Waktu yang pantas membesarkan Diana yang kini berusia 18 tahun. Diana yang tidak mudah didekati malah sukar difahami sikapnya oleh kedua ibu bapanya. Sering kali ibu bapa mudah mengenali anak-anak mereka, sekilas ikan di air sudah tahu jantan atau betina. Akan tetapi tidak bagi Diana yang berperwatakan pendiam. Diam seribu bahasa. Seperti biasa setiap pagi dikelas Diana sering bersendirian di tempat duduknya di bahagian sisi tepi kelas. Dengan perwatakannya yang pendiam orang sering kali menganggapnya sombong. Sering kali orang salah anggap orang pendiam ini sombong. Sekali engkau mengenali mereka kau sendiri akan terkejut melihat mereka berkata tanpa henti. Seorang demi seorang pelajar yang baru hadir masuk ke kelas dan duduk di tempat mereka masing-masing. Diana yang sedang menelaah buku bacaan menghiraukan yang baru hadir. Lama kelamaan kelas mula dipenuhi oleh pelajar kelas 5Bestari. Kelas menjadi semakin riuh sehiggalah guru kelas mereka masuk ke dalam kelas.
"Assalamualaikum kelas." Cikgu Saidah memberi salam.
"Waalaikumsalam cikgu Saidah." Balas pelajar 5Bestari.
"Harini kita ada pelajar baru yang baru sahaja pindah ke sekolah kita. Sila kan masuk." Pelawa cikgu Saidah kepada pelajar yang berada di luar kelas.
Riuh satu kelas dengan kehadiran pelajar baharu yang masuk ke kelas mereka tetapi tidak bagi Diana. Dia tidak menunjukkan reaksi keterujaan seperti yang dilakukan oleh pelajar lain. Pelajar baru itu melangkah menuju bersebelahan cikgu Saidah. Tinggi, berkaca mata mempunyai wajah hampir sempurna kacaknya.
"Perkenalkan diri kamu." Minta puan Saidah.
"Hai, nama saya Muhammad Alif Zheidan bin Zulhairi. Saya asal Johor, saya pindah ke KL sebab ayah saya dapat kerja dekat sini." Jawab Alif.
"Haiii Alif." Balas pelajar perempuan kelas itu sambil melambaikan tangan kepadanya.
"Berkawan dengan Alif, jangan gaduh-gaduh. Alif boleh duduk meja kosong sebelah Dinie."
"Baik cikgu, Terima kasih."
Alif melangkah ke meja yang belum bertuan berada sebaris dengan Diana. Dia melabuhkan punggungnya dan bersalaman dengan Dinie sebagai tanda perkenalan. Alif memerhati sekeliling kelas. Sementara memerhati sekeliling kelas, bebola matanya sempat berhenti memerhati Diana yang bersendirian sedangkan yang lain masih riuh berbual dengan rakan sekeliling mereka. Sedang asyik alif memerhatikan Diana. Diana menggerakkan tengkoknya ke arah Alif. Alif tidak sempat mengalihkan pandanganya. Dah kantoi dah pun. Alif melambaikan tangannya kepada Diana. Diana memerhatikan sahaja lalu berpaling dari Alif.
"Cikgu keluar dulu, lepas ni subjek apa Dinie?"
"Subjek Bio cikgu."
"Alright, tunggu cikgu Bio kamu masuk. Jangan bising. Buka buku, baca bab apa yang kamu akan belajar nanti."
"Diana, jumpa cikgu di luar sebentar." Minta cikgu Saidah
Selepas namanya dipanggil. Diana mengangkat punggungnya lalu melangkah keluar kelas bertemu cikgu Saidah. Alif memerhati tindak tanduk Diana yang berada diluar kelas bersama cikgu Saidah.
"Alif." Panggil Dinie.
Tumpuan Alif yang berada di luar kini kembali kepada rakan sebelahnya itu.
"Alif kan?" Soal Dinie.
"Yup"
"Alright, by the way nama aku Ahmad Dini Aiman. Semua panggil aku Dini je. Aku class rep untuk 5 Bestari. Rasanya itu je la kot nak bagitahu. Ermmm dah tahu belum selok belok sekolah ni? Kalau belum nanti waktu rehat aku tunjuk selok belok sekolah."
"Ouhh, belum lagi tapi tak apa lah nanti lama-lama tahu la."
"Okey, kalau ada apa-apa tanya je aku."
"Memandangkan dah offer suruh tanya ni. Aku nak tanya la, yang kat luar kena panggil dengan cikgu Saidah tu siapa? Kenapa dia kena panggil?"
![](https://img.wattpad.com/cover/302452480-288-k952972.jpg)
YOU ARE READING
Untuk Yang Terakhir
Historia CortaSHORT STORY | TEENFICTION _______________________________________ DISCLAIMER*** This story is not related to human, organization or someone. This is just story for me to warm up. If you don't mind to read it l. Thank you 🙏 ________________________...