Hari ujian yang ditunggu-tunggu telah tiba. Masa depan aku dan rakan rakanku terletak pada ujian ini. Ujian ini akan menentukan aliran pada Tingkatan 4 berdasarkan prestasi ujian ini. Terdapat beberapa yang ada di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3. Antaranya ialah Sains Tulen , Sains Jurutera , Perakaunan , Sains Komputer , Perniagaan dan Seni.
Pagi yang menyeramkan tiba dan diiringi dengan hujan lebat serta dentuman petir yang amat kuat. Persekitaran terlihat sangat gelap bagaikan malam bulan dipagar bintang , makin indah bila dipandang , bagai gadis beri senyuman , pada bujang idaman. Aku berjalan ke pintu pagar dalam keadaan yang sejuk dan menggigil. Aku terserempak dengan Ammar lalu menegurnya dan bertanya " kau baca apa je mar untuk exam ni?".
" Aku baca Agama je malam tadi." Kata Ammar padaku. Aku merasa pelik dan keliru . " Bukan ke harini kita periksa Geografi ?". Mulut Ammar ternganga seluas lautan api sanggup ku renangi sedangkan teh o ais pun tiup ( LoL ). " Aku salah baca la ni , HABISLAH AKUUUUUUU.". Ammar menjadi tak keruan dan jadi gelabah. Dalam hatinya hanya mampu membacakan zikir.Masanya telah tiba. Di hadapan aku dan rakan seperjuanganku disediakan dengan helaian kertas ujian. " Jam menunjukkan pukul 8:00 pagi dan anda boleh mula menjawab dengan lafaz Bismillah." Kata Pengawas Peperiksaan kepada kami. Keadaan persekitaran menjadi sunyi seperti crush hilang tanpa dapat dijejak , tahu tahu dia bersama dengan yang lain. Hanya bunyi jam dinding sahaja kedengaran. Tik Tok Tik Tok Tik Tok. Aku perlu lakukan yang terbaik kata Aku kepada diri sendiri. Aku mesti lakukan dengan sepenuh hati demi masaku , demi masa isteriku dan demi anak anakku(tengah exam pun berangan). Termenung itu perkara biasa bagi semua pelajar ketika peperiksaan. Tidak heran jika mereka tidak dapat menyiapkan jawapan dalam masa yang ditetapkan. Ada yang termenung , main pemadam , usya awek lalu kat koridor(selalunya yang duduk tepi pintu dan tingkap) dan membuat lukisan di atas kertas peperiksaan sedangkan kertas yang dijawabnya bukan Pendidikan Seni Visual.
" Masa menjawab tinggal 5 minit lagi " kata Pengawas Peperiksaan untuk memecahkan suasana yang sunyi bagaikan korang suka crush korang dalam diam. Semua murid membuat riak wajah yang terkejut seperti baru lepas terkentut. Aku terus gelabah kerana banyak lagi soalan yang aku belum siapkan. Aku lihat ke kiri , rakanku sedang menyiapkan jawapannya sama sepertiku , iaitu dalam keadaan gelabah. Aku melihat ke kanan pula , alangkah terkejutnya aku melihat yang dia dibuai mimpi dan membuatkan kertas peperiksaan itu segebu peha crush. Mataku terbeliak dan mulutku ternganga melihat kejadian itu. Aku kembali fokus pada kertas milikku dan cuba untuk menyiapkannya.
" Baiklah, masa menjawab telah tamat. Sila letakkan pen di atas meja. Pastikan nama anda telah ditulis. Kertas akan mula dikutip. " kata Pengawas Peperiksaan. Alangkah gembiranya aku mendengar ayat tersebut dilontarkan dari mulut pengawas tersebut. Aku melihat kawanku yang mula berbincang dan bercerita tentang soalan peperiksaan tadi dalam keadaan gelak tawa sebab tak dapat jawab HAHAHAHAHHAA GELAK LA WOI. Aku hanya mampu tersenyum melihat mereka yang bergelak tawa sedangkan jauh di dalam sudut hatiku amat risau tentang masa depan yang akan berlaku. Buat masa sekarang , aku telah usaha , tiba masa untuk doa dan tawakal.
