Hasif pov
Lepas 3 hari , kaki aku dah ok . Finally ! Aku dh boleh jalan sendiri . Takyah nk kena tunggu Hadif datang papah aku dah . Sumpah rasa yang diri aku ni bebankan dia . Hm aku rasa aku nk masak la kt dia . Aku tengok jam . Pukul 11 pagi . Hm boleh la ni start masak . Hadif balik pukul 12.30 nnti. Harini hari jumaat . Hm apa aku nak masak ek ? Aku turun ke dapur . Aku buka peti ais dia . Ada balang sos bolognese . Ada daging burger . Aku selongkar rak dapur . Ada plastic spagetti angel hair . Hm masak spagetti je la . Lagipon kejap lagi nak makan luar gak . Nak beli barang untuk birthday party Hadif . Oh ingat aku cancel ek plan tentang birthday party Hadif tu ? Takdenya !
Lepas je settle masak semua tadi ,aku pergi la masuk bilik Hadif nak mandi . Aku selongkar luggage aku . Alamak baju aku dah takde . Seluar lak tinggal seluar pendek je . Hmmmmmm balas je la baju Hadif tu . Baju dia banyak . Aku bukak closet Hadif . Hmmm banyak lak baju . Takpe . Aku guna cara aku . Selalu aku guna cara ni bila aku confuse nak pakai baju apa. Aku tutupkan mata aku dengan tangan aku lepastu aku raba raba dalam closet Hadif . Dekat 5 saat aku raba , aku tarik satu baju ni and aku bukak mata aku . Laaaa oversize shirt colour merah . Ala hentam je la . Badan aku dah berlengas dah lepas masak tadi .
Lepas je aku settle mandi , aku pakai baju tadi dengan seluar pendek . Aku tengok la rupa aku depan cermin . Eh macam gay boy lak . Hadif ni everage baju dia semua size L tapi baju tu aku perasan laaa 2xl . Aku ni pakai baju size m je . Hmm mmg nmpak oversize la citernya . Hentam je la . Aku turun ke ruang tamu dan tunggu Hadif dngn Hairi balik . Tak sampai 5 minit , dorang pon balik dari sekolah . Aku sambut Hadif dengan ambil beg sekolah dia dan aku galaskan kat bahu aku . Hairi terus naik ke atas . Penat kot .
"So macammana sekolah ? Ok tak ?" Tanya aku
"Hm ok la . Takde yang menarik pon kalau kau takde sebelah aku ni "
"Laaa rindu aku ke ? Ha lepas rindu cepat "
Aku sengaja nak bergurau dengan Hadif dengan depakan tangan aku tanda suruh Hadif peluk aku . tiba tiba Hadif terus peluk aku dengan kuat . Aku terkejut . Aku bergurau je kot . Cepat cepat aku lepaskan pelukan Hadif secara paksa .
"Ha dah lepas rindu " jawab Hadif
"Eh kau ni ! Aku bergurau je kot "
"Ala kau dah offer . Aku peluk je la"
"Hm apa apa je la . Jom pergi dapur . Aku dah masak untuk kau . Spagetti je . "
"Ha bagus . Aku pon dah lapar giler dah ni . Kat sekolah tadi aku takde selera nak makan . "
"Alolololo kesiannya dia hahahahaha . Dah la kau . Kau pergi dapur tu dulu . Aku naik atas jap letak beg kau ni "
Belum sempat aku jejakkan kaki aku kat tangga , Hadif panggil nama aku .
"Hasif "
"Ye ?" Jawab aku kehairanan
"Kau pakai baju aku ke "
"Ha ah . Baju aku dah takde la dalam luggage tu . Kenapa kau tanya ?"
"Takde la . Kau nampak cute pakai macamni. Geram ." jawab hadif dan terus berlalu pergi ke dapur .
Aku terkesima lalu terkedu . Dah kenapa mamat ni ? Ah naik je la atas cepat . Lepas je aku letak beg Hadif kt bilik dia , aku terus pergi ke dapur . Aku tengok Hadif sedang tunggu aku kat dapur .
"Ha kejap . Aku hidangkan untuk kau"
Aku ambik pinggan dan masukkan spagetti ke pinggan . Lepastu aku masukkan kuah bolognese kat spagetti tu . Lepastu aku letak betul betul depan Hadif .
"Engkau masak ke ?" Tanya Hadif
"Eh tak la . Aku suruh jiran kau masak . Aduhai siapa lagi kat rumah ni wey ? Aku sorang je kan . So aku la yang masak " jawab aku
YOU ARE READING
My Gay Partner Is Rich Boy
Romance🔞WARNING🔞 GAY STORY HERE SO HOMOPHOBIC GET LOST ❗️❗️❗️ "Cinta ? Bolehkah dijual beli dengan harta ? Aku buntu." Hadif "Kau tak payahlah nak tunjuk mula kau depan aku. Aku jijik dengan kau" Hasif "Beb, aku nak kau tau yang aku sayangkan kau sangat...