Gementar

17 2 0
                                    

Detik waktu terus berjalan , akhirnya hari keputusan peperiksaan untuk menentukan aliran telah tiba. Aku sangat takut sehingga menyebabkan badanku menggelatar sehingga terdengar degupan jantung dan darah di dalam pembuluh darah mengalir. Masa terus berjalan tanpa mengira erti penat dan lelah , tetapi kenapa masa taknak berlari eh , hmmmm.

" Abang cepatlah ! Harini kan nak ambil keputusan peperiksaan. ", Jerit bidadari syurga tersebut dengan harapan aku akan menyahut. Korang rasa aku sahut ke tak. Mestila sahut , gila ko nak tengok mak aku naik angin . Seram Cukkkkkk. " Ya , kejappp laaa , dah nak siap da pun. Ummi tunggu je dalam kereta. Kejap lagi abang sampai .", Sahutku dari dalam bilik tidurku. Aku memang sengaja untuk datang lambat sebab SERAM BODO NAK AMBIK RESULT.

Setibanya aku masuk kedalam kereta , aku seperti biasa dibebel oleh ibuku kerana LAMBAT. Siapa je tak seram nak ambik keputusan peperiksaan. Kalau bole taknak ambil langsung AAAAAAAAA. Ibuku membebel sepanjang perjalanan kami untuk menuju ke sekolah. Perjalanan ke sekolah hanya mengambil 5 minit terasa seperti 1 jam akibat daripada bebelan ibuku itu .

Kami disambut dengan guru kaunseling dihadapan pintu pagar sekolah dengan mesranya. Setiap langkah rasa begitu berat sekali. Semakin bertambah perjalanan , Semakin berkurang jarak antara aku dan ibuku untuk tiba ke destinasi. Itulah inferens yang dapat dibuat bagu situasiku ini. Ku kira kamu mendekat , ternyata destinasiku. Kami ditunjukkan jalan oleh seorang pengawas yang ditugaskan untuk membawa kami ke tempat yang sepatutnya. Nafasku semakin pendek dan amat sukar untuk bernafas akibat daripada gementar yang secara tiba tiba melanda. Begitulah juga dengan sifatmu yang tiba tiba menjadi dingin meski aku tidak berbuat apa apa.

Setelah 5 minit berjalan dari pagar sekolah ke arah kelas , kami tiba betul betul dihadapan pintu kelas aku iaitu 3 Amber. Kelihatan Cikgu Anna yang begitu tekun menceritakan tentang personaliti murid ketika itu. Aku mencari tempat kosong untuk aku dan ibuku duduk. Dengan tiba tiba ada seorang wanita yang tidak tua tetapi tidak muda menegur aku. Aku kehairanan lalu bertanya " Kenapa ni acik?".  Acik itu membalas " Adik dah ambil nombor giliran ke ? , kalau belum , sila ambil nombor tu kat depan." . Aku menganguk faham lalu terus bangkit dari kerusi untuk mengambil nombor giliran yang terletak kira kira 10 meter dari tempat kami duduk. Aku hanya mampu memberikan senyuman tersipu malu kepada Cikgu Anna pada waktu itu. Cikgu Anna membalas senyumanku itu lalu aku blushing AAAAAAAAAAA. Ceh gurau jahhh. Aku melihat nombor pada kertas giliranku yang bertulis 12. Aku sempat bertanyakan kepada Cikgu bahawa sekarang giliran nombor berapa. Cikgu Anna tenang menjawab nombor 8. Aku macam tidak keruan tetapi masih awal untuk gelabah so aku mengambil keputusan untuk cuba bertenang.

Masa terus berenang sehingga tibanya giliran aku untuk ditemu ramah ? ditemu bual ? jawapannya ialah ditemu ilahi. Haihhhh. Aku terus hilang semangat untuk teruskan kehidupan. Aku mula gelabah dan tidak keruan secara tiba tiba. Aku dan ibuku belajar terus ke meja milik Cikgu Anna sambil beristighfar. Aku berdoa agar semuanya berjalan lancar. Adakah ibuku akan memarahi aku ? Apa keputusan yang aku dapat ? Aku akan duduk aliran apa ? Pelbagai persoalan yang bermain di dalam pikiran aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 07, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tentang Dia Where stories live. Discover now