📌• Bab 1

10.9K 451 22
                                    

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM..."

Dari jauh lagi dia ternampak kepulan asap tebal datangnya dari sebuah kereta yang terbabas teruk di tepi jalan raya. Dia parking kereta dalam jarak yang agak jauh dari kemalangan itu. Usai enjin dimatikan, dibawa tubuhnya keluar dari perut kereta.

Darlina panik. Perlahan-lahan kakinya melangkah pantas menghampiri kereta yang sudah berasap itu.

"Eh, cik! Jangan datang dekat!" Larang salah seorang lelaki yang juga berada di tempat kejadian. Tetapi jaraknya jauh. Darlina menoleh kejap.

Tidak peduli dengan larangan orang ramai yang semakin menyakitkan hati. Lekas mata meliar mencari sesuatu di dalam kereta itu. Hendak memastikan jika ada pemilik kereta masih ada ataupun tidak.

"Ada orang!" Jerit Darlina kuat.

Dia terus membuka pintu kereta.

Nak selamatkan lelaki yang berlumuran darah di bahagian muka itu. Teruk betul keadaannya. Meremang bulu roma Darlina menengoknya. Serpihan kaca tertusuk ke bahagian mata mangsa.

"Eh, cik! Bahaya! Nanti kereta tu meletup!"

"Kau diamlah!" Tempik Darlina seraya menarik tubuh lemah itu ke arahnya.

"Dah nampak macam ni, tolonglah! Panggil ambulans ke. Ini tak! Tahu cakap je! Kureng!"

Sambil dia membebel geram, sambil dia berusaha menstabilkan tubuh. Lengan kekar itu dipindahkan ke bahunya dan dipegang erat. Sementara tangan yang satu lagi merangkul kemas pinggang mangsa.

Lelaki yang menjadi saksi keberanian Darlina itu menepuk dahi.

Terkejut dengan gadis sekecil itu mampu menyelamatkan lelaki gagah. Takkan sikitpun tak ada rasa takut perempuan tu? Macam mana kalau masa dia tengah selamatkan lelaki tu, tiba-tiba kereta tu meletup?

Tak ke naya nanti?

Gerak-geri Darlina diperhatikan orang ramai. Ada yang berbisik antara satu sama lain. Ada juga yang sibuk merakam detik cemas itu dengan seriusnya. Nak virallah tu. Dapat like banyak. Ceh.

Tanpa membuang masa, kereta yang dipandu oleh Darlina meluncur laju di atas jalan raya. Habis pakaiannya dipenuhi dengan darah si mangsa. Sekali-sekala dia memandang  disebelahnya. Timbul rasa kasihan melihat keadaan lelaki itu.

Wajahnya penuh dengan darah.

Memang teruk sangat.

"Sabar, eh. S... Saya nak bawa awak pergi hospital ni."

Setibanya di hadapan hospital tersebut, Darlina menjerit minta tolong. Terkejut manusia-manusia yang berada di situ apabila melihat keadaan Darlina. Dengan bajunya dipenuhi darah. Tangannya juga ada darah.

"Tolong kawan saya!" Kata Darlina cemas setelah melangkah keluar dari kereta.

Beberapa orang jururawat mula berlari ke arahnya sambil menolak katil pesakit. Ditarik tubuh lemah itu lalu diletakkan pada katil pesakit.

Darlina memandang lelaki itu sayu.

Tatkala katil pesakit mula ditolak menuju ke dalam hospital, Darlina membuka langkah membuntuti mereka dari belakang. Selepas tiba di bilik kecemasan ICU, langkahnya terhenti sebaik sahaja kelibat lelaki itu dibawa masuk ke dalam bilik tersebut.

MY DARLING DARLINA (SU)Where stories live. Discover now