PROFESOR Afzhan memberi mereka cuti rehat selama seminggu sebelum kembali semula masuk latihan pada minggu depan. Atas bantuan Encik Azman tempoh hari, pencarian mencari kehilangan ahli berjaya diselesaikan dengan mudah. Satu penghargaan terbesar diberikan kepada Encik Azman walaupun telah bersara lapan tahun lalu.
Encik Azman merupakan bekas master Shadow yang handal dalam menjejak kehilangan musuh. Kemahiran dia lebih kepada halusinasi dan ilusi dimana seseorang akan terdengar bisikan halus. Ia mengganggu jiwa mangsa sehingga merembeskan aura negatif dari badan.
Lebih banyak aura negatif dirasai, lebih mudah Encik Azman mencari petunjuk keberadaan seseorang. Andai Tuan Zachary tidak menjemput dia ke sini, pasti Tuan Asnawi kecewa dek amanahnya tidak dijaga sebaiknya.
Walaupun tidak lagi berkhidmat di akademi Quricity, Encik Azman sentiasa bersedia apabila dirinya diperlukan.
Kejadian di tempat mistik Empat Bukit Kembar cuma ilusi semata-mata. Lembaga hitam dan roh jahat semuanya tidak nyata. Tempat mistik itu faktualnya tempat suci bagi penduduk bandar Vallette untuk mencari tuah. Sesiapa sahaja inginkan hidupnya penuh keuntungan, maka berdoalah di atas jambatan kayu suci itu.
Kasihan mereka ditipu angkara kerja Encik Azman mengarahkan roh elemennya memburu keberadaan mereka. Termasuk kejadian di air pancut Yhvetz bilamana elemen Thunder dan Flame bergabung menciptakan satu letupan.
Gabungan elemen yang kuat kesannya telah menjawab teka-teki dalam tempat suci Empat Bukit Kembar tersebut. Thunder dan Flame menghasilkan ledakan manakala Aqua dan Frost menghasilkan frostbite.
Kini, Encik Azman kembali ke pangkuan keluarganya di bandar Vallette.
ㅤ
ㅤ
ㅤ
"CEPAT letak kad kau. Letak je apa-apa yang ada," kata Zhan tidak sabar menunggu gilirannya."Sabar, aku tau kad kau tinggal tiga. Nah," kad uno tambah empat dilempar oleh Nawwar depan mereka.
"Oh main kotor ya kau? Nah, lu ingat lu sorang ada itu kad? Haiya," Zhan turut meletakkan kad uno tambah empat atas kad Nawwar.
Aryan kemam bibirnya seraya menjeling tajam ke arah Nawwar dan Zhan. Lapan keping kad uno tambahan diambil kasar oleh Aryan. Puk, pak... puk, pak.
Zhan terkekeh-kekeh ketawa melihat reaksi Aryan tidak puas hati. Baru nak menang sekali kena tambah lagi kad. Sakit hati tau tak? Bukan sekali tapi dua game kena benda sama.
Permainan kad uno masih diteruskan. Pusingan agak sengit kerana Zhan hanya tinggal sekeping kad dipegangnya. Setelah sekian lama bertukar giliran dan kad uno bersilih ganti, sudahnya kemenangan sekali lagi berpihak kepada Tuan Zhansheng.
Tiga pusingan berturut Tuan Zhansheng menang.
"Give up aku. Mentang-mentang kau pakai baju warna merah, semua luck kami kau sapu," rungut Aryan menyusun semula kad uno ke dalam kotaknya.
"Chill bro. Heng ong huat ah," Zhan mencantumkan kedua-dua tangannya lalu menggenggam penumbuk.
"Tch... baik aku tidur atas beanbag ni. I'm so done with this game," tutur Nawwar menarik beanbag jauh dari mereka. Dia mahu bersendirian buat seketika.
"Taknak gosip sama kami ke? Luah perasaan? Anything?"
"Not interested," persoalan Zhan pantas dicantas oleh Nawwar.
Nawwar merebah lelah tubuhnya di atas beanbag empuk itu. Lengan kiri terletak pada perut manakala lengan kanan terletak atas dahi bagi menghalang pancaran cahaya lampu menusuk ke matanya.
"Nawwar... teman saya pergi ke kafetaria," pinta Emara lembut. Masa orang nak tidur lah dia pergi kacau. Hish.
"Suruh Hadeena. Saya mengantuk,"
YOU ARE READING
Takdir You're My Healer [C]
FantasyLapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghasutnya. Tetapi bisikan yang didengarinya mempunyai makna yang tersirat. 'The trauma is calling you,' ...