9

23 4 0
                                    


Jia menunggu Seungmin di kelas. Selalunya Seungmin akan sampai dulu sebelum dia tiba semenjak mereka berdua tak pergi sekolah bersama. Nampaknya Seungmin betul-betul berpegang pada ayatnya.

"But, at least tegur je lah macam biasa. Why he need to avoid me for all cost?" keluh Jia. Matanya melirik pada jam dinding di depan kelas. First period of class bakal bermula sebentar lagi. Kenapa Seungmin tak datang lagi? Dia perlukan Seungmin untuk ambil kedatangan harini.

"Jia, dah nak pukul 8. Bila kau nak ambil kedatangan kelas?" Eric menepuk lembut bahu Jia. Menegurnya untuk ambil kedatangan kelas.

"Seung-"

"Dia tak datang harini. Jadi takde vice president class." Eric memberitahu Jia. Eric anggap Jia tahu kenapa Seungmin tak hadir. Sebab mereka berdua rapat.

"Kenapa Seungmin tak datang?"

"Sepatutnya soalan tu aku tanya kau. Kau kan rapat dengan dia. Takkan tak tahu?"

"Aku dah lama tak contact dia. Bercakap dengan dia pun jarang."

"Korang gaduh ke?"

Jia mengeluh. Tepat pukul 8 guru masa pertama masuk ke kelas mereka. Kelam kabut Jia kira pelajar yang hadir.

"Aku nak kau cerita kenapa nanti." Eric berbisik sebelum pergi ke tempatnya. Harini Seungmin, Sunwoo dengan Yerin tak hadir. Sunwoo ada football training. Yerin pula ada pemilihan player badminton.

"Kalau pelajar atlet dah start training memang ramai la yang takde dalam kelas. Jia, jangan lupa rekod kehadiran harini. Seungmin tak datang kan?"

"Baik, sem."

Seungmin, teruk ke sakit kau? Aku risau, Seungmin. Tapi aku tak berani nak tekan loceng rumah kau even aku dah pergi pun rumah kau.

🐱🐶

"Jia, kau kenapa harini? Selalunya kau tak macam ni bila training. Kau okay ke tak? Still gaduh dengan Juyeon?" Changmin bertanya apabila Jia nampak tak bersemangat. Apabila mereka training selepas seminggu tak training Jia nampak lemau.

"Kau tak pernah lost walaupun seminggu tak training. Gaduh lah dengan Juyeon macam mana pun. Tapi kali ni different. Sangat berbeza. Cuba kau cerita." Eric pula menyampuk. Dari kelas tadi dia perasan Jia macam tak bermaya langsung. Bila rehat dengan Juyeon pun dia banyak termenung.

"Is it about Seungmin?"

Soalan Eric membuatkan Jia memandang tepat ke arah lelaki itu. Pandangan yang sukar untuk Changmin mahu pun Eric tafsir. Haknyeon yang menjadi pemerhati yang terasa seram dengan pandangan Jia.

"Kau tak payah la pandang macam tu kat Eric. Aku pulak seram."

"Jia." coach besbol memanggil Jia. Terus saja dia bangun menuju ke arah jurulatih mereka. Yang bertiga turut mengekori Jia dari belakang.

"Lee Jia. Prestasi kamu harini agak merosot dari minggu sebelumnya. Kan, saya dah pesan pada kamu. Jadikan besbol tu suatu benda yang kamu letakkan perasaan sedih, geram, kecewa kamu pada bola yang kamu nak pukul dan bola yang kamu nak baling. Harini kamu langsung tak fokus pada bola. Lebih memikirkan hal lain sampai kamu lupa bola depan mata. Kenapa kamu tak anggap bola tu sebagai suatu benda yang kamu nak dia dibaling jauh dari kamu. Oh, ya. Saya nak beritahu kamu perlu masuk team perempuan sebagai main batter dan kapten perempuan. Saya sudah ada kapten dan main batter untuk lelaki. Ingat pesan saya. Esok datang dengan energy baru."

"Maafkan saya, saem."

Coach besbol menepuk bahu Jia. Berkali-kali Jia menundukkan badannya.

"Aku dapat rasa coach ambil Seungmin as kapten kita. After this no longer main batter untuk team lelaki ni Jia pegang. Barulah boleh anggap dia perempuan." Haknyeon cuba berlawak. Tapi, hambar. Sudahnya malu sendiri.

"Aaa-err- Aku balik dululah. Bye!" Haknyeon pamit untuk pulang apabila suasana menjadi janggal. Changmin pun ikut Haknyeon pulang.

"Harini kau tak masuk kerja kan?"

Jia menggeleng. Hari isnin bukan hari shiftnya. Dia dah bertukar jadual shift dengan pekerja ibunya.

"Pergi rumah Seungmin. Lawat dia."

"Aku nak. Tapi, tak berani."

"Takut Juyeon marah? Takpe aku ada.

Aku teman kau."

Jia mengeluh. Kalau dia pergi Seungmin pasti mengelak dan tak nak pun bercakap dengannya. Jia memandang muka Eric.

"Juyeon bagitau tadi dia ada kerja malam ni. Kau jangan risau dia takkan tau. Kalau kantoi, salahkan aku. Jom."

Eric taknak Jia sedih. Dia tahu sangat Jia berfikir tentang Seungmin. Nak kata dia sedih lagi pasal Juyeon, mereka dah bersama kembali. Siap berehat sama dengan Juyeon lagi tadi.

"Jom." Eric tarik tangan Jia memaksanya untuk ikut ke rumah Seungmin.

🐱🐶

Seungmin langsung tak memandang Jia. Dari tadi dia asyik berborak dengan Eric. Bagaikan tiada Jia di situ. Jia sedikit terasa dengan perlakuan Seungmin.

"Eh, Eric. Aku balik dulu lah. Kejap lagi shift aku dah nak mula. Bye, Seungmin. Have a good rest." Jia terus keluar tanpa menoleh. Terasa seperti tunggul duduk di situ lama-lama.

"Eh-erm." Eric tak sempat nak halang Jia. Nampaknya misi dia untuk membahagiakan Jia tak menjadi. Kim Seungmin  ni pun satu. Kenapa?

"Yah, Seung. Kau kenapa ignore Jia? Korang gaduh ke?"

"Aku cuma tepati janji aku dengan Juyeon..." Seungmin mengeluh berat. Dia memandang pintu rumahnya yang dah tersedia tutup rapat. Dia nak sangat bercakap dengan Jia. Bergurau dengan Jia. Tapi, disebabkan dia dah berjanji dengan Juyeon dan dirinya sendiri supaya move on dan jauhkan diri dari Jia.

"Janji?"

"Aku janji dengan Juyeon aku takkan rapat dengan Jia bila hubungan dorang dah baik. Sebab tu aku jauhkan diri dari Jia. Aku taknak bermusuhan dengan sesiapa. Atau, aku patut pindah sekolah, Eric?"

Eric mengangkat muka. Memandang tepat pada Seungmin. Jelas sekali riak tenang Seungmin tidak lagi terukir dimuka. Tetapi diganti dengan muka sedih Seungmin.

"Seung. Kau tak payah lah sampai nak pindah sekolah. Kau boleh je rapat dengan Jia macam dulu? Kebanyakan kawan dia ramai lelaki. Ha Yerin tu sorang je yang melekat jadi kawan baik perempuan dia. Aku pasti, Juyeon takkan benci kau." Eric cuba untuk meyakinkan Seungmin.

"Aku tak bodoh lagi tak tau siapa yang benci aku, Eric. Dari gaya Juyeon pandang aku tu pun aku dah tau dia bencikan aku. Aku taknak lah digelar perampas. Walaupun aku memang suka kat Jia sejak tahun lepas-" Seungmin menekup mulutnya kerana terlepas cakap. Eric tersenyum sedikit.

"Sejak bila kau suka dia?" Eric tersengih senget. Cuba provok Seungmin.

"Dah lama. Since aku jumpa dia waktu sekolah menengah dulu. Dalam perlawanan besbol juga."

"Oh lagi lama dari aku." Eric menggumam perlahan.

"Huh?"

"Nothing. Anyways takyah la suka Jia tu. Dia tu dah la keras kepala. Dia paling susah nak suka orang. Ni aku tak tau lah camne Juyeon tu boleh tackle dia. Gempak betul Juyeon tu. Nasihat aku move on je lah Seung. Even perit :") "

"Aku akan cuba."

🐱🐶

Silent Stealer : SFLY | Kim SeungminWhere stories live. Discover now