Bab 2: Wani

16.7K 87 4
                                    

Segalanya gelap. Mira, Nurul dan Wani tidak tahu ke arah mana mereka dibawa. Mata mereka ditutup kain dan mulut mereka ditampal plaster. Tangan mereka diikat di belakang, dan kaki mereka turut diikat. Mereka hanya dapat mendengar bunyi enjin bot, membawa mereka ke destinasi yang tidak diketahui.

Esakan dan tangisan Wani pun dapat didengari. Dia berasa takut dan sedih. Di dalam hatinya sentiasa berdoa agar dirinya dapat diselamatkan. Nurul pula, dengan sedaya upayanya cuba meronta dari ikatan tangan dan kakinya. Namun kudratnya tidak mengizinkan dirinya bebas dari ikatan tersebut. Mira pula lebih tenang dan diam. Dirinya sentiasa memikirkan bagaimana cara hendak membebaskan diri. Dia cuba untuk peka kepada deria sekelilingnya untuk mencari peluang.

Setelah lebih kurang satu jam, bot itu mulai perlahan dan tiba di sebuah pulau yang terpencil. Pulau itu tidak didiami oleh sesiapa pun. Di sekeliling pulau itu semuanya laut. Sungguhpun terpencil, namun terdapat sebuah pondok yang menjadi tempat untuk para nelayan berteduh.

Atan mematikan enjin bot. Shah pula menarik keluar kanvas yang menyelimuti ketiga-tiga gadis itu. Lalu Shah meraih tubuh Wani di atas bahunya. Badannya yang tegap sasa membolehkan dirinya mengangkat gadis kecil itu. Sambil mengangkat, tangan Shah mengambil peluang untuk meraba tubuh Wani. Pap! Punggung Wani ditampar sebelum Shah bergerak turun dari bot ke jeti, seterusnya ke pondok di pulau itu. Atan pula mengawasi Mira dan Wani di atas bot.

Setibanya di pondok, Shah menurunkan Wani. Dia mengambil gunting lalu memotong zip tie yang terikat pada tangan Wani di belakang. Tetapi, dengan segera dia mengikat kembali kedua tangan Wani, kali ni di hadapan pula. Dia membuka ikatan mata dan plaster mulut Wani. Wani tersedu-sedu kesedihan.

"Nah, aku kasi sikit roti ni. Makan, kau tentu lapar," kata Shah sambil menghulurkan sebuku roti Gardenia dan sebotol air mineral. "Kau tunggu kat sini sementara aku pegi ambik kawan kau yang lain. Ingat, jangan berani nak lari!" Shah memberi amaran sebelum menutup pintu dan mengunci Wani di dalam pondok tersebut.

Setibanya di bot, Shah mengendong tubuh Nurul. Tiba-tiba, Nurul meronta-ronta dengan kuat. Ketika dalam rontaan, dia menyepak Atan sehingga terjatuh dalam air. Dush!

"Woi! Kau jangan main-main! Buk!" sebuah tumbukan hinggap di perut Nurul. Nurul senak.

"Cilaka kau!" Atan yang naik semula ke bot berasa marah, namun ditenangkan Shah.

"Sabar, Atan. Nanti kita kasi ajar sikit dia ni," jawab Shah sambil mengendong tubuh Nurul. Atan pula menurut arahan, dia mengangkut tubuh Mira.

Setibanya di pondok, Atan menurunkan Mira, lalu perkara yang sama seperti yang dilakukan pada Wani. Tangan Mira diikat di hadapan, lalu diberikan roti dan air botol. Cuma kakinya sahaja yang terikat.

"Sial betul pompuan ni! Atan, tolong aku, kita ajar sikit dia ni!" kata Shah sambil menggendong tubuh Nurul. Dia akan dipisahkan dari kawan-kawannya.

"Jangan~ lepaskan dia. Kau nak bawak dia ke mana..." tanya Mira.

"Kau diam! Aku nak ajar sikit pompuan ni! Kau duduk situ diam-diam!" bentak Shah, sambil keluar dari pondok itu bersama Atan. Kini di dalam pondok tersebut, tinggal Mira dan Wani sahaja.

Mira duduk sambil memeluk Wani yang menangis. Dia cuba menenangkan kawannya walaupun dirinya turut berasa gementar.

Mata Mira meliar di sekelilingnya. Melihat persekitaran apa barang yang dapat digunakan untuk melarikan diri. Mira ternampak, pisau Atan telahpun jatuh dalam kekecohan tadi. Merasakan peluang ini tak akan muncul kembali, Mira nekad. Dengan senyap, Mira mengambil pisau itu lalu memotong zip tie kakinya. Dengan cepat sahaja ikatan itu terputus akibat tajamnya pisau itu. Lalu dia juga memotong ikatan kaki Wani.

Hilang di Laut BiruWhere stories live. Discover now