49

566 111 142
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Setiap mesej dan panggilan telefon yang aku terima, aku biarkan tak terjawab. Tanpa perasaan, telefon pintar aku matikan.

Kepala aku angkatkan, melihat tanaman yang menghijau dan dihiasi bunga mekar berwarna-warni di sekelilingku tika ini, menjalar tinggi dan membentuk suatu tembok yang mengelilingi taman bunga ini.

Cantik dan menenangkan sehinggakan aku rasa hendak terus kekal di sini, sendirian. Seorang diri, aku duduk di bangku kayu ini, dengan gaun pengantin berona putih masih tersarung di tubuhku.

Rambut dan muka sudah didandan cantik, sepatutnya kini aku sudah berada di hadapan altar bersama Jungkook, sama-sama mengangkat semula ikrar perkahwinan kami, menjadi bukti penyatuan semula kami.

Namun sebaliknya aku berada di sini. Di taman bunga yang baru aku terokai pagi tadi. Niatnya hanya untuk menenangkan diri di sini tapi hati dirasakan begitu berat hendak meninggalkan tempat ini.

"Yerim.."

Perlahan-lahan aku menoleh.

Terlihat Somi dan Yoonji sedang berdiri tidak jauh dari aku, masing-masing nampak lega saat melihat aku sekarang. Pastinya mereka cukup cemas kehilangan aku tadi.

Kini panahan mata aku tertumpu lama pada Somi yang masih tidak berganjak dari tempatnya sedangkan Yoonji sudah mengatur langkah pantas menghampiri aku, sama pantas dengan mulutnya yang tak henti-henti membebel padaku.

Namun segala bebelan Yoonji bagaikan angin lalu di telinga aku, sedangkan mata aku masih tertumpu pada Somi yang jelas, turut sama merenungku.

Renungannya cukup jelas, punya rasa bersalah denganku. Biasan matanya yang berkaca, tahu hatinya tika ini diselubungi suatu rasa, sebak tika melihatku.

"Aku cari sir sekejap, kau jangan lari pula." Pesan Yoonji, sempat matanya memandang aku dan Somi silih berganti. Tahu itu cuma alasannya untuk meninggalkan aku berdua dengan Somi.

Aku hanya masih diam, memerhati tika Somi mula mengatur langkah menghampiri aku tatkala Yoonji sudah berlalu pergi meninggalkan aku dan Somi, berdua.

Bila dirinya perlahan-lahan mengambil tempat duduk di sisiku, aku masih tetap merenungnya. Sehinggalah, dirinya lambat-lambat menoleh, membalas renungan mataku.

Perlahan-lahan aku tersenyum, senyuman yang dirasakan cukup ikhlas dari dasar hati aku, untuknya. Memberitahunya bahawa tiada dendam di hati ini untuknya.

Terlihat sepasang mata bundarnya mula digenangi dengan air matanya sendiri tika menatapku sekarang.

Dapat aku lihat bibirnya bergetar perlahan, cuba mengukirkan senyuman untukku namun ditewaskan dengan rasa sebak, lantas dirinya menunduk. Tatkala matanya dipejamkan rapat, air matanya gugur satu per satu di hadapanku.

Still With You; The Sequel | jjk [✓]Where stories live. Discover now