📌• Bab 13

2.5K 253 15
                                    

SUARA-SUARA yang sedang leka berbual di ruang dapur memaksa Hendriyan mengangkat wajah. Kepala ditoleh ke arah suara itu. Setahunya pembantu rumah dalam rumah ni cuma satu orang saja. Tapi kenapa macam ada dua orang pula? Ke telinga aku ada masalah hari ni?

Jelas kedengaran suara dua wanita sedang membawang di situ.

"Kau upah sorang lagi pembantu rumah ke?" Soal Hendriyan kepada Hezriyaz. Hezriyaz yang fokus menonton dokumentari melirik ke dapur. Dia senyum.

"Ya. Sekurang-kurangnya adalah juga teman Kak Hasnah dalam rumah ni."

"Kau tak beritahu aku pun? Orang mana?" Hendriyan ingin tahu.

"HAHAHAHAAHHA!!!" Gelak ketawa seseorang yang agak kuat memaksa Hendriyan menoleh kembali ke dapur. Macam kenal suara tu. Tapi takkanlah dia? Lagipun kalau dia, apa dia buat dekat sini?

"Woi, woi, woi!" Belakang kepala Hezriyaz ditepuknya berkali-kali. Terkejut. Rasanya dia dah boleh agak siapa pembantu rumah baru yang dikatakan oleh Hezriyaz tadi.

"Tu bukan..." Belum sempat Hendriyan meneka, Darlina menyergah dia dari arah belakang.

"Bah!!!"

"Argh!!" Hendriyan kaget. Automatik tubuhnya terlempar ke arah Hezriyaz. Atau lebih tepat lagi tubuh gagahnya menghimpit Hezriyaz.

"Siapa tu?!" Teriak Hendriyan sambil mengurut dada bidangnya. Paha Hezriyaz ditampar kuat.

"Aduh! Sakitlah!" Perlahan-lahan Hezriyaz bingkas bangun.

Sakit mat kena himpit. Tubuh Hendriyan lebih gagah dan sasa berbanding Hezriyaz. Boleh bayangkan betapa sakitnya kena himpit dengan dia? Dahlah kena himpit. Siap kena tampar paha pulak!

"Ni sayalah. Bakal isteri awak." Ujar Darlina dengan senyuman.

"Apa?" Hendriyan duduk menegak. Tergapai-gapai tangannya menyentuh permukaan sofa. Degupan jantungnya tak usah diperkatakan lagi. Dah nak meletup.

"Darlina?" Seru Hendriyan.

"Betul! Jawapan saya adalah ya! Saya nak kahwin dengan awak." Darlina menghampiri.

Apabila terhidu haruman Darlina semakin dekat, cepat-cepat Hendriyan menjarakkan diri. Dia menahan nafas. Dia tahu Darlina ada di sebelahnya. Hembusan nafas gadis itu hangat menerpa kulit. Ya Allah, ini semua dugaan.

"Bila kita nak kahwin?" Soal Darlina sebelum berbalas pandangan dengan Hezriyaz.

Sunyi. Hendriyan tidak tahu bagaimana nak menjawab pertanyaan Darlina. Degupan jantungnya tak beri kerjasama. Terasa panas pipinya menahan malu. Diri sendiri yang offer nak kahwin, dia pula yang malu.

"Bulan depan!" Kata Hezriyaz pula.

Tertoleh kepala Hendriyan dibuatnya. Kalaulah dia boleh tahu Hezriyaz berdiri dekat mana sekarang ni. Mahu saja dia smackdown abangnya. Suka hati dia pula tentukan bila aku nak kahwin. Benda mengejut pula tu.

Ini semua salah kau, Hendriyan!

Hendriyan memejamkan mata seketika. Dia mengeluh berat.

MY DARLING DARLINA (SU)Where stories live. Discover now