10

29 4 1
                                    


Juyeon sibuk bercakap tentang harinya pada Jia. Tetapi sikit pun Jia tak dengar apa yang Juyeon cakap. Fikirannya menerawang ke tempat lain. Dia memikirkan Seungmin.

Sejak dia melawat Seungmin tempoh hari, Jia banyak mengelamun dan kurang bercakap. Fikirannya sibuk memikirkan tentang Seungmin. Jia ada buat salah ke pada Seungmin?

"Lee Jia?" Juyeon memetik jari berkali-kali di hadapan Jia membuatkan Jia tersentak dari lamunannya.

"Girl. Are you okay?" Juyeon bertanya dengan nada risau. Jia spaced out. Perlahan dia menggelengkan kepalanya.

"Err...Juyeon. Aku rasa tak sedap badan lah. A-aku balik dulu?" Jia cuba untuk beredar dari tempat tersebut. Taknak Juyeon tahu dia sedang sibuk memikirkan Seungmin. Dia geram untuk telefon, mesej dan berjumpa dengan Seungmin.

"Kenapa kau tak bagitahu dari tadi, Jia. Kalau begitu, jomlah kita balik. Aku hantar kau."

"Eh, takpe. Kejap lagi kau punya lesson dah nak mula. Takpe aku boleh balik sendiri."

"Betul ni? Boleh balik sendiri? Apa-apa hal call aku tau." Juyeon berasa kasihan hendak membiarkan Jia balik seorang diri. Dia khawatir kalau-kalau Jia tak larat nak pulang sendiri ke rumah.

"Its okay. Aku boleh jalan balik sendiri."

Dalam perjalanan pulangnya, Jia melangkah gemalai sambil mengeluh berat. Kenapa Seungmin langsung tak balas mesejnya? Call langsung tak berangkat.

"Kim Seungmin! Kau kenapa? Apa salah aku sampai kau ignore aku sampai begini sekali?!" Jia menyepak-nyepak batu kecil yang berada dekat dengannya. Frust bila Seungmin langsung tak menjawab panggilan darinya.

Dari jauh dia ternampak dua orang jejaka berjalan bergandingan sambil bergelak ketawa. Dapat dia agak salah satu darinya kerana suara ketawanya yang kuat.

"Jisung buat apa di sini? Bukannya dia datang rumah kitorang pun." Jia berjalan mendekati mereka untuk melihat seorang lagi jejaka disebelah Han Jisung. Sepupunya.

"Alahai, Seung. Angkat jelah call budak ketot tu. Kalau dia call berkali-kali lepastu mesej kau memanjang dia risaukan kau lah tu."

Sebelahnya itu Kim Seungmin? Jia mengekori mereka secara senyap agar tak kantoi. Dapat dia dengar dengan jelas perbualan mereka.

"Aku bukan taknak angkat call dia, Jisung. Aku dah janji dengan Juyeon. Tak rapat dengan Jia  after hubungan dorang dah baik. Aku nak move on dari dia. Mungkin dengan cara aku tukar nombor, bolehlah kut aku move on." kedengaran suara sayu Seungmin. Han menepuk bahu Seungmin.

"Tapi, Seung. Bukan ke dalam kelas korang setable. Ha camne tu?"

"Tch. Aku boleh tukar dengan Eric? Bodohkan aku suka pada milik orang. Kenapa lah aku tak ikut je family aku ke LA haritu. Menyesal tak berguna dah."

"Seung. Dia tu..."

Semakin lama semakin Jia tak dapat nak dengar apa yang mereka berdua bualkan. Rasanya dia dah ikut rapat. Perbualan mereka berdua tu rasa macam menarik untuk didengari.

Jia cuba berjalan dengan perlahan tanpa ada bunyi tapak kasutnya. Takut kalau mereka perasan.

"Cepatnya lah dorang berdua tu jalan!" Jia mendecit perlahan. Dalam dia sibuk mengikut jejak langkah mereka berdua, Jia terjatuh.

"Ah! Shit!"

Seungmin dan Han menoleh serentak ke arah bunyi yang kuat. Kelihatan Jia sedang memegang lututnya. Laju sahaja Seungmin berlari ke arahnya.

"Eun Jia! Kau okay?" Seungmin mendapatkan Jia meninggalkan Han di belakang. Dia memegang bahu Jia untuk bangun.

"Auch, sakit." kakinya terasa sengal apabila dia cuba untuk berdiri. Seungmin memandang ke arah lutut Jia yang terdedah kerana Jia hanya mengenakan shorts jean.

"Lutut kau berdarah teruk ni. Kau naik belakang aku. Kalau kau jalan ni mesti sakit." Han duduk membelakangi Jia. Menyuruhnya untuk naik ke belakangnya. Biar dia dukung Jia.

"Eh, tak. Takpayah Jisung. Aku boleh jalan lagi."

"Jangan degil-"

"Kau naik belakang aku cepat. Nanti lutut kau tu infected lagi teruk. Nak ke aku hantar kau ke hospital?" Seungmin berkata dengan nada dingin. Macam tau je Jia tak suka dengan perkataan hospital. Pandai dia ugut Jia.

Nak taknak Jia naik juga ke belakang Seungmin. Han pula tolong bawakan beg Jia yang dia pakai tadi.

"Tapi, korang jangan hantar aku ke rumah terus. Nanti ibu bebel aku." Jia mencebir membuatkan Han nak hempuk je Jia guna beg yang dibawanya.

"Kau nak aku hempuk kau ke Jia?"

Jia menjeling Han. Nak cari gaduh pulak mamat ni. Orang tengah sakit ni.

"Kaki aku je yang sakit sekarang ni. Tapi, tangan aku tak sakit tau."

"Eh, jangan gaduh lah. Okay, kau duduk dulu kat rumah aku. Biar aku rawat dulu luka kau tu." Seungmin memotong perbalahan dua manusia tadi.

"Lain kali jalan jangan menonong je. Tengok-tengok juga tempat kau melangkah. Ini tak, jalan je tak tengok depan bawah kiri kanan. Sibuk fikir pasal Juyeon je memanjang." Lahhh Han Jisung ni membebel pulak dia. Apa masalah dia?

"Kau memang eh cari modal untuk gaduh dengan aku? Apa masalah kau eh?"

"Dah! Jangan gaduh! Korang bising lagi aku sumbat tisu dalam mulut masing-masing. Nak?"

Terus terdiam mereka berdua. Betullah kata Puan Chae. Mereka berdua ni memang pantang berjumpa. Ada je benda nak bertekak.

Sementara itu, Juyeon memerhatikan mereka bertiga dengan hati yang panas. Kalau lah dia hantar Jia pulang tadi mesti Jia tak digendong oleh Seungmin.

"Kau pun satu Juyeon. Memang bodoh."

🐱🐶

Hanya Seungmin dan Jia berada di ruang tamu rumah Seungmin. Han Jisung berada di dapur untuk order pizza. Macam kat ruamg tamu tak boleh buat.

Seungmin dah selesai rawat luka di lutut Jia. Kini, dia mengurut sedikit kaki Jia yang terseliuh tadi.

"Thanks Seungmin."

Seungmin hanya memggumam perlahan sebagai balasan. Langsung tak pandang muka Jia.

"Kau marah aku ke, Seung? Aku ada buat salah ke kat kau? Kenapa kau ignore aku? Kau dah tak guna saya-awak dengan aku. Kau dah lain Seung. Kau dingin dengan aku." Jia meluahkan segala persoalan yang bermain di minda. Dia hairan apabila sikap Seungmin berubah apabila berhadapan dengannya.

Seungmin mengeluh perlahan. Dia berhenti mengurut kaki Jia. Kemudian bangun dari tempat duduknya.

"Seung. Walaupun aku tak tau apa salah aku, aku nak minta maaf-" bunyi handphone Jia mematikan percakapannya. Seungmin terus menuju ke dapur tanpa menoleh apabila nampak nama yang terpapar di phone Jia.

Jia mengeluh perlahan. Dia mencapai phone di atas meja dan menekan butang merah. Dia malas nak angkat call.

"Aku rindu Seungmin yang dulu. Kenapa kau berubah Seung? Apa salah aku sampai kau berubah?"

🐱🐶

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Silent Stealer : SFLY | Kim SeungminWhere stories live. Discover now