Sekujur tubuh lelaki yang badannya dipenuhi darah dan luka digantung di dalam sebuah ruangan gelap seperti gudang lama yang tidak lagi digunakan. Darah daripada luka yang besar dan masih basah menitik ke lantai tanpa henti. Lelaki itu membuka matanya perlahan dan kelihatan sangat lemah kerana kehilangan terlalu banyak darah. Rantai yang mengikat tangannya dihayun lemah cuba untuk melepaskan diri.
Seseorang membuka pintu bilik itu lalu melangkah masuk ke dalam bilik 'penyeksaan' itu dengan langkah yang perlahan dan teratur.
"Hei! Kau buat apa ni?" 'dia' bertanya dengan nada tenang. Pisau rambo di belakang badan dicapai dan dimain sendiri.
"Lepaskan aku la!" jerit lelaki itu dengan muka penuh kemarahan.
"TAKNAK!" 'dia' yang berang terus menikam salah satu luka pada badan lelaki itu. Darah terpercik pada muka 'dia' yang tersenyum puas.
"ARGHHHHHH!!!!!!" lelaki itu terus menjerit kesakitan.
"Tolonglah lepaskan aku......" rayu lelaki itu lemah walaupun dia tahu dia bakal mati di tangan individu itu.
"Ala kenapa pulak? Aku ada bawak mainan baru ni. Kau mesti suka." senyuman 'dia' semakin melebar.
"Kau seksa aku macam binatang, tolong lepaskan aku..." lelaki itu merayu lagi dengan air mata. Darah
"Aku memang nak lepaskan kau, tapi kita main satu game dulu. Kalau kau menang, aku janji aku lepaskan kau." 'dia' berkata sambil memandang tajam lelaki itu. Pisau rambo tadi disimpan semua.
"Aku taknak! Aku nak kau lepaskan aku...tolonglah..." rayu lelaki itu lagi.
"Hm...game ni simple je. Aku hayun mainan ni 100 kali dekat kau. Kalau kau tak mati lah kan, aku lepaskan kau." 'dia' berkata sambil menunjukkan sebilah pedang yang berada di belakangnya. Wajah itu tersenyum sinis.
"Dasar psiko!!! Kau nak bunuh aku!!!!" lelaki itu semakin agresif cuba untuk melepaskan diri.
"HAHAHAHAHAHA. Bodoh, baru tahu rupanya! Jomlah proceed game ni, mesti seronok." 'dia' dengan muka teruja sudah tidak sabar untuk bermain. Pedang pada tangannya terus dilibas pada lelaki tawanannya.
Libasan demi libasan terus disajikan. Bilik itu penuh dengan jeritan seksaan. Darah mercik pada dinding dan lantai. Sangat menjijikkan. Mulut lelaki itu juga menyemburkan darah.
'dia' menghentikan perbuatan kejam itu apabila jeritan sudah tidak kedengaran lalu mencampakkan pedangnya ke lantai. Bajunya juga penuh darah terkena percikan kekejamannya sendiri.
"Ala, cepatnya kalah. Cakap nak aku lepaskan. Rating game aku bagi 6\10." 'dia' berkata dengan mimik muka sedih. 'dia' memerhati tawanan itu dengan senyuman yang sangat puas. Keadaan mayat yang masih tergantung itu sangat menjijikkan. Kulit pada bahagian dada dan perut hancur sehingga organ-organ tubuh itu terkeluar.
'dia' juga melihat keadaan gudang itu dengan kekaguman. Baginya gudang itu sangat cantik kerana cairan merah yang masih mengalir itu adalah asli. Berharga dan unik. Setelah puas meneliti karyanya, 'dia' mengambil pedangnya yang berada di lantai dan melangkah keluar dari bilik itu dengan sangat tenang, seperti tiada apa yang berlaku.
Come and find me.
YOU ARE READING
antagonist
Mistério / Suspensethis start with unbearable pain (FULL SYNOPSIS WILL BE WRITTEN SOON)