HARI sekolah telah tiba, Haura terus melakukan tugasnya sebagai seorang pengawas sekolah dengan menjaga pagar sekolah, jadi dia tak perlu nak jaga barisan kelas budak tingkatan 3. Everlyn baru sahaja pesan pada Haura supaya tidak tunggu akan kehadiran dia kerana dia ada hal lain yang perlu dibuat. Sedang Haura melihat pelajar-pelajar yang mula masuk ke sekolah dia terlihat kelibat Adam yang mula memasuki perkarangan sekolah dengan menaiki kereta audi miliknya. Hmm orang kaya, semua mampu miliki barang jenama hebat.
Mata Haura bertembung dengan mata Adam setelah Adam keluar dari keretanya dengan segera Haura menundukkan pandangannya. Sumpah dia masih takut akan kejadian semalam! Adam tersenyum sinis melihat kelibat Haura yang menjaga pagar. Kalau dia tahu Haura yang menjaga pagar sudah dari awal dia rancang untuk datang ke sekolah dengan lambat supaya dia dapat bertemu dengan Haura dan boleh berlama-lama dengan Haura, kena denda dengan Haura pun dia tidak kesah! asalkan dia puas! itu sudah cukup.
'' Apahal senior Adam ni tengok-tengok aku pulak! ish rimas tahu tak! ini kalau Helena takut memang habis aku!'' Kata Haura di dalam hatinya.
SETELAH selasai semuanya, Haura terus bergerak ke tapak perhimpunan bagi sesi taklimat sedikit. Haura masuk ke pintu dewan di bahagian depan, dia berjalan sambil menunduk kerana segan dengan tatapan ramai orang. Haura berdiri berdekatan dengan dinding sambil berdiri tegak di situ dan terus pandang ke hadapan. Sedikit pun dia tidak pandang ke mana-mana arah cuma hanya tumpu ke hadapan sahaja. Setelah selesai taklimat/roll call mereka terus bergerak ke kelas masing-masing. Haura berjalan bersendirian kerana Everlyn masih ada tugasan yang perlu dibuat, Sedang dia berjalan muncul pula sosok seseorang dari arah belakang tanpa Haura sedar, sosok itu menarik lengan Haura dengan kuat dan terus dibawa Haura ke belakang bangunan sekolah agar tiada siapa yang perasan.
Haura yang terkejut dengan tindakan itu terus mengangkat kepalanya untuk melihat siapa yang menariknya, dengan wajah yang terkejut sekali Haura tidak menyangka orang yang menariknya itu adalah orang yang selama ini cuba untuk dia hindari sejak kes semalam! ya Adam lah orangnya!
'' Senior Adam! kenapa senior tarik saya!? eh lepaskanlah tangan saya ni! kalau orang nampak macam mana!'' Haura sangat takut dengan tindakan Adam! memang gila betul.
'' Kau diam Alaina! kalau kau jerit macam ni memang mudah orang akan kesan kita la!'' Marah Adam pada Haura.
'' Kenapa senior tarik saya?''
'' Kau tanya kenapa? ke kau buat-buat lupa ni? kau jangan sampai aku yang buatkan kau ingat semua balik apa yang jadi semalam!''
Haura terdiam.
'' Kau saja kan nak menaikkan marah aku ni! kau memang suka cari pasal kan?! puas dah kau lari tinggalkan aku semalam? puas ke aku tanya ni?!'' Adam menjerkah Haura
Haura yang terkejut itu terus menangis teresak-esak.
'' Maafkan saya Senior Adam, saya sedar apa yang saya buat tapi kalau saya masih tidak keluar dari bilik tu semuanya akan menjadi masalah. Saya kena balik cepat saya risaukan parents saya. Kalau kita duduk lebih lama lagi akan jadi perkara yang buruk pula. Sorry.''
Adam yang mendengar itu terus menolah pipinya menggunakan lidah dengan riak tidak puas hati.
''Itu je alasan yang kau ada Alaina? Kau dah buat aku gila kau tahu tak?! mulai saat ini, aku tak nak tengok kau lari lagi dari aku! apa yang aku nak kau kena ikut! kalau kau degil jugak memang nahas kau aku kerjakan faham?!''
Haura tersentak dengan jerkahan itu, dengan segera dia menganggukkan kepalanya. Dia betul-betul takut saat ini.
Adam yang lihat itu terus tersenyum. Dengan pantas dia menarik Haura masuk ke dalam dakapannya sambil menggosok kepala Haura serta dengan ciuman di puncak kepala Haura. Haura yang terkejut dengan tindakan itu terus menarik kepalanya dan cuba melepaskan diri tetapi Adam menguatkan lagi pelukan itu. Haura hanya diam sahaja kerana risau akan tindakan Adam yang sukar dijangka.
'' Macam ni la yang aku nak, kau diam dan dengar cakap aku akan layan kau elok-elok. Kalau kau buat hal memang nahas kau aku kerjakan! kau kena tahu satu benda, apa yang aku nak aku akan dapatkan sekarang ni kau dah jadi hak milik aku so aku nak kau dengar cakap je mudah kan. Ya dan lagi satu kau tak perlu nak persoalkan kenapa aku buat macam ni dekat kau, just follow je apa yang aku buat faham Alaina?'' Bisik Adam di telinga Haura yang berlapikkan tudung.
Haura hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Dia tiada daya untuk melawan Adam kerana rasa takutnya lebih menebal. Adam yang melihat tindakan Haura itu terus tersenyum dan dia merehatkan kepalanya di bahu Haura sambil menghidu leher Haura. Hmmm wangi.
''Senior, bila senior boleh lepaskan saya? saya kena masuk ke kelas ni.'' Kata Haura dengan lembut sambil memaparkan riak yang tidak selesa.
''Kejap Alaina bagi aku rest dulu, kepala aku masih kusut lagi semenjak kau tinggalkan aku semalam.''
Haura yang mendengar itu hanya memaparkan riak yang tidak selesa. Setelah selesai semuanya, hampir 5 minit jugak la Adam buat perangai terus Adam melepaskan Huara. Haura yang melihat tindakan Adam itu dengan cepat dia melepaskan dirinya. Fuhhh lega!
Haura terus berlari meninggalkan Adam di belakang tanpa sempat mendengar apa yang Adam mahu katakan. Adam yang melihat itu hanya tersenyum sahaja. Hati yang berbunga-bunga telah membuatkan Adam tidak sedar bahawa sepanjang dia hidup, inilah kali kedua dia merasakan perasaan paling bahagia dengan senyuman yang melekar di bibir.
''Sayang you make me fall in love again and again, abang betul-betul rasa bahagia.''
HAURA berlari sepantas kilat, Adam ni memang tak guna betul! punca dia la Haura lambat untuk ke kelas! dah laa blok form4 agak jauh sedikit, ishhh.
Alhamdulilllah, masa menyebelahi Haura dia sempat masuk ke kelas sebelum guru subject kimia masuk ke kelas. Haura yang berpeluh sakan itu telah mengundang riak pelik rakan sekelasnya.
'' Eh Haura, yang kau berpeluh sakan ni dah kenapa? kau okay tak?'' Tanya Akid pada Haura.
'' Eh tak ada la, aku sakit perut tadi memulas pulak itu yang berpeluh ni, Hahaha.'' Kata Haura sambil menuju ke tempat duduknya.
'' Kau okay tak ni Haura?'' Tanya Everlyn.
''Eh aku okay je.''
'' Hmm bagusla kalau macam tu, kalau ada apa-apa yang tak kena bagitahu aku tau''.
'' Okay, baik Lyn sayang.'' Kata Haura sambil tersenyum.
YOU ARE READING
HAURA ALAINA
RomansBook 1 "jangan ganggu saya boleh tak?!,awak nak tengok saya kena maki dengan girlfriend awak ke apa??!". ~HAURA ALAINA~ "Aku sayangkan kau sayang, jangan tinggalkan aku please". ~ADAM ANDERSON~ "Wahhh hahahaha,awak memang tamak Adam! Awak memang tam...