Chapter XXX

1K 61 0
                                    

Alhamdulillah , kami selamat tiba di Incheon International Airport , Korea pada pukul 9:40 malam. Aku berlari anak menuju ke pintu keluar sambil memegang tangan Faiq.

"Sayang sayang , sabar la. Jalan slow-slow ." , pesannya.

"Sorry , abang. Abang dah la bawakkan beg. Kesian abang. Meh sini Aisya tolong." , kataku sambil menghulur tangan untuk mengheret bagasi bertayar itu.

"Eh tak payahlah. Awak tu perempuan. Pegang tangan abang je." , kata Faiq sambil memaut tanganku.

Aku merapatkan badanku dengannya dan berjalan keluar dari pintu masuk lapangan terbang yang besar itu. Walaupun sekarang adalah musim bunga , cuaca di sini masih terasa angin yang sangat sejuk. Aku menarik nafas untuk merasa angin malam yang sejuk dan nyaman itu. Aku memusingkan kepala untuk melihat Faiq , dia sedang merenung aku yang tersangat teruja ini.

"Dah la tu sayang. Esok ada lagi. Sekarang , kita pergi check in hotel dulu." ajaknya sambil ingin menahan teksi di sana.

"Hotel mana , abang ? Abang dah tempah ke ?" , tanyaku.

"Dah. Semua dah. Nama hotel tu Lotte City Hotel. Nanti , Aisya tolong bagitahu pemandu teksi , eh ? Abang tak pandai cakap Korea."

"Last last Aisya jugak kena." , aku mengerlingkan mata ke atas.

Dia menayangkan muka manja.

"Ya , abang sayang. Aisya dah tahu tu. Sebab tu Aisya tanya nama hotel." , jawabku memujuk.

Dia tersenyum lebar. Dalam masa yang sama , terdapat satu teksi yang memarkir kenderaan di hadapan kami. Pemandu tersebut keluar dan membuka bonet kereta dan membantu Faiq mengangkat bagasi-bagasi kami ke dalam bonet kereta. Kami masuk dan duduk di bahagian belakang kereta.

"Gisanim , losdesitihotello delyeogajuseyo. ( Please take us to Lotte City Hotel.) " , kataku kepada pemandu teksi lelaki itu. Dia tersenyum dan mengangguk.

Faiq hanya memerhati dari tepiku.

"Dubun bubuingayo ? ( are you two a married couple? ) " , pemandu teksi itu bertanya kepada kami.

"Ne. ( yes ) " , jawabku ringkas.

"Dubuneul eodiseo wasseoyo ? ( where did you two come from ?) " , dia bertanya tentang negara kami.

"Urineun malleisiaeseo wasseoyo. ( we are from Malaysia )" , jawabku. Faiq mencuit tanganku untuk menyuruh aku memberitahu maksud perbualan kami. Aku hanya membisikkan ke telingannya.
Mukanya penuh dengan perasaan bangga ketika melihat aku berbual dengan pemandu teksi tersebut.

Pemandu teksi itu hanya mengangguk dan tersenyum seleret.

Selepas beberapa minit , kami tiba di hadapan Lotte City Hotel . Pemandu teksi itu menolong kami untuk mengangkat bagasi-bagasi kami keluar. Kami menundukkan badan tanda hormat. Menundukkan badan adalah salah satu tradisi di Korea . Jika kami tidak berbuat demikian , kami akan dianggap kurang ajar.

"Hyugaleul jaemissge hasibsio. ( Have fun on your vacation. ) " , Pemandu teksi itu berkata dan senyum sebaris sebelum masuk ke dalam kereta.

"Kamsahabnida , gisanim. ( Thank you mister.)" , kataku padanya.

"Pandai la isteri abang cakap Korea." , suamiku memuji sambil menggosok bahuku.

Aku hanya senyum lebar kepada dia. Kami menuju ke kaunter hotel untuk mendaftar masuk. Faiq bercakap dengan pekerja hotel bahagian kaunter dengan menggunakan bahasa inggeris dan menunjukkan resit pembayaran secara online. Pekerja di bahagian reception itu menghulurkan kad kunci kepada Faiq dan Faiq menarik tanganku untuk menuju ke arah lif.

The last piece Where stories live. Discover now