📌• Bab 3

3.8K 303 18
                                    

Pintu kereta ditutup. Langkahnya terbantut apabila ternampak figura seorang gadis yang mengundang amarahnya kemarin.

Hezriyaz berdecit sinis seraya menarik kaca mata hitam miliknya ke sisi tubuh. Direnung tajam gadis yang sedang melangkah masuk ke dalam hospital tersebut.

"Datang juga kau kan?" Kata Hezriyaz dengan sinisnya. Dia tergelak jahat.

"Kau nak apa sebenarnya dekat adik aku, hah perempuan?" Dalam suaranya. Usai figura si gadis hilang dari pandangan, Hezriyaz buang pandang ke tanah. Disangkut kaca matanya di butang kemejanya.

"Siak punya perempuan..." Hezriyaz membuka langkah menuju ke hospital.

Sudah bersiap sedia hendak mencari gaduh dengan gadis itu. Berani dia datang ke sini lagi lepas aku dah bagi amaran kemarin? Tak takut ke perempuan ni? Ke... muka aku tak cukup menakutkan pada dia?

Tiba-tiba bibirnya tersenyum sengih.

"Dah muka hensem, memang taklah dia nak takut..." Dengan perasannya Hezriyaz memuji diri sendiri.

Darlina memulas tombol pintu wad tersebut. Perlahan-lahan dia menolak pintu sebelum matanya tertumpu pada sekujur tubuh lemah yang sedang berbaring di atas katil pesakit di hadapannya.

Melihat keadaan lelaki itu mengundang rasa simpati Darlina. Dengan matanya di balut, wajahnya pula terdapat luka. Lama Darlina memandang Hendriyan yang masih belum sedar dari tidurnya.

Bila dipandang lama, nampak hensem juga yah lelaki ni. Biarpun mata dia kena balut, tapi hidungnya, bibirnya, belahan dagunya...

"Ehem!" Darlina menyedarkan diri sendiri. Cepat-cepat dia masuk ke dalam wad. Ditutup perlahan pintu di belakangnya. Tidak mahu mengganggu lena Hendriyan.

"So, Hendriyan?" Kata Darlina sebelum menempatkan punggung di atas kerusi.

"Macam mana hari ni? Okey?"

"Eh..." Darlina menggaru kepalanya yang dibaluti shawl hitam. Apalah yang aku tanya ni? Dia kan tengah tidur? Yang aku tanya macam ni dah kenapa? Memang taklah dia nak jawab!

"Erm..." Darlina tidak tahu hendak cakap apa. Kerusi yang didudukinya ditarik rapat ke sisi katil pesakit.

"Hai?" Hai pula dah!

"Nama saya Darlina. Gembira dapat bertemu dengan awak."

Krik. Krik.

Krik. Krik.

Suasana sunyi sepi di dalam wad tersebut membuatkan Darlina berasa janggal. Dah kenapa cakap sorang-sorang aku ni?

"Tak apalah. Awak rehat. Saya datang ni pun sebab nak tengok keadaan awak saja. Tak lebih dari tu. Faham?" Omel Darlina dengan beraninya.

Rupa-rupanya, Hendriyan sudah mendengar semua kata-kata yang keluar dari mulut Darlina tadi. Bukannya dia tidur pun. Dah lama dia terjaga. Suara perempuan yang dia langsung tidak kenali ini membuatkan Hendriyan tidak selesa.

"Saya yang selamatkan awak, Riyan." Ujar Darlina.

Hendriyan cuma diam.

MY DARLING DARLINA (SU)Where stories live. Discover now