Murid lelaki di dalam kelas itu segera menegur Haura sebelum Haura melangkah pergi.
"Hye! Apa nama gadis cantik di depan saya ni ye?". Tanya salah seorang lelaki di situ.
"Hye saya Haura,awak semua ni nak apa ya?". Soal Haura dengan pelik.
"Oh kami saje je nak tegur awak,sebab jarang sangat kami nampak muka awak dekat sekolah ni. Itu yang nak tegur tu,kalau dapat tengok muka awak pun cuma waktu penting je yang dapat,waktu lain susah betul nak nampak". Kata budak lelaki itu,dan di sokong oleh pelajar yang lain.
Haura pelik dengan kata-kata budak lelaki itu. Ya dia sedar,dia memang susah nak tunjukkan diri kerana dia lebih suka bersendirian dan tidak suka menarik perhatian orang ramai. Alah-alah macam jenis private gituuu.
Haura berkata."yee memang betul pun,awak semua memang susah nak nampak muka saya,bukan apa saya ni jenis sukakan privacy sikit,tapi kalau nampak saya,nak tegur tu tegur jela,saya tak kesah pon".
"Oh macam tu ke,patutlah jarang nampak,selalunye orang yang cantik ni senang je nak nampak dekat mana-mana ni lain pulak,susah nak nampak hahaha". Budak lelaki itu ketawa.
"Aikkk awak nak kata saya cantik ke? Hahahah".
"Lebih kurang gitu laaa hahahaah,betul ke kami boleh tegur?sebab saya tengok awak ni macam sombong sikit,sorry".
Haura tersenyum."tegur jelaa tak ada masalah pon. Okaylah saya nak gerak dulu ni,nak masuk kelas,belajar rajin-rajin yee".
"Baik Haura,tak sangka awak ni sporting jugak orangnye ahahah,okay lah hati-hati balik kelas,bye Haura." Kata budak lelaki itu dan juga pelajar lain.
"Yee bye-bye semua!!!". Haura tersenyum kerana sifat peramah mereka semua. Haura tidak kesah jika ada pelajar lain yang tidak memanggilnya kakak,asalkan mereka memanggilnya dengan nama yang elok.
_________
Haura mula bergerak untuk pergi ke kelas. Dalam perjalanan,Haura terserempak dengan Everlyn.
"Weyh Lyn,kau tak masuk kelas lagi?". Tegur Haura.
"Eh Haura! haah aku tak masuk lagi sebab tadi cikgu Intan panggil aku suruh bagi borang ni dekat setiap tingkatan,haa kebetulan aku cari kau,muncul terus kau dekat sini". Sahut Everlyn.
"Lahhh yekee,kalau macam tu jom lah kita bagi sama-sama". Ajak Haura.
"Okay cun,jom!!!".
Setelah mereka memberi borang jamuan pada setiap tingkatan,tiba lah masanya mereka memberi borang jamuan pada tingkatan 4 dan 5 pula.
Haura dan Everlyn adalah pelajar tingkatan 4. Mereka berdua adalah pelajar cemerlang dalam tingkatan. Hanya yang kenal mereka sahaja yang tahu sifat mereka,yang tidak kenal mereka tidak tahu kewujudan mereka berdua. Haaa pelik kan...tapi kenapa ya?.
Setelah mereka tiba di block tingkatan 4 dan tiga, mereka masuk kelas dan mengagihkan kertas serta memberi taklimat serba sedikit.
Setelah selesai,mereka terus bergerak ke block tingkatan 5 pula. Sewaktu mereka tiba di sana. Ada satu perasaan aneh yang muncul. Masing-masing berdebar dan tidak tahu apa sebabnya. Tetapi mereka hanya mendiamkan diri sahaja.
Kerana malas ambil pusing,mereka terus bergerak ke kelas paling hujung sekali. Ada yang mengacau mereka,ada yang beri pandangan jelik,ada juga yang beri pandangan biasa dan ramah. Haihh macam-macam pandangan ada.
Dan terakhir sekali adalah kelas paling atas, iaitu kelas pelajar pandai. Hmmm kelas sains gituwww.
Setelah tiba, perasaan berdebar itu hadir balik,mereka pandang sesama sendiri. Sunyi sahaja kelas itu,dah macam kawasan kubur je.
Tanpa berlengah masa, Everlyn terus mengetuk pintu kelas itu,semua yang ada di dalam itu pandang ke arah mereka berdua. Haa kecut terus mereka berdua,dah macam pesalah pula.
Haura dengan segera menyorok di belakang Everlyn kerana takut. Mungkin.
"Eh! yang kau duduk belakang aku ni asal?sini lah berdiri tepi aku ni ngok!". Bisik Everlyn perlahan,tetapi penuh dengan kegeraman.
"Eee aku takut la Everlyn kau tengok tu!semua pandang kita macam kita ni ada buat salah!". Beritahu Haura dengan suara yang perlahan.
Tegur salah satu suara dari dalam kelas itu."eh ni ada apa-apa masalah ke ni hah? yang duduk tercegat dekat luar tu?,eh kalau tak ada apa-apa boleh blah sekarang,kiteorang ni nak study,so jangan buat semak dekat depan pintu tu". Kata manusia yang bermulut puaka itu.
Haura dan Everlyn terkejut dengan kata yang kurang adab itu. Tetapi mereka hanya tersenyum nipis kerana tidak mahu ada pergaduhan antara senior dan junior.
"Maaf semua atas kesilapan kami". Kata Everlyn dengan lembut sambil menundukkan pandangannya.
Manusia bermulut puaka itu hanya menjeling sahaja.
"Izinkan kami masuk ye untuk edarkan borang jamuan ni". Everlyn meminta izin kepada mereka.
Pelajar lain hanya menganggukkan kepala sahaja.Everlyn dengan cepat menarik tangan Haura.
Setibanya Haura mengangkatkan mukanya,semua pelajar di situ terkedu melihat Haura. Mereka ingat Haura dan Everlyn ini biasa-biasa sahaja. Tetapi mereka salah. Setelah mereka melihat dengan jelas wajah Everlyn dan Haura,ternyata kecantikan mereka berdua itu telah mengalahkan group gegirl yang hot di sekolah itu. Itu akan menjejaskan kedudukan mereka.
Semua pelajar kenal dengan group itu,malah ada yang terpesona dengan kecantikan mereka. Semua kenal apabila hanya menyebut sahaja nama ketua group itu. Dan ya nama ketua group itu,dan juga manusia bermulut puaka itu adalah Tengkok ehh silap! Tengku Helena Belle Binti Tengku Kamil. Fuhh menyampah aku nak sebut panjang ii nih.
Helena and the geng terkejut melihat Haura dan Everlyn! Oh jadi ni lah perempuan yang dah goda boyfriend aku tu ya! Kata hati Helena gila itu.
Tanpa melengahkan masa, Everlyn mulakan ucapannya.
"Assalamualaikum,maaf mengganggu saya Everlyn Astrid dan ini sahabat saya Nur Haura Alaina ingin memberi borang jamuan,dan saya harap semua hadirkan diri ke jamuan itu. Semua sudah tertera di dalam ini dan hanya tinggal untuk tandatangan sahaja.". Kata Everlyn dengan tenang.
"Haura pergi edarkan borang ni setiap seorang". Arah Everlyn.
Haura mula bergerak. Mula dari berisan pertama kanan Haura mula edarkan. Penuh debaran yang dia rasa sekarang ini kerana banyak mata memandang ke arahnya.
YOU ARE READING
HAURA ALAINA
RomanceBook 1 "jangan ganggu saya boleh tak?!,awak nak tengok saya kena maki dengan girlfriend awak ke apa??!". ~HAURA ALAINA~ "Aku sayangkan kau sayang, jangan tinggalkan aku please". ~ADAM ANDERSON~ "Wahhh hahahaha,awak memang tamak Adam! Awak memang tam...