Part 4

7.9K 71 0
                                    

"mana si Hadif ni ? Dah pukul 7 ni " gumam aku dalam hati

Tiba tiba adik aku sergah dari belakang "BAAA!"

"Ya Allah adik ! Kau dah kenapa ?" Marah aku .

"Saje je bang . Hm mana abang Hadif ni ? Kata nak datang ambik kita" tanya adik aku

"Kau jangan tanya abang . Abang sendiri pun taktau dia dekat mana sekarang ."

Tak lama lepastu , dengar bunyi deruman enjin yang laju dan berhenti tepat di rumah aku . Hm kereta Hadif . Aku dan adik aku pun masuk ke dalam kereta tu .

"Asal lambat ?" Tanya aku sepatah . Nada tu macam merajuk sikit la AHAHHAHAHAH .

"Sorry la aku lewat sikit . Jalan jem tadi . Ala baru pukul 7 kan kan ?"

"Ha iyelah . Cepat la gerak . Kejap lagi lewat sampai tak pasal pasal kena denda ."

Hadif memandu di sebelah . Tak banyak cakap kalini . Entah la . Bunyi radio je lebih .

"Yang kau ni pahal diam ? Selalunya kau la paling riuh sekali kalau nampak aku ni" tanya aku

"Hm nanti la aku cerita" jawab Hadif. Ok aku tunggu .




Nasib sempat sampai sekolah . Memang la jarak sekolah aku dengan rumah aku tak jauh mana pun . Tapi kalau dah pagi pagi ni dia punya jem tu lain mcm beb . Perjalanan yang cuma 15 minit boleh jadi 30 minit . Takpa la yang penting aku nk masuk kelas sekarang . Aku dan Hadif naik ke kelas . Nampak la yang semua orang dah ada dalam kelas . Macam biasalah kelas aku ni kalau tak riuh tu tak sah . Kalau nak bagi hilang riuh tu pun tunggu cikgu datang je la . Pagi pagi lagi boleh nampak la macam macam kerenah classmate aku ni . Ada yang membawang . Ada buat homework . Dan ada jugak yang sambung buat taik mata . Eh ehh . Loceng berbunyi dan menandakan waktu pembelajaran bakal bermula . Mujur pagi ni Cikgu Halijah yang sepatutnya mengajar kami matapelajaran sains tidak hadir sebab ada kursus 5 hari . So boleh nampak la ada yang study dan ada jugak yang sambung membawang . Aku tenung Hadif . Lama aku tenung . Dia ni selalunya banyak cakap pagi pagi macamni . Tapi harini lain pulak .

"Hadif , kau ni apahal ? Senyap je dari tadi "

"Hm aku nak cerita kat kau ni . Malu gak nak cerita tapi sebab kau ni kawan aku so aku cerita gak la . Hm birthday aku actually minggu depan "

"Hah seriousla minggu depan ? Ouh bagus la birthday kau . Patutnya kau happy la . Ni kenapa monyok je ni ?"

"Hm aku sedih la sebab mama aku tak dapat balik sebab busy hal kerja . Dah tiga tahun mama aku tak dapat celebrate setiap kali birthday aku . Kadang tu aku marah la gak dekat mama aku . Ye la dia ceo syarikat . Boleh je dia mintak cuti untuk aku kan ? Tapi lama kelamaan aku mula faham . Mama aku ni jenis komited dengan kerja dia . So nak taknak , aku kena terima la ."

"Ooo baru aku faham . Ala kau ni jangan sedih sedih . Aku kan ada . Ok camni . How about we do birthday party for you at your home ?"

"HAH SERIOUSLA ?!" jelas muka Hadif terkejut dengar cadangan aku tu

"Yaa birthday party . Kau dah kenapa terkejut sangat ?"

"Aku sebenarnya kan dah lama tak sambut birthday party . Tapi bila kau cadang idea camtu , aku rasa happy do sebab ada orang care tentang aku . "

"Ala no hal la . Takpe tentang party tu , serahkan pada aku . Tapi kalau bab kewangan tu ehehhee kau pandai pandai la topup kan ehehhehe faham faham je la"

"Ala takde hal psal duit . Kau mintak je . Asalkan plan kau ni jadi . Arghh serious beb aku tak sabar gila nak sambut birthday aku " jawab Hadif dengan nada kegembiraan . Muka monyok tu dah hilang ek ?











My Gay Partner Is Rich Boy Where stories live. Discover now