'' Bismillahirrahmanirraham...''. Doa makan dibaca sebelum Haura menyuap makanannya ke dalam mulut sambil melihat suasana sekeliling. Sekarang ini dia makan di pondok taman sahaja kerana malas mahu bersesak di kantin yang sudah seperti tin sardin.
Haura menyantap makanannya dengan penuh berselera sehingga tidak kisah dengan hal sekeliling. Everlyn tiada disitu kerana cikgu Bob telah memanggilnya untuk beberapa tugasan, sempat juga Haura menyuap rakannya itu makan makanan yang di bawa oleh Haura dari rumah.
Dalam Haura tidak sedar, Adam dan Adrian muncul dari belakangnya dan Adam terus merampas makanan yang dibawa Haura itu. Haura yang terkejut itu lantas menolehkan kepalanya ke belakang.
'' Rajinnya kau bawa bekal ya Alaina, tak nak bagi aku rasa sikit ke?''
'' Senior Adam... jangan la macam ni, kalau Helena nampak macam mana? saya taknak gaduh dengan dia hanya sebab senior.''
'' Siapa suruh kau gaduh sebab aku? aku tak suruh pun, aku cuma nak rasa makanan kau je... kau yang masak eh?''
'' ya saya yang masak please bagi bekal saya balik''. Haih Haura nak marah pun lembut je suara tu.
Tanpa berkata lebih dan tidak mahu berdebat mulut, Adam terus makan makanan Haura menggunakan sudu yang sama Haura makan. Haura dan Adrian yang sejak tadi diam itu terkejut dengan tindakan Adam tambahan pula dengan pujian yang dikeluar dari mulut Adam mengatakan makanan yang di masak Haura itu sungguh sedap, lagipun mee goreng yang Haura masak itu kene dengan tekaknya dan itu juga salah satu makanan favourite Adam. ( author pun suka mee goreng, tapi kalau mee kari tambah pulak dengan tauhu goreng memang letopsss yoppp kalau pedas lagi sedap namamposss hehehe, okkk kita sambung balik)
'' Alaina, sedapnya mee goreng ni... aku suka! kalau kau nak tahu ni makanan favourite aku tau! esok kau masakkan aku mee lagi boleh? aku dah lama tak makan makanan sesedap ni, memang kena dengan tekak aku yang suka pedas-pedas ni.'' Kata Adam tanpa melihat wajah terkedu Haura itu sambil menikmati makanan itu dengan penuh khusyuk sambil terpejam-pejam matanya.
Adrian yang melihat itu juga terkedu kerana inilah reaksi baik yang dia nampak dari sisi Adam buat pertama kalinya. ''Adam kau memang pelik laa.'' Getus Adrian dengan suara yang perlahan.
'' Errr sedap sangat ke senior? tak tahu pulak masakan saya ni kena dengan tekak senior Adam tapi jangan habiskan saya pun nak makan. Masalahnya Senior dah pakai sudu saya, senior tak geli ke?''
'' Buat apa aku nak geli, bukannya najis pun. Ouh kau nak ke? sini dekat sikit aku suap kau.''
'' Eh jangan nak buat lawak saya tak nak, saya nak makan sendiri je.'' Terkejut Haura dibuatnya, ada pula nak main suap-suap dekat sini tak malu ke? Tambah pula dengan kejadian tadi, memang malu yang teramat sangat. Adrian pula hanya jadi pemerhati dan tidak mahu masuk campur urusan orang lain, yang dia hanya tahu adalah menunggu sang pujaan hati yang tak kunjung tiba sejak tadi. Mana lah dia pergi yaa.
'' Alaina, kau tahu kan aku di bukan orang yang jenis penyabar baik kau bukak mulut kau cepat.'' Adam cuba menahan marahnya dan sambil itu dia mencedok mee goreng itu untuk menyuap Haura makan. Kesian tengok owner bekal dari tadi tak makan-makan lagi.
Mahu tak mahu Haura buka jugak mulutnya dengan teragak-agak, risau pula kalau Adam sumbat sudu itu sekali ke dalam mulutnya, mampus anak orang wey!
Muka yang semakin merah membuatkan Adam geli hati melihatnya. ''Haih kalau macam ni hari-hari boleh tanam pokok terus dalam hati aku ni, Comel sangat ni kenapa sayang?'' Adam bersuara dalam hati.
'' Penat la macam ni, nak sweet-sweet depan aku bagai. Kau ingat aku tak ada perasaan ke Dam?'' Panas pulak hati kita wak!
'' Sikit pun aku tak kesah pasal kau.'' Kata Adam dengan selambanya.
Sambil-sambil itu Haura hanya dengar sahaja perbualan seniornya, malas mahu masuk campur. Yang dia tahu dia nak masa ni berlalu dengan pantas supaya tak perlu berlama-lama di sini. Haura hanya mengunyah sahaja makanan yang disuap oleh Adam, tiba-tiba rasa selesa dan seronok pula feeling-feeling macam husband suap pula. Ahaksss!
Mulut Haura yang comot itu, Adam lap menggunakan jarinya. Haura terkejut tetapi tidak boleh buat apa juga kerana semuanya berlalu dengan pantas dan dia biarkan sahaja. Tapi...
'' Aku tak boleh nak selesa sangat! Kau kena ingat Haura! dia tu kekasih orang!'' Sumpah! Haura terasa dirinya jahat pula. Semuanya hanya terluah didalam hati sahaja.
'' Senior saya dah kenyang, senior habiskanlah saya tak boleh nak makan dah.''
'' Betul ni kau kenyang? jangan menyesal pulak aku habiskan ni.''
'' Ya habiskan la, saya tak nak dah.''
'' Esok kau masakkan lagi untuk aku tau, kita makan sama-sama lagi untuk esok. Ni bukan permintaan tapi lebih pada arahan, faham?''
Haura yang tiada daya untuk balas kata-kata Adam itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Melihat riaksi positif dari Haura membuatkan Adam tersenyum dalam diam, yesss isteri aku nak masak untuk aku esok!
DI situasi Helena pula, dia sedang tercari-cari kekasihya itu. Mana pula lah si Adam ni pergi! tetapi tanpa dia sedar Adam sedang bermadu asmara dengan Haura, orang yang dia benci. Nak buat macam mana, dah Adam tu cuma layan kau hanya sebab kesian je kau kena tabah la ye.
Everlyn yang dari bilik guru itu baru sahaja sampai ke tempat Haura duduk, yang paling tak boleh diterimanya, ada makhluk yang paling diminta penampar itu boleh ada dekat situ! aduh sumpah rasa nak patah balik je! tapi semuanya dah terlambat! dia dah nampak kelibat Everlyn!
'' Apa pasal dua mamat ni boleh ada dekat situ! apa masalah Haura yang baik hati sangat bagi mamat dua tu duduk dekat situ! aku memang tak boleh terima betul! aduhhh hancur dunia aku kalau hari-hari nampak muka bodoh tu!'' Everlyn berkata dalam hatinya dengan wajah yang semakin kelat tambahan pula apabila melihat wajah sinis Adrian yang memandangnya dari jauh.
YOU ARE READING
HAURA ALAINA
RomanceBook 1 "jangan ganggu saya boleh tak?!,awak nak tengok saya kena maki dengan girlfriend awak ke apa??!". ~HAURA ALAINA~ "Aku sayangkan kau sayang, jangan tinggalkan aku please". ~ADAM ANDERSON~ "Wahhh hahahaha,awak memang tamak Adam! Awak memang tam...