TUBUH Hanan membeku di hadapan pintu utama saat namanya diseru lembut oleh Datin Kartini. Diam tidak berkutik. Kenapa pulak ni? Dia dah sedia nak curi-curi balik rumah ni!
"Hanan dah nak balik ke?" soal Datin Kartini sambil tersenyum manis ke arah Hanan. Riak wajahnya terlihat mesra. Dia rasa, dia suka Hanan. Sesuai juga untuk jadi menantu sulungnya.
"Saya dah nak balik aunty..." lambat-lambat Hanan membalas.
"Hanan balik naik apa?"
"Saya naik Grab je."
"Kalau macam tu, Hanan balik dengan Pak Daud je la. Driver family aunty. Malam-malam ni bahaya balik sorang-sorang. Lagi-lagi Hanan berbadan dua. Ye ke idok?" Datin Kartini memaut hangat bahu Hanan sebelum tangannya galak berayap di perut kempas gadis itu. Berisi sungguh ke olok-olok je?
Hanan menolak tangan Datin Kartini sebelum tawa kecilnya meletus janggal.
"Tak apa la, aunty. Hanan dah biasa balik sorang-sorang. Lagipun, sekarang baru pukul lapan. Malam masih muda."
"Bagi je alamat Hanan. Esok aunty suruh Pak Daud pick up."
"Pick up untuk apa tu, aunty?" soal Hanan masih tidak mengerti. Sebelah keningnya terangkat pelik.
"Mulai sekarang Hanan kan nak jaga Luth? Hanan nak kahwin dengan Luth kan? Hanan kena la biasakan diri Hanan dengan Luth."
Gulp!
Menyesal pula Hanan jadinya. Pandai sungguh Datin Kartini memanipulasi keadaan.
"Aunty..."
"Esok Hanan sayang datang lagi ya? Pak Daud akan pick up Hanan. Kesian Luth tak ada kawan kalau Hanan tak datang. Boleh?" ucap Datin Kartini. Sedaya upaya cuba untuk memujuk Hanan.
"Tapi aunty..."
"Boleh la, Hanan? Aunty tunggu Hanan tau!" potong Datin Kartini dulu. Matanya sudah bercahaya penuh harapan. Dia perlu Hanan di sini untuk menjaga Luth.
Hanan mengeluh berat. "Okay."
HANAN terjengket-jengket masuk ke dalam rumah kediaman Datuk Tarmizi. Baru ingat nak membuta tidur sampai petang. Tup-tup Pak Daud sudah menunggu di depan rumah sewanya. Kalah ceti minta hutang!
Suara Luth bergema di ruang tamu saat Hanan tiba di situ. Eh? Buat apa tu?
"Boka! Bali po ma raki!" nyanyi Luth kuat sambil menari-nari di sekeliling sofa. Rancangan Despicable Me pula dimainkan di televisyen.
"Boji! Mokha!"
"Ba ta ji ma ta ta! Boda! Mokha!" ceria suara Luth kedengaran. Tak habis-habis meniru suara comel Minions sambil terloncat-loncat kecil.
Tawa besar Hanan terus meletus. Tercuit sedikit hatinya dengan keletah Luth. Tak padan dengan sado, melompat sana sini.
Mati terus tingkah Luth. Dilirik panas ke arah Hanan sekali. Kenapa monyet ni ketawa dekat kita? Ish, Qiqi tak suka la! Benci!
"Luth tengok cerita apa tu?" soal Hanan tetapi soalan itu hanya berlalu tanpa sebarang jawapan.
Luth tidak puas hati. Cepat-cepat dia menapak untuk menutup layar televisyen dengan tubuh sasanya sendiri. Tolong jangan tengok Minions kita!
"Sini la saya nak tengok sikit."
Riak wajah Luth berubah meluat. Lengan didepakan ke skrin televisyen. Dia menggeleng laju. Tak boleh.
"Kedekutnya! Kalah Haji Bakhil! Luth tahu tak selalunya orang kedekut dan tamak ni jadi apa? Kena telan dengan jerung dekat laut!" ejek Hanan. Dia dah tengok la filem Despicable Me. Poyo lebih je Luth ni.
Hanan malas mahu ambil hati. Dia terus melabuh duduk di sofa. Matanya pula melilau mencari Datin Kartini dan Datuk Tarmizi. Ke mana dua pasangan suami isteri itu?
"Itu sofa..."
"Ye!" pintas Hanan dulu sebelum turun untuk bersila di lantai. Telefon sendiri dicapai dari dalam kocek baju. Tiada langsung mesej yang masuk.
"Argh!" tempik Luth tiba-tiba.
Tersentak hebat Hanan dibuatnya. Dah kena rasuk saka keturunan ke budak ni?
"Kenapa ni, Luth?"
"Dah habis! Qiqi nak sambungan!" bentak Luth lalu menghentak kaki. Dia menunding jari terlunjuknya tepat ke arah televisyen.
"Tak ada sambungan. Itu kan season last..." ujar Hanan acuh tidak acuh saja. Mata sendiri masih tertumpu pada iPhonenya.
"Qiqi nak sam... sambungan!"
"Huh? Tak ada. Next movie belum release. Tak payah nak mengada sangat!"
"Qi... tak kira! Pergi cari movie ni! Pergi! Pergi! Pergi!" jerit Luth sakan.
"Luth jangan nak meraung boleh tak? Awak nampak tak dua telinga saya ni? Masih elok terpasang. Masih belum pekak."
"Cari sekarang!"
"Celah mana pulak saya nak cari?" Hanan memicit-micit tepi dahinya. Pening!
Prak!
"Qi tak kira!" pekik Luth nyaring setelah menumbuk kuat layar televisyen sehingga pecah. Televisyen itu serta-merta mati dari bercahaya.
"Luth! Perlu ke sampai nak tumbuk-tumbuk TV ni?" marah Hanan. Dia terus bangkit dari duduk lalu bergerak ke arah Luth. Dibelek skrin televisyen itu dengan penuh berhati-hati.
Ya Tuhan, dah retak.
"Ni nak jawab apa dengan mama Luth? Tunggu, nanti saya report yang awak tumbuk TV ni!" ugut Hanan sebal.
"Bukan salah Qi. Salah akak... Qi nampak akak yang tendang TV tu!" tuduh Luth. Matanya sudah berair dengan air mata. Takut mama marah nanti.
"Dituduhnya aku pulak budak ni. Geram, macam nak tenyeh je mulut awak tu pakai berus sabut. Panjang pulak kaki saya nak tendang TV dekat dinding tu?!" tengking Hanan. Kesabarannya mulai menipis seperti kulit bawang.
Luth terus kunci mulut. Terkedu apabila dimarahi sebegitu rupa. Lambat-lambat air matanya meluncur ke tulang pipi.
"Eee! Akak tua jahat! Kenapa akak marah Qiqi! Qiqi benci akak!" Luth menghentak kaki berulang kali lalu meluru pergi dari ruang tamu.
TBC
YOU ARE READING
TUAN LUTH
Romance(On-Going) Tengku Luthfi Al Anaqi x Eshal Hanan "Kau nak balas dendam kan? Apa kata kau kahwin dengan abang dia and hantui hidup dia sampai bila-bila?"