Chapter XVI

1.1K 77 0
                                    

Kedengaran bunyi lagu 'Pengantin Baru' yang meriahkan kawasan perumahan itu. Aku berjalan menuju ke rumah Natasya dengan berbaju dan bertudung putih. Aku juga memakai purdah bewarna hitam dan berkasut hitam. Aku membawa kek yang diambil tadi bersamaku untuk diberikan kepada Natasya.

"Woi , lambat betul kau." , jerit Munirah.

"Mun , kau tak nampak eh kat tangan aku. Aku pergi ambik kek la , mangkuk !"

Munirah tertawa dengan jawapanku. Syamila dan Hakimah juga sudah tiba di sini. Kami memang sepakat untuk memakai baju berwarna putih supaya gambar kami bersama Natasya akan menjadi cantik disebabkan oleh warna yang dipakai. Natasya memakai baju berwarna kuning pastel yang sangat lembut. Jadi , pakaian kami nampak cantik bersama. Aku menyerahkan kek itu kepada kakak Natasya yang berada di hadapanku.

"Weh , kau orang parking kat mana kereta ?" , tanyaku kepada Syamila , Munirah dan Hakimah.

"Kimah datang dengan aku. Aku parking dekat belakang. Dekat padang tu." , jawab Syamila sambil menunjukkan arah padang dengan jarinya.

"Aku parking belakang Mila." , sambung Munirah.

"Ala , kenapa semua parking sana tak bagitahu. Kalau tahu aku parking sana jugak." , rungutku.

Mereka hanya terdiam melihat karenah kawannya ini.

"Firdaus dengan Natasya mana ? Suruh aku ambik kek sampai kena marah dengan Mun , pengantinnya tak nampak batang hidung lagi." , bebelku sambil melilaukan mata ke arah pelamin yang cantik dihias itu.

"Ada , tengah siap dalam bilik." , jawab Hakimah ringkas.

Dalam masa yang sama , aku ternampak Ibu Abahku yang sudah sampai di luar. Aku menuju ke luar untuk menemani mereka. Aku menemani mereka makan lauk-pauk yang disediakan di luar. Aku juga turut makan bersama mereka. Aku berfikir untuk makan kali kedua bersama rakan-rakanku. Seusai makan , aku membawa Ibu dan Abahku berjumpa Umi dan Abah Natasya yang berada di hadapan pintu rumah mereka.

"Ibu , lamanya tak jumpa." , jeritan halus Natasya membuatkan Ibuku tersenyum. Ibuku memeluk Natasya sambil menepuk belakangnya.

"Tahniah , Natasya. Tak sangkakan , dah kahwin dah. Nanti dah tak boleh la datang rumah Ibu borak macam dulu lagi." , kata Ibu sebaik sahaja pelukan dilonggarkan.

"Halah Ibu ni , nanti Tasya ajak Daus pergi sekali. Kita gosip pasal Aisya sama-sama." , selamba Natasya berkata sedangkan aku hanya berdiri di hadapannya.

"Amboi kau !" , jeritku.

"Hahaha. Ibu , dia nak gelabah la." , kata Natasya kepada Ibuku. Ibuku hanya tergelak.

Ibuku bersalam dengan Umi Natasya. Syamila , Munirah , Hakimah dan Natasya turut bersalaman dengan Ibu yang hendak pulang. Aku sudah meminta izin dengan ibu untuk berada di sini buat masa yang lebih lama. Aku ingin ada di hari bahagia Natasya.

____________________________________________

"Daus !"

"Faiq ! Dah lama betul tak jumpa kau. Macam mana Mesir ?" , tanya Firdaus sambil memelukku sekejap.

"Best la !" , jawabku.

"Ni , tandas kat mana ? Aku dah tak tahan sebenarnya. Kau bagi aku pergi tandas dulu , nanti kita borak." , kataku kepada Firdaus.

"Hahaha. Boleh , kau masuk , kau jalan straight je . Ada pintu warna biru kat dapur." , terang Firdaus.

"All right. Nanti aku pergi dekat kau."

Firdaus hanya mengangguk. Aku dengan lajunya menggerakkan kaki ke arah dapur untuk membuat air kecil. Kakiku terlalu laju sehinggakan hampir terlanggar seorang perempuan yang baru sahaja keluar daripada tandas yang bersebelahan dengan tandas berpintu biru itu.

The last piece Where stories live. Discover now