BAB 20 ♡

455 16 0
                                    

Di suatu kawasan perumahan, seorang gadis tidak dapat menerima kenyataan bahawa Farhan bakal melangsungkan majlis pertunangan bersama kekasih hati.


Kad undangan ke majlis pertunangan itu direnung lama.

"Kenapa eh kau kena tunang dengan perempuan lain Farhan?? Apa kurangnya aku?? Aku ni lebih kenal kau dah lama. Kita sepupu... dah memang rapat dari kecil lagi... tapi kau senang-senang je bertunang dengan perempuan lain. " kata Tengku Amalin Najla,sepupu kepada Farhan. Amalin telah menaruh perasaan suka terhadap Farhan sejak dahulu lagi tetapi Farhan tidak melayannya kerana hubungan mereka hanya sekadar sepupu sahaja.

"Najla dah siap ke belum? Kita nak pergi majlis Farhan ni takut jalan jammed pulak nanti,". ujar uminya, Datin Tengku Kalsom.

Amalin hanya termenung memandang kad itu sahaja. Dia tak sangka sepupunya itu hanya menganggapnya tidak lebih sekadar dari sepupu sahaja.

"Kalau Najla tak pergi tak pe ke umi?? Bukannya penting pun majlis ni." kata Amalin Najla dengan acuh tidak acuh sambil memandang ke arah kad itu.

"Najla jangan nak buat hal ya. Mak long kamu dah jemput kita sekeluarga, kita kena hadir. Kan ni majlis sepupu kamu juga,"

"Dah siap ke belum? Nanti jalan jammed pulak. " kata abinya pulak , Dato' Tengku Khalid.

"Dah siap dah bang. Ni Najla ni boleh tak nak ikut pulak,"

"Tengku Amalin Najla. Jangan nak mengada-ngada. Jom cepat. Abang kamu, Alif dah lama tunggu dalam kereta. Kesian dia tunggu lama-lama,"

Nak tak nak Tengku Amalin Najla terpaksa juga ikut umi,abinya serta abang dia. Ikutkan hatinya dia tak nak ikut tapi dia terpaksa.

Di pekarangan rumah keluarga Riana, para tetamu yang dijemput ke majlis pertunangan mereka mula hadir satu persatu kerana majlis bakal bermula sebentar lagi.

Riana yang berada di dalam biliknya rasa gemuruh.

"Sabar Nur Riana Afina sabar," katanya pada diri sendiri. Gila kau tak nervous. Fuhhh tarik nafas hembus.

Tok ! Tok! Tok! Pintu biliknya diketuk.

Riana membuka pintu biliknya dan terjegul lah muka dua orang rakan baiknya iaitu Naura & Myra.

"Bestieeq kau dah siap??" tanya Naura.

"Dah alhamdulilah dah siap," balas Riana.

"Selawat Riana. Baca bismillah. Tarik nafas lepastu hembus. Insya-Allah semoga semuanya dipermudahkan," kata Myra yang sedang menenangkan Riana yang tampak risau itu.

"Riana, rombongan pengantin lelaki dah sampai ," ujar Kak Bella salah seorang kakak saudara aku.

Naura sedang melihat ke luar rumah melalui tingkap bilik aku.

"Wei bakal tunang kau tu dah sampai," kata Naura.

"Kak Bella... Bakal tunang Riana kena duduk dekat luar rumah dulu kan? Kalau mak dia dah sarungkan cincin baru boleh masuk kan?" Sambungnya lagi.

"Iya betul nanti bakal tunang Riana baru masuk kalau dah kena panggil sebab nak sarungkan cincin pada jari lelaki lepas tu ada acara sesi menangkap gambar pula," ujar Kak Bella.

Riana ketika itu rasa gugup. Ya lah pertama kali dia melalui fasa itu. Sebelum ini hanya melihat majlis saudara-maranya sahaja.

"Are you ready Riana??" tanya Myra dan Naura.

"Yeah, I'm ready, jom" balas Riana. Myra dan Naura turun terlebih dahulu. Naura mengambil tempat disisi Kak Bella manakala Myra disisinya. Kemudian, Riana turun dan menuju ke pelamin yang terhias indah itu . Para tetamu yang hadir terkesima dengan kecantikan natural yang dimiliki oleh si gadis itu. Kulitnya yang bersih suci tanpa jerawat dan bibirnya merah bak delima itu dihiasi dengan lip tint yang nipis dan tidak terlalu berat mekapnya.

Riana menuju ke pelamin yang terseragam indah itu. Dia dapat melihat saudara-maranya yang hadir dan tersenyum manis kepada mereka.

Upacara menyarung cincin dimulakan.

Tengku Soraya menyarungkan cincin tunang itu ke jari runcing milik Riana dan berkata kepada Riana sambil memeluknya, "Terima kasih Riana kerana sudi terima anak bonda, Farhan. Bonda bersyukur sebab hajat bonda nak bermenantukan kamu tercapai juga alhamdulilah. Bonda harap selepas ini kamu dan Farhan hidup bahagia sampai ke anak cucu ya," ucap Tengku Soraya dengan nada sebak.

"Baik bonda. Terima kasih kerana sudi terima Riana sebagai bakal menantu bonda. Insya-Allah dengan izinnya ya bonda," balas Riana pula. Mummynya disebelah sudah mengalirkan air mata kegembiraan kerana anak bongsunya telah selamat bertunang dengan jejaka pilihannya.

Riana yang melihat mummynya itu turut rasa sebak, "Mummy don't cry. Nanti adik nangis macam mana? Ni baru adik tunang belum lagi adik nikah," Riana memeluk tubuh mummynya.

"Adik congrats ya. Dah jadi tunang orang behave tau," ucap Aryan,abang ngahnya. Riana hanya menggulingkan matanya sebaik Aryan ucapkan ucapan itu. Ish abang dia yang sorang ni dah kenapa. Aidil meluku kepala adik keduanya dan berkata "Kau dah kenapa cakap macam tu dekat adik?? Macamlah adik buat hal. Lainlah kalau kau tu aku tak percaya," kata Aidil sambil high-five dengan Riana. Tindakan Aidil yang meluku kepala abang ngahnya mengundang ketawa gadis itu. Tengok abang long kita back-up kita tau.

"Ouch, apa along ni. Sakit tahu tak," ujar Aryan tidak puas hati. Sampai hati along luku kepala kita.

"Kamu berdua ni kalau sehari tak bergaduh tak sah kan? Dah mummy nak panggil Farhan masuk pula. Adik pergi masuk dapur dulu. Nanti Farhan dah habis sarung cincin adik datang sini balik untuk tangkap gambar pula," arah mummynya. Riana terus menuju ke dapur dan ditemani oleh kakak saudaranya serta dua rakan karibnya.

"Lah mummy ingat dah habis?" soal Aryan yang kebingungan.

"Angah, belum habis lagi lah sengal. Dah bangun. Nanti Farhan nak duduk atas pelamin tu," ucap Aidil yang membalas bagi pihak mummynya.

"Tengku Muhammad Farhan Najmi,dipersilakan masuk," arah Puan Sri Alia yang memanggil Farhan untuk masuk bagi upacara menyarungkan cincin di jarinya.

Farhan yang dipanggil namanya itu mula memasuki rumah agam tersebut dan duduk di atas pelamin indah itu. Puan Sri Alia menyarungkan cincin di jari Farhan dan setelah itu dia berkata, "Farhan, terima kasih sudi terima anak gadis mummy tu dengan ikhlas. Mummy yakin yang Farhan boleh jaga dia macam mana kami sekeluarga jaga dia dari kecil sampailah dah besar. Janji dengan mummy kamu tak akan sakitkan hatinya dan jaga dia dan sayang dia ya," pesan Puan Sri Alia.

"Insya-Allah mummy. Farhan akan buat yang terbaik untuk Riana dan ikut pesanan mummy. After this she is my priority and she will be my princess and I will treat her nicely," balas Farhan dengan ikhlas. Puan Sri Alia yang mendengarnya merasa tenang kerana dia tahu lelaki itu ikhlas sayang dan cintakan Riana.

"Riana, mari keluar. Jom ambil gambar dengan tunang kamu ni," panggil Puan Sri Alia yang meminta Riana keluar dari dapur.

Farhan ketika sedang menghadap ke hadapan dan tidak melihat Riana di belakangnya. Riana berjalan lurus ke arah Farhan dan menegurnya, "Assalamualaikum encik tunang, sihat tak? " Farhan yang mendengar suara merdu itu segera menoleh ke arah pemilik suara itu dan tersenyum manis ke arah tunangnya, "Waalaikumusalam cik tunang. Saya di sini sihat alhamdulilah and you look so beautiful sayang," puji Farhan. Sungguh siapa sangka gadis yang berusia 17 tahun itu telah selamat menjadi tunangannya di usianya 18 tahun. Ini kerana perbezaan umur di antara Riana dan Farhan ialah beza satu tahun.

ˋᨳ to be continue ...𓄹♡˚

My Crush My Husband (C) ✅Where stories live. Discover now