Bab 1: Snorkelling

22.5K 148 8
                                    

"Yahoo, akhirnya kita sampai gak kat sini. Langkawi~!" kata Nurul, seorang gadis bertudung yang aktif. Tubuhnya lincah bertenaga walaupun baru sahaja menempuhi penerbangan ke pulau Langkawi. Ini kerana Nurul sering bersukan dan menjalani hidup yang sihat. Nurul gemar memakai tudung instant, kemeja lengan pendek dan seluar jeans. Namun dia lebih selesa memakai seluar trek sahaja pada waktu kasual.

"Ai.. Ko ni Nurul, tak kenal erti penat, tau. Aku dengan Wani dah penat ni, kan?" kata seorang lagi gadis bernama Mira, sambil menoleh ke arah seorang lagi rakannya yang bernama Wani. Mira pula seorang yang peramah dan pandai berpidato. Dia juga yang paling bijak di dalam kumpulan tersebut. Mira memakai tudung shawl, baju blouse serta kain panjang.

"Alhamdulillah..." Wani mengucapkan syukur sambil mengangguk. Seorang yang cantik, manis dan pendiam, sesuai dengan perwatakan seorang muslimah. Di dalam kumpulan bertiga itu, tudung Wani lah yang paling labuh, diunjurkan menutupi dadanya. Wani memilih jubah untuk dipadankan bersama tudung labuhnya.

Mereka bertiga merupakan rakan baik sejak dari zaman belajar lagi. Ketika di universiti, mereka bertiga sering pergi ke kuliah bersama-sama. Selepas tamat belajar, masing-masing membawa haluan sendiri membina kerjaya. Ini merupakan reunion kecil-kecilan bagi mereka bertiga.

"Kau dah tanya pasal aktiviti snorkelling kita esok? Ada bot tak?" tanya Nurul kepada Mira.

"Dah, aku dah telefon tadi. Esok kita kena pergi kat jeti pukul 9.00 pagi," jawab Mira.

"Insya-Allah, kalo kita dapat bersiap awal. Aku takut Nurul tak bangun je. Hehe..," Wani bergurau.

"Isy, mana ada, kau ni. Aku bangun awal la esok!" kata Nurul sambil tangannya memegang bahu kedua sahabatnya, sambil bergerak menuju ke hotel.

***

Keesokan harinya, mereka bergerak menuju ke jeti seperti yang ditetapkan. Ketiga-tiga mereka telah bersiap untuk berpakaian mandi. Sungguhpun melakukan aktiviti air, mereka tidak berpakaian seperti orang Barat. Mereka mengenakan burkini, iaitu pakaian renang yang sesuai untuk muslimah. Burkini ini diperbuat dari bahan yang elastik. Sungguhpun alur kain itu mengikut potongan badan, tetapi kain yang flowy itu tetap menunjukkan kesederhanaan seorang muslimah. Burkini juga disertakan bersama bahagian yang menutupi kepala, seolah-olah seperti memakai tudung. Oleh itu, aurat rambut mereka juga tidak kelihatan.

Mira mengenakan burkini berwarna ungu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mira mengenakan burkini berwarna ungu. Bahagian bajunya berlengan panjang dan mempunyai zip di bahagian hadapan. Dipadankan bersama leggings hitam yang menayangkan keindahan kakinya.

 Dipadankan bersama leggings hitam yang menayangkan keindahan kakinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hilang di Laut BiruWhere stories live. Discover now