AGAK janggal di situ, Hanan terus duduk bersimpul di lantai marble rumah kediaman Datin Kartini. Luth pula masih merenung panas ke arahnya. Lama dan dalam, kalah helang melihat mangsa. Apa yang tak puas hati lagi dengan dia ni?
"Itu lantai Qiqi jugak!" tempik Luth sekuat hati.
Bahu Hanan terenjut sedikit. Dia rasa nak cekik je Luth sampai lemas. Duduk atas sofa salah. Duduk atas lantai pun salah. Takkan Hanan nak duduk atas riba Datuk Tarmizi pula? Tak ada fasal dapat mak tiri baru nanti. Sebal!
"Hanan tengok la sendiri Luth anak aunty ni. Terlalu polos untuk buat semua benda jahat tu." Datin Kartini bersuara. Serius daripada mulanya. Dia harus mempertahankan nasib anak istimewanya itu.
"Aunty. Autistik bukan tiket untuk Luthfi lari daripada responsibility sendiri," pintas Hanan spontan.
Pap!
Hanan tampar pahanya kuat. Kenapa eh mulut ni suka cakap merapu? Masak lomaklah kau, Hanan. Dendam makan diri sendiri. Desis hati kecilnya.
"Responsibility? Maksudnya, Hanan nak Luth jadi suami Hanan?" mata Datin Kartini bercahaya.
Lidah Hanan jadi kelu. Rasa berat. Raut wajah Luth di sebelah sempat untuk dijeling sekilas. Menjadi isteri Luth? Habis jenuh dia nanti jadi pengasuh tidak bergaji.
"Um... ya? Kalau Luthfi lari, saya akan saman malu! I don't care!" ujar Hanan tanpa berfikir. Saman malu konon? Gaji setahun di Watson dia pun belum tentu cukup nak bayar gaji orang.
"Betul ni nak kahwin? Hanan tak menyesal?"
"Ta... tak, aunty."
Gila.
"Saya tak setuju!" celah Datuk Tarmizi. Luth belum bersedia untuk mengalas tugas sebagai suami orang. Kasihan pada Hanan nanti!
"Apa abang ni... kan bagus kalau ada yang nak jaga Luth. Siapa je yang nak jadi suami Luth dengan keadaan Luth yang macam ni, bang? Tak ada!" bisik Datin Kartini keras, cuba untuk memaksa Datuk Tarmizi untuk bersetuju.
"Tak boleh. Tugas seorang suami ni berat. Kamu tengok la Luth ni, Tini. Makan nak bersuap. Tidur pun nak didodoi. Ini kan nak jaga makan minum Hanan? Saya tak izinkan!"
Hanan teguk air liur sendiri kesat melungsur ke kerongkong. Rasa seperti menelan pasir saja. Takkan makan pun nak bersuap?
"Tapi Hanan macam okay je. Hanan okay je kan, sayang?" Datin Kartini beri tumpuan penuh pada Hanan. Senyuman manis terus memekar di bibir saat menerima satu anggukan laju daripada Hanan.
"Tetap tak boleh. Luth ni banyak ragam. Abang tak nak nanti... Hanan akan menyesal."
"Kalau macam tu kita bagi tempoh dulu untuk Hanan rapat-rapat dengan Luth. Boleh ke?" pujuk Datin Kartini pantang angkat bendera putih. Tadi dia saat kesal akan perngakuan Hanan yang pasti hanya sebuah penipuan tetapi sekarang tidak lagi. Dia sudah tidak peduli. Bagus juga jika ada yang menjaga Luth.
"Tak boleh!" bantah Datuk Tarmizi.
"Boleh la, bang."
Ruas dahi Datuk Tarmizi berkerut seribu menahan rasa sebal. Dia bukan apa, dia cuma tidak mahu ada yang meraung dengan sesalan.
"Bolehlah..." pujuk Datin Kartini manja.
"Ish, ye la! Seminggu je. Kalau Luth tak serasi dengan Hanan, Hanan kena undur diri. Faham?" Datuk Tarmizi yang beralah beri kata putus jua.
Mencanak naik bulu roma Hanan sekarang. Rasa macam nak cabut lari je. Datuk Tarmizi dan Datin Kartini seperti tidak kisah langsung tentang isi kandungang Hanan. Bagus juga tapi... dia tidak mahu berlakikan Luth!
YOU ARE READING
TUAN LUTH
Romance(On-Going) Tengku Luthfi Al Anaqi x Eshal Hanan "Kau nak balas dendam kan? Apa kata kau kahwin dengan abang dia and hantui hidup dia sampai bila-bila?"