Custom Made

20 1 0
                                        

Aku orang kaya
Kaya gila
Tak ada batas kayanya
Sumber pendapatan ku
Trade market
Dan real property
Seems legit

Rumahku apartment mewah
Bangunan custom made
Yang bawahnya hotel
Dan pusat beli belah
Di puncaknya
Aku bersemayam
Ada swimming pool besar
Separuh dalam rumah
Separuh di luar

TV ku sebesar skrin pawagam
Custom made juga
Di bawa naik pakai lif
Yang boleh muat helikopter
Di belakang tv itu
Aku susun kereta kereta
Bentley maserati
Bersilih ganti
Kereta basahan dibuat lanyak
Range rover evoque

Bilik air ku
Besar rumah teres
Projek rumah mesra rakyat
Dalamnya ada kolam
Lengkap sauna jakuzi semua
Sabun dan shampoo
Semua mahal mahal
Body shop dan mark and Spencer
Untuk cebok berak sahaja

Ada pula dapur
Yang moden berkilat kilat
Peti ais besar
Muat simpan Babi
Gelas Gelas semua kaki tinggi
Kuali murah seperti tefal
Haram masuk dapur aku

Dari tengah rumah
Kau boleh lihat hujung kanan
Yang ada lambakan kereta
Dan 4 helicopter
Kau boleh lihat hujung depan
Swimming pool dan gym
Beserta ruang makan
Sambil nikmati klcc dan kota raya
Kau boleh lihat hujung Kiri
Ranjang ku yang separuh padang futsal
Katil custom made
Boleh dilipat simpan
Buat tidur atau sekadar sofa
Dikiri dan kanannya
Menjulang galeri buku
Dan barang antik
Setinggi empat tingkat almari buku itu
Ada mesin yang akan ambil
Buku pilihan
Mesin itu pun custom made
Kau boleh lihat hujung belakang
Dapur canggih
Yang ada peti ais
Boleh simpan Babi

Yang menjaga rumah ini
Orang yang elok rupa sahaja
Mesti Putih tinggi
Taat setia
Boleh ku suruh basuh baju
Atau boleh ku suruh
Tidak berbaju

Yang datang ke rumah ini
Semua penguasa kaya raya
Bahasa melayu tak boleh guna
Wajib speaking
Sekalipun begitu
Bahasa komunikasi aku
sesama kenalan rapat
Perancis
Inggeris terlalu rendah

Aku pun bayar nasi Putih
Dan telur asin
Nanti aku sambung cerita
Custom made ini
Sekarang tengah tunggu
Baki 20 sen

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 15, 2015 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

InsomniaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang