61

639 98 75
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

" Demi keselamatan pesakit dan janin, kami akan lakukan perimortem cesarean delivery. Prosedur ini dapat mengurangkan mampatan IVC (inferior vena cava) oleh rahim, seterusnya meningkatkan hemodinamik (aliran darah) ibu dan perfusi janin. Selepas itu, barulah kami akan lakukan Neurosurgery. Kami dapati ada saluran darah dalam otak pesakit yang bocor. Oleh itu kami perlu lakukan  Neurosurgery iaitu craniotomy surgery untuk mengeluarkan darah atau darah yang beku dalam otak pesakit. Kami sedang lakukan persediaan lanjut di dalam. Sementara itu kami perlukan persetujuan dari pihak keluarga pesakit untuk kebenaran bagi prosedur selanjutnya."

"Saya,.. Saya suami dia.."

Genangan air mata dirasakan mengaburi penglihatannya dengan langkahnya diatur lemah mendekati jururawat yang sedia menunggu dengan dokumen di tangan.

Dengan tangan yang menggeletar, pen digenggam longgar sebelum tandatangannya diturunkan di hujung dokumen itu.

"Tolong selamatkan isteri saya.." Pintanya dengan tekak yang dirasakan perit menahan sebak.

Sebaik saja jururawat itu berlalu pergi, hampir Jungkook terjelopok jatuh di atas lantai namun tubuhnya yang mula dirasakan lemah sempat ditampung oleh Seokjin, menghalangnya dari jatuh terduduk di atas lantai.

Perlahan-lahan dirinya jatuh terduduk di atas lantai dengan kedua-dua tangannya menekup kuat wajahnya sendiri. Tiada suara meraung atau meratap sedih, hanya air matanya yang mengalir deras dari balik telapak tangannya.

Seokjin yang melihat hanya mampu menatap sayu lelaki yang sudah dia anggap seperti adik kandungnya sendiri itu.

Menggeletar seluruh tubuhnya menahan tangisannya yang semakin menjadi-jadi. Terlalu takut akan kehilangan hingga dadanya dirasakan sesak, menahan bebanannya.

Terngiang-ngiang senyuman dan renungan mata Yerim yang terakhir buatnya. Masih dirasakan sejuknya telapak tangan isterinya tika menyentuh pipinya tadi.

Kini tangisannya tak dapat ditahan, teresak-esak dirinya menangis sehinggakan dadanya dirasakan sesak menanggung rasa pilu.

"Jungkook.."

Tak sanggup terus melihat lelaki itu terus meratap pilu, lantas Seokjin duduk melutut di hadapan Jungkook sebelum tubuh itu yang dirasakan lemah tak berdaya ditarik ke dalam pelukannya. Tanpa sedar dirinya turut sama mengalirkan air mata.

Di dalam pelukannya, dapat Seokjin rasakan seluruh tubuh Jungkook yang menggeletar, menangis semahu-mahunya.

"Semua salah aku.."

Still With You; The Sequel | jjk [✓]Where stories live. Discover now