Berbekal baki duit KWSP yang masih ada, Ma buat modal untuk jual kuih dekat gerai. Dia buat sikit-sikit dulu. Wanita 50-an itu tak mampu nak bawa banyak barang untuk ke gerai. Kereta dah dibawa lari suami. Nak minta tolong Maznah pun dia segan walaupun sudah diberitahu yang dia sentiasa tolong Ma. Dia mahu Maznah fokus pada anak perempuan dia, Asiyah, yang mahu sambung belajar dekat universiti.
Pagi itu Ma lupakan bekas suami keparatnya itu. Kena senyum. Kalau muka masam, siapa nak singgah gerai? Dia tunggu pelanggan sampailah ke jam sembilan. Kuih tak terusik. Orang tak nak beli. Sebelum ini dia ada curi-curi dengar dua tiga orang berbual:
"Tok soh pegi keda hok tino tu. Baghu ni aku denga, tino tu keno cegha."
"Sunggoh? Bakpo weh?"
"Bini dok gheti jago laki. Laki tingga lah. Aku ado denga kawe laki dio dok kabo laki dio cegha sebab tino tu dok reti laye dio."
"Huh, meme patut keno tingga pun!"
"Tok soh beli hok dio. Tok soh dekak lah denge tino tuh."
"Holah wei...Nati abe-abe kito dio dok ambik. Toksey wei keno madu, keno cegha!"
Ma cuba pekakkan telinga. Ma cuba tahan air mata dia yang nak tertumpah tu. Nanti orang tengok, tak molek. Dia cepat-cepat bungkus kuih-kuih tak terjual tu dan cepat-cepat berjalan pulang ke rumah.
YOU ARE READING
Bagaimana Hassan Naik Ke Langit
Short StoryPertanyaan Hassan tiada jawaban. Ma duduk dekat beranda. Pandang halaman rumah. Seterusnya dilempar terus ke jalan raya. Lepas itu dekat sawah padi hijau kekuningan tu. Hassan tanya lagi soalan sama. Ma sebenarnya dengar soalan anaknya. Cuma masalah...