Nama aku Sara Ariana . Disekolah diri aku digelar Sara oleh semua orang . Aku berumur 14 tahun pada tahun 2019. Aku juga jenis orang yang beraktif dalam pelbagai sukan termasuklah dalam pencapaian akademik dan kokurikulum . Aku mempunyai dua kawan baik yang sangat rapat yang menjalankan tugas di perpustakaan pada setiap hari iaitu Hazel Ulyana dan Nawal Nayla . Aku mengenali Hazel Ulyana semasa aku disekolah rendah lagi . Hazel Ulyana atau dikenali sebagai Hazel sangat memiliki peribadi yang spontan . Dia seorang yang " introvert " atau mudah digambarkan sebagai orang yang tidak bergaul dengan orang kecuali dengan kawan rapatnya sendiri . Ramai mengatakan dirinya sangat sombong . Tetapi bagi aku , dia jenis yang baik dan sukar meluahkan masalahnya pada orang lain . Nawal Nayla bagaimana pula ? Aku mengenali Nawal Nayla di sekolah rendah juga . Maklumlah zaman riang ria dahulu . Dia sama sedikit perangainya seperti aku . Aku menggelarkan dia sebagai Nawal . Nawal juga memiliki peribadi yang sama seperti aku . Dia adalah jenis yang extrovert yang paling mudah bergaul dengan orang lain . Mereka berdua ini sama umurnya dengan aku . Kami bertiga sangat rapat bagaikan air yang dicincang ,tidak akan putus . Kami bertiga bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara . Kami juga mempunyai karakter masing-masing yang unik . Tambahan pula ,kami adalah fangirl ! Mestilah kami meminati ciri-ciri orang yang mempunyai standard high yang tinggi . Selain itu ,aku mempunyai crush yang bernama Airil Izwan . Umurnya 19 tahun atau lebih tepat sekali seorang senior tingkatan 6 di sekolah kami . Aku menggelarkan namanya Airil . Dia seorang yang kacak yang mempunyai muka ala-ala campuran orang putih sedikit . Lagi-lagi dia juga seorang yang tinggi dan badan yang tegap . Siapa je yang tak cair melihatnya ? Tambahan lagi dia seorang yang kelakar . Ramai juga gadis yang terpikat dengannya ,mana taknya aku pun terpikat dengannya Dia juga jenis yang seperti aku . Seorang yang extrovert . Hati aku cair melihat tingkah lakunya , maklumlah setiap hari berjumpa ,lagi-lagi dia crush aku . Takkanlah aku tidak cair dengannya bukan ? Danial Ian pula crushnya Hazel . Danial Ian juga merupakan sahabat yang rapat kepada Airil Izwan . Tetapi yang paling mengejutkan ,dia jenis memiliki personaliti yang sama seperti Hazel Ulyana . Dia seorang yang sangat menjaga privacy dan hanya bergaul dengan kawan rapatnya sahaja . Apatah lagi, melihat story instagramnya yang merakam Airil Izwan dengan captionnya adalah " budak tembam " . Perilaku mereka sangat mencuitkan hati . Ketinggiannya rendah sedikit tetapi mempunyai lesung pipit . Mungkin kerana itu Hazel menyukainya ? Berbalik kepada cerita , akhir sekali Zul Helmi crush kepada Nawal Nayla . Zul Helmi seorang yang extrovert juga . Memiliki personaliti yang amat digemari oleh gadis . Seorang yang mudah bergaul . Dia dan Airil bersekolah rendah di sekolah yang sama . Maklumlah kawan rapat daripada bangku sekolah lagi . Dia jenis orang yang swag sedikit dan berbadan tegap juga sama seperti Airil . Memang patutlah Nawal menyukainya . Mereka bertiga juga seperti kami cuma umurnya sangat jauh berbeza dengan kami . Umur mereka juga sebaya antara satu sama seperti kami . Tetapi umur mereka 19 tahun dan umur kami 14 tahun . Mereka rapat bagaikan keluarga sendiri dan sering mengambil berat kawannya seperti dengan ahli keluarganya . Tapi adakah mereka mengetahui yang kami menyukainya ? . Sudah tentunya tidak . Sebab apa ? Sebab kami tidak pandai meluahkan isi hati kami . Tak pelikkah kami yang berumur 14 tahun yang meluahkan isi hati kami ? Nanti ada pula senior lain yang mempunyai perasaan seperti kami jeling dan berdendam kepada kami . Mana tidaknya , mereka muka-muka hero di sekolah serta ramai guru yang mengenali mereka . Tak pasal-pasal khabar angin buruk tersebar dan ramai orang yang akan cakap bukan-bukan kepada kami .
YOU ARE READING
Crush in Love ( S )
Fanfiction- " Adakah aku cuma bertepuk sebelah tangan hanya untuk dia ? " - " Will you like me back ? " Start - 27.02.2022