.

"Saya..."

"Saya apa?!" sampuk Datuk Tarmizi menahan rasa berang.

Senyuman kecil Hanan disorok sedikit. Akhirnya, sekarang dia sudah dapat tumpuan penuh daripada Datin Kartini dan Datuk Tarmizi. Maksudnya, lakonannya berhasil juga pada dua orang tua tersebut. Ini Eshal Hanan la!

"Saya tak mampu... nak bincang tentang ni. Saya tahu ini aib dan aib harus ditutup ketat tapi, saya dah tak mampu nak lalui susah payah ni tanpa seseorang di samping saya. Hati saya ni sakit sangat."

Datin Kartini terus paut jari jemari Hanan lalu mengelus hangat. Senyuman nipis naik di bibirnya sekadar cuba untuk membuang rasa tidak selesa di hati Hanan. Apa yang sedang bermain di dalam hati gadis ini?

"Tak apa, bagitahu je aunty. Hm?"

Hanan masih berkira-kira dalam rencananya tetapi dendam kesumat ini akan terus menggangu ketenangan hidupnya jika tidak terlunas sekarang. Hatinya itu masih perit tercabik-cabik dengan rasa benci pada Mikael.

"Saya..."

"Saya mengandung anak Tengku Luthfi Al Anaqi!" tangisan palsu Hanan terus pecah kuat. Kepalanya pula sudah tersengguk-sengguk dek tersedu-sedan.

Target kali ini bukan Mikael tetapi Tengku Luthfi Al Anaqi yakni abang kandung kepada jejaka itu.

Datin Kartini terpempan hebat. Matanya terbuntang luas. Mulut terlopong membentuk huruf O. Pegangan erat di tangan Hanan itu terus terungkai lemah. Tak mungkinlah?

Datin Kartini memandang wajah Hanan dan Datuk Tarmizi silih berganti. Bahunya tiba-tiba saja berat seolah-olah ada masalah yang mendarat di situ.

"Luth anak aunty takkan buat semua tu! Dia baik!" ujar Datin Kartini tegas. Riak wajahnya berubah ketat.

"Kalau anak aunty baik, dia takkan mengandungkan saya dan lari," lawan Hanan tidak beralah.

"Aunty tak faham..." potong wanita tua itu lalu menggeleng kepala. Tidak dan selamanya, tidak!

Hanan merengus meluat.

"Saya rasa aunty perlu masa untuk hadam semua yang terjadi sekarang."

"Tapi tak mungkinlah, cik."

"Tiada apa yang mustahil dalam dunia ni."

"Tapi, Tengku Luthfi Al Anaqi anak aunty tu..."

Hening sejenak.

"Tengku Luthfi Al Anaqi autistik."

Mata Hanan terus terbeliak. Tengku Luthfi Al Anaqi autistik? Dia tak pernah tahu pun. Aduh, termasuk dalam jerat harimau pula. Dendam makan diri namanya ni. Takkanlah dia mahu ambil lelaki autistik sebagai seorang suami? Banyak karenah tu.

Yang nak hantui hidup si Mikael, jadi dihantui oleh Luth.

"Papa! Papa tengok la itik Qiqi!" laung Luth lalu berlari kencang ke arah Datuk Tarmizi. Pelampung itik yang berwarna kuning di pinggang sempat dia tarik ke aras supaya tidak terlorot.

Hanan refleks berpaling badan ke belakang. Luth ini lebih tua daripada Mikael tau? Ada ke patut hanya berboxer Minions ketat di depannya? Hanan tahu ini rezeki tapi imannya boleh tercicir juga jika begini.

"Oi!" jerit Luth tiba-tiba.

Bahu Hanan terenjut kecil.

"Kenapa pulak ni?" bisik Hanan perlahan.

"Kenapa akak duduk dekat sofa kesayangan Qiqi?! Bangun sekarang!!" marah Luth lalu menapak ke arah Hanan. Kaki sofa terus disepak berulang kali. Papa beli sofa ni khas untuknya. Dia sudah jampi dah ludah-ludah di situ. Hanya dia yang layak duduk. Geram!

Hanan mendongak ke arah Luth yang sedang berdiri tegak. Luth ada rupa, hidung mancung dan rona kulit putih bersihnya. Tapi sayang... dia di sini hanya untuk dendamnya pada Mikael.

Ini pertemuan pertama Eshal Hanan dan Tengku Luhfi Al Anaqi. Ketika ini, mata mereka saling berlaga lama seolah-olah tahu akan ada sesuatu yang besar bakal menyusul. Semuanya kerana cinta. Dan, cinta kini berubah menjadi sebuah dendam.

TBC

TUAN LUTHWhere stories live. Discover now