7

17 4 0
                                    


Jia langsung taknak melepaskan Juyeon. Dia rindu dengan Juyeon teramat sangat. Dah lama dia nak peluk dengan lelaki itu. Berkali-kali dia memohon maaf kepada Juyeon.

"Jia, kau tak salah. Aku ni yang patut minta maaf pada kau. Aku minta maaf, Jia. Aku sayang kau sangat-sangat. Disebabkan cemburu aku terhadap Seungmin kau jadi sedih. I'm sorry girl." Juyeon mengeratkan lagi pelukan mereka. Sepatutnya dia dari awal berjumpa dengan Jia. Selesaikan masalah bukannya biarkan.

"Yeon. Aku takut kau benci aku. Aku ingat kau dah tak nak tengok muka aku lagi. Kenapa kau seksa aku, Juyeon! Sakit tahu tak kena palau dengan kau!" Jia menangis sambil menumbuk dada Juyeon.

Juyeon menekup pipi Jia. Mengelap air mata Jia menggunakan ibu jarinya. Berkali-kali dia sakitkan hati Jia.

"Nope. I never hate you girl. I'm just ego and not brave enough to confront with you. I WANTED TO BUT I just cant. I really really love you, babe."

"Please, jangan buat aku camni lagi. Jangan tinggalkan aku lagi." Juyeon mengangguk. Kemudian sambung peluk Jia.

🐶🐱

"Seungmin, awal kamu masuk shift harini?"

Puan Chae menegur Seungmin yang dah get ready duduk di kaunter buat air. Kalau ikutkan shift Seungmin minggu sekolah start pukul 7. Tapi, harini Seungmin masuk pukul 5 petang.

"Sebab harini takde training, Aunty. Lagipun kalau balik rumah terus tadi saya malas nak berulang-alik. Jadi, saya terus jelah ke sini." Seungmin membalas pertanyaan Puan Chae sambil mengikat apron di pinggang.

"Kamu dah makan belum?"

"Belum lagi. Tapi takpe-"

"Kalau macam tu Aunty masak kamu makan dulu sebelum shift mula. Kenapa tak pergi makan dulu, Seungmin? Nanti orang kata majikan kedai dera anak buah. Duduk dulu kat meja sana. Tunggu Aunty masakkan untuk kamu kejap."

Seungmin terpaksa bersetuju. Lagipun perut dia memang dah lapar sangat. Kononnya nak makan di kafe dengan Jia tapi Juyeon pula muncul. Dia memalsukan senyumannya dan berlalu pergi ke kedai terus.

Nampaknya dia patut jauhkan diri dari Jia. Kalau dia terus rapat dengan Jia, hubungan Juyeon dengan Jia akan menjadi dingin lagi. Dia taknak lagi kejadian itu berlaku.

"Tapi, mana-mana tempat aku pergi semuanya ada kaitan dengan Jia. Huh." Seungmin mengeluh. Tak lama kemudian Puan Chae datang membawa makanan dan menyuruh Seungmin makan.

Dia sangat bersyukur ada majikan yang begitu prihatin terhadap pekerjanya. Puan Chae anggap Seungmin dah macam anaknya sendiri. Semua kawan Jia, Puan Chae anggap seperti anaknya.

M

enjelang pukul 6 ramai customer mula masuk berbanding tadi. Seungmin mempercepatkan kunyahannya agar tak mengganggu tempat untuk pelanggan duduk.

"Juyeon, kau pergi lah duduk dulu aku nak tukar outfit jap." kedengaran suara Jia yang ceria sedang bercakap dengan Juyeon. Seungmin terus memandang ke arah suara itu. Sepertinya hubungan mereka dah baik. Seungmin tersenyum nipis.

"Kim Seungmin." suara dingin Juyeon menyapa Seungmin. Serta merta mata Seungmin tertancap ke arah Juyeon. Gerun melihat muka Juyeon yang tiada riak kalah Minho.

"Oh-hai. Duduk lah aku dah siap pun. Nanti aku datang balik untuk ambil order kau." Seungmin bangun dari tempat duduknya dan mengemas meja. Tempat dia makan tadi. Nasib saja dia sudah habis makan.

"Duduk dulu. Aku ada benda nak cakap dengan kau."

Seungmin meneguk air liurnya. Sememangnya Juyeon seram beginikah personalitinya? Seungmin hanya akur.

"Sebelum tu, aku nak minta maaf dulu kat kau kalau kau rasa aku rampas Jia dari kau. Sebab aku, kau salah faham. Aku janji dengan kau, aku takkan rapat dah dengan Jia lepas ni. Kau jangan risau. I am the man of words. Erm, hyung customer ni nak ambil order." Seungmin panggil pekerja yang berada di  kaunter air untuk ambil pesananan Juyeon.

Sebelum Juyeon simbah dia dengan pelbagai soalan baik dia straight-forward terus. Dia malas nak bermusuhan dengan sesiapa. Dia tak bodoh untuk buat-buat tak tahu Juyeon tak suka dia.

"Kalau kau rasa aku tak boleh kerja sini, bagitau aku. Aku boleh cari kerja lain asalkan bukan dekat dengan Jia. Asalkan aku boleh sara hidup untuk setahun ni."

Juyeon terdiam. Memang itu pun soalan yang dia nak ajukan. Tak sangka Seungmin boleh baca minda dia. Mind reader ke Seungmin ni?

"Tak. Kau tak perlu cari kerja lain." Juyeon tolak tepi semua rasa cemburunya. Kalau Seungmin berhenti kerja ibu Jia pasti kekurangan pekerja lagi. Semua salah dia sebab berhenti terus tanpa beritahu sebab yang sebenar pada Puan Chae.

Terlalu ikutkan ego, dia ikut Minho bekerja berdekatan dengan rumah mereka.

"Seung-" Jia tersentak apabila Seungmin masuk ke bahagian dapur. Tempat Seungmin bukan di dapur. Sebab Seungmin ditugaskan jadi barista. Kalau tiada kerja di kaunter buat air baru dia masuk ke dapur.

"Ah takpe awak pergi je layan Juyeon kat luar tu. Biar saya yang buat."

Taknak lah pula nanti Juyeon bertambah jealous dengannya. Dia memang dapat agak dah pun tadi apa yang Juyeon nak cakap. Baik  dia terus-terang. Supaya takde salah faham.

Jia mengangguk dan keluar dari ruangan dapur. Jujur dia katakan, hatinya berasa sakit. Berkali dia ingatkan dirinya agar jangan terlalu berharap pada yang memang pasti takkan jadi miliknya.

"Alah kau ni, lagipun dorang berdua tu couple je bukannya married couple."

Ayat Han Jisung terngiang di telinganya. Gaya Han cakap tu macam suruh dia rampas Jia dari Juyeon. No. Takkan. Dia takkan rampas hak orang. Biarlah dia saja yang suka Jia.

"I should move on...." keluh Seungmin perlahan.

🐶🐱

Waktu kerja mereka habis agak awal harini. Harini Seungmin perlu close kedai. Puan Chae terlebih awal lagi dah pulang dahulu. Pekerja yang lain pun dah balik juga. Tinggal Jia, dia dan Puan Yoon.

"Seungmin, nah kunci harini kamu close kan? Jaga kunci ni elok-elok jangan kasi hilang macam orang tu selalu buat."

"Baik, Aunty Yoon." Seungmin tergelak kecil. Puan Yoon pun minta izin untuk balik dahulu. Tinggal dirinya dengan Jia. Selalunya memang Jia akan tunggu Seungmin untuk balik bersama.

"Jom."

Jia bangun dari bangku dan berjalan bergandingan dengan Seungmin. Menuju ke destinasi yang sama cuma berlainan arah.

Memandangkan rumah Jia agak dekat dari kedai, dia hantar Jia pulang terlebih dahulu. Sudah menjadi suatu kebiasaan baginya selepas pulang dari kedai habis kerja bersama.

Tidak seperti hari sebelumnya, mereka hanya senyap sepanjang pulang ke rumah. Samada Seungmin atau Jia keduanya senyap. Seungmin melayan perasaan hatinya yang sedih. Jia pula sibuk melayan Juyeon di KaTalk. Tersenyum sepanjang dia melayani Juyeon.

"Jia, dah sampai rumah awak. Saya balik dulu." mendatar nada suara Seungmin langsung tiada nada ceria seperti selalu dia bila bersama Jia.

"Oh, lepasni awak tak perlu tunggu saya habis kerja walaupun shift awak dah habis."

Kemudian Seungmin terus pusing membelakangi Jia tanpa menoleh sedikit pun. Tiada langsung lambaian darinya sebelum dia pamit pulang.

"Okay. Bye Seungmin-" Jia melambaikan tangannya tapi langsung Seungmin tak memandang ke arahnya.

"Kenapa dengan Seungmin?"

🐶🐱

Silent Stealer : SFLY | Kim SeungminWhere stories live. Discover now