BAB 18 ♡

324 13 0
                                    


Di mansion mewah Tengku Faiz & Tengku Soraya.

"Bonda, Paan ada benda nak cakap ni," Farhan berura-ura mahu memberitahu soal rancangannya itu.

"Paan nak cakapapa? Cakap je lah,"

"Paan dah decide yang Paan nak tunang dengan Riana,"

"Alhamdulilah. Allah SWT makbulkan juga doa bonda dengan ayahanda nak bermenantukan Riana tu kan bang," kata Tengku Soraya sambil memandang suaminya yang disebelahnya.

"Alhamdulilah Soraya. Benda yang baik Allah SWT permudahkan jalannya," ujar Tengku Faiz.

"Jadinya, kira jadilah kan bonda. Nanti bila kita nak pergi rumah sana?" soal Farhan kepada Tengku Soraya

"Bonda ingat apa kata hari Sabtu ni ? Lagipun abang-abang dengan kakak kamu ada dekat rumah ni dan mereka semua tak sibuk jadinya okey ke bang? Hari Sabtu ni kita buat sekali majlis pertunangan ?" cadang Tengku Soraya yang merancang majlis pertunangan sekali gus.

"Tak cepat sangat ke kalau Sabtu ni?? Abang okay aja dengan keputusan awak tu. Benda baik kan. Abang setuju je. Tak tahulah anak teruna awak yang nak tunang tu. Farhan okey ke dengan cadangan bonda tu?"

"Lagi cepat lagi bagus abang. Lagipun hari ni kan baru hari Isnin . Lain lah kalau Farhan bagitahu hari Jumaat tu yang nanti kelam-kabut,"

"Han okay je ayahanda. Mana yang baik Han ikut,"

"Okay kalau macam tu bonda dengan kakak kamu nanti keluar cari barang hantaran untuk pihak perempuan dan kamu kena bagitahu Riana ya. Takut terkejut anak dara tu,"

"Okay bonda. Paan naik atas dulu. Good night," kata Farhan dengan melangkah ke bilik tidurnya.

Di bilik tidurnya, Farhan mengambil keputusan untuk menelefon cinta hatinya.

"Babygirl dah tidur ke eh? Aku takut aku call dia lewat sangat dia dah tidur. Call jelah,"

𝘽𝙖𝙗𝙮𝙜𝙞𝙧𝙡 𝙞𝙨 𝙘𝙖𝙡𝙡𝙞𝙣𝙜....

Eh macam tahu-tahu je aku nak call dia. hahahaha

Riana : Assalamualaikum awak. Buat apa tu?

Farhan : Waalaikumusalam babygirl. Tengah cakap dengan cinta hati saya ni *dengan suara serak-serak basah*

Riana dengar suara Farhan be like : ouch suara dia seksinya .

Farhan : kenapa call ni? Kenapa princess tak tidur lagi eh?

Riana : oh saja call awak hehe. So how ?? bonda cakap apa ?

Farhan : alhamdulilah bonda dengan ayahanda okay. Nanti Sabtu ni diorang nak masuk meminang lepastu buat majlis tunang sekali. Sayang okay ke ?

Riana : Sayang okay je with all the decisions. Benda baikkan.

Farhan : i miss you so so so much sayang. Boleh tak kalau kita cepatkan tarikh nikah kita. arghh

Riana : Aww.. I miss you too . Aip. Ya Allah sabar Tengku Muhammad Farhan Najmi. ish dia ni. Kan dah cakap nanti nikah tunggu saya dah habis SPM lpstu tunggu saya masuk umur 20 🤣🤣 baru kita boleh nikah. Ke awak yang tak sabar ?

Farhan : Saya memang nak halalkan awak babygirl. Take note all what I said okay.

Riana : baiklah tuan putera. Hamba menurut perintah. Saya dah mengantuk ni. Bye see you Sabtu ni .

Farhan : bye too princess good night . I love you

Riana : bye. I love you too.

Seraya itu, Riana mematikan talian.

** SKIP DI SEKOLAH **

"Ri,Sabtu ni kan kau punya majlis tu ?" tanya Myra soal majlis pertunangan Riana dan Farhan

"Haah, Sabtu ni. Korang datang eh. Jangan lupa pula,"

"Eh of course aku dengan Myra datang. Kitorang kan kawan kau mestilah datang," kata Naura pula

"Ni aku nak tanya. Siapa je lagi yang tahu kau nak bertunang? "

"Umm... cikgu yang pernah ajar Farhan dulu lepastu guru kelas kita and ada beberapa cikgu juga tahu. Maybe Farhan bagitahu cikgu-cikgu yang pernah ajar dia rasanya,"

"Oh gitu. Nanti nikah kau ajak classmate tak ? "

"Tu aku tak sure. Sebab both of our parents cadang lepas umur aku 20 tahun baru menikah tapi tak tahulah nanti. Maybe diorang cepatkan ke wallahualam. Aku ikut je mana yang baik. As long as aku dengan Farhan halal tu pun dah cukup,"

"Baguslah kalau tu keputusan kau. Aku setuju je dengan semua keputusan kau. Mana yang terbaik untuk kau tu lah jalan yang kau pilih. Aku dengan Myra doakan supaya kau dengan Farhan bersatu dengan cara yang halal. Aamin," kata Naura dengan bersungguh-sungguh.

"Wow Naura Alia. Since when jadi matang dalam bercakap ni?" perli Riana yang terkejut dengan kata-kata Naura.

"Sejak kawan aku ni nak bertunang hahahaha bongok lah kau ni Riana. Suka hati aku lah nak matang ke apa ke ,"

Riana segera memukul lengan Naura. Ingat dah berubah rupanya sama je . Myra hanya mampu melihat Naura kena pukul dengan Riana . Loyar buruk pula minah ni kan dah kena tampor lengan tu .


𝒕𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆....

My Crush My Husband (C) ✅Where stories live. Discover now