BAB 26 ♡

354 17 2
                                    

"Kalau macam tu, aku minta diri dulu lah Han. Tadi adik aku ada text aku suruh tapau mee goreng nak makan. Kau pergi tak kolej besok??" soal Raihan.

"Tak . Aku tak pergi kolej. Nanti kau bagitahu lecturer yang aku cuti besok. Nanti pandai-pandai aku minta notes kau ke dari siapa-siapa. Aku nak jaga Riana," balas Farhan.

"Okey lah bro kalau kau cakap macam tu. Aku gerak dulu. Assalamualaikum." ucap Raihan sambil toss tangan dekat Farhan.

"Riana, aku balik dulu," kata Raihan meminta izin.

"Oh okay-okay. Thank you datang melawat aku." balas Riana. Dia baru sahaja keluar dari tandas setelah selesai mengambil wuduk.

"Small matters. Kau kan tunang kepada kawan baik aku. Mestilah datang melawat. Aku gerak lu Han. "

"Kau hati-hati drive tu Raihan."

Raihan melambai ke arah Farhan.

"Sayang, boleh tak awak tunggu dekat luar sekejap. Saya nak solat." kata Riana. 

"Princess tak solat lagi ke??"

Riana menggelengkan  kepalanya. Tanda dia belum menunaikan kewajiban itu.

"Sure. Saya tunggu dekat luar.Nanti kalau dah habis panggil saya." Farhan segera keluar dan duduk di kerusi di luar bilik wad Riana. Telefon pintarnya dikeluarkan dan dia menaip sesuatu di group chat yang ada rakannya.

"Yo Han. Asal kau duduk luar ni??" tegur Faiz yang baru naik.

"Kau asal baru nampak batang hidung? Ni ha Riana tengah solat dekat dalam, tu yang aku duduk luar kejap." balas Farhan.

"Tadi aku singgah kafe bawah jap. Kononnya nak tapau makanan tapi aku tengok macam tak kena dengan selera aku. Pandai-pandai lah aku minta Raihan singgah mana-mana kedai nanti."

"Raihan dah balik sengal." Hanya dengan 4 patah perkataan itu membuatkan Faiz terkejut.

"Eh .. kau serius ke ?? Habis tu macam mana aku nak balik??"

"Kau yang kalut sangat dah kenapa?? Kan sepupu kau ada. Myra dengan Naura ada dekat dalam bilik Riana tu. Diorang belum balik. Tengah tunggu kau. Nanti Naura hantar kau balik."

Faiz menarik nafas lega dengan ucapan Farhan itu.

"Relax dude. Chill. Sepupu kau ada, tak tinggal kau. Walaupun kau tengok perangai dia macam gila-gila tak adanya nak kacau-kacau orang ni. Aku tengok kau dengan Naura tu sesuai.

"Apa yang kau cuba sampaikan Han?? Aku tak faham?"

"Kau faham ke atau buat-buat tak faham?? Kau suka dekat Naura kan so better you make a move. Luahkan perasaan kau dekat dia. Daripada Naura tu kena sambar dengan laki lain baik kau confessed sebelum terlambat."

Faiz hanya terdiam mendengar kata-kata Farhan itu. Memang betul dia sukakan Naura tu tapi Naura tu suka ke dengan dirinya??

Sementara itu keadaan di dalam wad,

"Ri," panggil Naura. Riana ketika itu baru selesai solat dan sedang melipat telekungnya.

"Kau nak apa Naura??"

"Kau rasa kan Faiz tu suka dekat aku tak?? Jujur aku cakap dekat korang yang aku memang suka dekat Faiz tu since dia pun sepupu rapat aku." luah Naura.

"See, i told you right. Kan betul apa yang aku fikir. Korang each other suka sama suka. So, kau Naura better make a move. Confessed. Tu je yang kau kena buat. Daripada si Faiz tu kena sambar dengan orang lain tak ke naya." ujar Riana.

"Nanti-nanti lah aku bagitahu. Malu aku. Dah lah selalu gaduh dengan dia."

"It's up to you Naura. Tu keputusan kau. Aku tak nak masuk campur. Ni, tolong aku panggil Farhan dekat luar tu cakap aku dah habis solat."

Naura keluar untuk memanggil Farhan yang Riana telah habis menunaikan solat .

"Farhan," panggil Naura. "Tunang kau dah habis solat. Dia panggil kau masuk,"

Farhan sudah masuk ke dalam wad Riana. Yang tinggal di luar hanya Naura dan Faiz sahaja.

"Naura, Han kata kau hantar aku balik??" soal Faiz

"Haah lah aku yang hantar kau balik. Senang kita kan sekali jalan. Memandangkan aku hantar Myra tu yang aku tolong hantarkan kau sekali." ujar Naura.

"Naura" panggil Faiz

Naura sedang ralit melihat telefonnya memberhentikan aktivitinya dan memandang wajah Faiz, "Ha apa kau nak?"

"Aku nak cakap something ni tapi kau jangan terkejut pulak ".

Naura memandang Faiz , "Kau kalau nak cakap, cakap je lah. Sebelum aku hempuk kau baik kau cakap. Apa benda yang kau nak cakap?"

Faiz menarik nafas perlahan dan dia berkata, "Sebenarnya aku dah lama suka dekat kau. Aku sedar aku mula sukakan kau waktu aku form 3 and kau waktu tu form 2. Even kau sepupu aku yang paling rapat tapi aku tak boleh nak deny perasaan aku dekat kau. I really like you." Faiz berjaya meluahkan perasaannya terhadap Naura.

Naura tergamam mendengar luahan Faiz itu. Dia tidak sangka yang Faiz menyukai dirinya.

Naura tengah berfikir bagaimana cara dia mahu meluahkan perasaannya juga dan tiba-tiba dia mendapat idea yang bernas hehe , "Sebenarnya kan Faiz, aku pun ada benda nak cakap dekat kau tapi janji eh kau jangan bagitau siapa-siapa pun pasal benda ni. Janji dulu," kata Naura sambil mengeluarkan jari kelingkingnya dan membuat bentuk janji dulu.

Faiz hanya menturuti apa yang Naura mahu. Dia juga mengeluarkan jari kelingkingnya dan berjanji. " Ya sengal aku janji tak bagitahu siapa-siapa. So apa benda kau nak cakap dekat aku?"

Naura tersenyum-senyum kambing.

Faiz tergamam melihat senyuman Naura itu dan pura-pura meluat melihat Naura senyum-senyum macam orang gila. "Kau apahal? Dah gila ke senyum sorang-sorang."

Naura geram dengar ayat Faiz itu. "Ish kau ni kan. Cakap tu lain kali berlapik boleh tak?? Tak pernah dengar eh orang cakap kata-kata itu satu doa. Kau nak sangat aku jadi gila ke apa??"

"Ya lah mana taknya kau belum cakap apa-apa dah senyum-senyum dah kenapa."

"Kau nak aku cerita ke tak ni?" ugut Naura.

"Sila-sila. Teruskan apa yang kau nak cerita." ujar Faiz

Naura menarik nafas perlahan sebelum bercerita, " Okay macam ni. Aku kan ada suka dekat someone ni tapi aku takut nak confessed dekat dia. Aku malulah," kata Naura sambil menekup mukanya tanda dia malu.

Faiz terkelu 'Dia suka someone?? tapi siapa??'

"Hmm... siapa lelaki yang kau suka tu??" kata Faiz dengan mendatar.

Naura dalam hati dah berdekah gelak sebab tengok muka Faiz yang tak puas hati.  Aish mamat ni kadang-kadang blur juga kan.

Naura *evil smile dalam diam *

"Orang tu dekat je dengan aku."

     
                                                                                    𝒕𝒐  𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆....

My Crush My Husband (C) ✅Where stories live. Discover now