Masa Hadapan

26 4 0
                                    

Dua minggu telah pun Aku lalui bagi menghadapi peperiksaan untuk menentukan aliran buat tahun hadapan. Alhamdulillah tak cukup tidur sebab terlalu fokus untuk peperiksaan kali ni kerana segalanya akan bergantung pada keputusan ini. Adakah aku mampu banggakan ibu bapaku atau sebaliknya ?

" Cikgu ada dua berita. Ada berita baik dan juga berita buruk. Kamu semua nak tahu yang mana dulu? " Kata Cikgu Anna pada kami semua iaitu murid 3 Amber. " Nak berita baik dulu cikgu " celah Izzat. Murid kelas 3 Amber turut setuju dengan idea Izzat tersebut. " Berita baik dulu ya. Hari Khamis ini akan menjadi hari terakhir kamu semua sekolah dan kamu semua akan menjalani cuti akhir tahun. " kata Cikgu Anna sambil tersenyum. Kami semua menjerit kegembiraan seperti beruk terlepas kandang. Tiba-tiba Ilhan mencelah dan berkata " Berita buruknya apa cikgu ? ". Satu kelas mengecam dia sebab dia ingatkan cikgu(Dia ni memang selalu kena kecam. Saya pun tak tahulah). " Oh haah , nasib baik awak ingatkan saya Ilhan. Berita buruknya ialah pada hari Khamis ni." ujar Cikgu Anna. Kami semua kepelikkan. Hari Khamis??? Ada apa Khamis ni ??? "Ada apa cikgu Khamis ni ??? " tanyaku kepada cikguku dengan penuh tanda tanya. Cikgu Anna membalas " Hari Khamis ini akan diadakan hari terbuka.Kehadiran ibu bapa awak semua adalah wajib. Hari terbuka akan diadakan di kelas masing masing. Waktunya dari 11 tengah hari sampai 2 petang. Kiranya kalau mak ayah awak semua datang , awak boleh ikut mereka balik sekali. Faham? ". " Faham." kata semua murid dengan nada yang agak sedih. Siapa je yang suka hari terbuka? Orang psychopath je yang suka hari terbuka sebenarnya. Kelasku kembali bising setelah mendengar pengunguman dari Cikgu Anna tadi. Ada yang seperti tiada perasaan tentang khabar tadi. Ada juga yang risau tentang keputusan yang akan dibentangkan nanti. Yela kan , bawak parent kottt ... sape je taktakut.

Loceng sekolah berbunyi dan menandakan waktu pulang dari sekolah. Aku mengemas barangku yang bersepah di atas meja dengan pantas dan masukkan ke dalam beg sekolahku. Kepalaku menjadi sakit akibat terlalu banyak berfikir. Di dalam fikiranku hanya bermain satu persoalan. "Adakah aku perlu bagitau ibu bapa ku tentang hari terbuka tersebut? Aku cuma takut mereka kecewa dengan keputusanku. Tapi aku dah usaha dan tawakal. Aku rasa bagitau je kot." Kata kata tersebut bermain di dalam fikiranku sehingga aku tidak perasan yang aku sudah tiba di kediamanku. Aku masuk ke dalam rumah dan terus membersihkan diri. Setelah itu , ibuku mempelawaku untuk makan tengah hari bersamanya. Harini dia masak lauk favorite aku siut. Ayam masak kicap hehe. Ketika makan , aku terfikir adakah aku perlu beritahu tentang hari terbuka. Hati kata cakap tetapi otak kata jangan. Prinsip dia lebih kurang la dengan moveon just terbalik je. Kalau moveon selalunya otak kata moveon , hati kata jangan. Ha gituuuuu. Aku memberanikan diri dan berkata " Ummi , Khamis ni Ummi kerja ke?". Ibuku menggeleng dan tanyaku kembali "Kenapa?". Aku beritahu sedetail detailnya tentang apa yang akan berlaku pada hari tersebut. Ibuku bersetuju untuk menghadiri hari terbuka tersebut. Hilang sudah satu bebanan di fikiranku berkaitan hari terbuka. Sekarang tugasku hanya berdoa sahaja agar segala urusanku dipermudahkan.

Tentang Dia Where stories live. Discover now