abz ; seven

27 1 3
                                    

sebulan kemudian...

sebulan sudah berlalu selepas kejadian kebakaran rumah rentung soohyun itu.

kesian member menung tengok dapur rentung dia tu. duit pun melayang sekali. yerlah nak repair dapur dia tu.

memang sekarang ni, soohyun kena tumpang rumah salah seorang fellazgirls lah. tidak lain tidak bukan, eunkyo. almaklumlah jiran 💁

sekarang, mau tau apa aktiviti 8 sekawan ni?

alahh faham fahamslah remaja perempuan, ofkos lah GOSIP 💃~ tu jerlah kan perempuan minat walaupun takde topik yang menarik.

"aku taknak ikut boleh tak? malaslahhhhh!" tanya eunkyo dengan nada malas dia sambil tergolek atas katil.

sekarang ni, mereka berlapan bercadang untuk pergi shopping di sebuah mall yang baru sahaja buka.

"ahh takde. kau ikut juga kitaorang. mana tau dapat jumpa jodoh." kata leeya, mengangkat angkat keningnya. hmm gatai perempuan sorang ni. hehe jkjk.

"itu jerlah yang kau asyik fikir. masa abang bomba selamatkan rumah soohyun tu pun, kau asyik usha 'abang' hongjoong tu kan?" bebel eun pada leeya sambil mengangkat angkat keningnya.

"ingat aku tak nampak lah tu." sambungnya lagi lalu meng'roll' kan (?) matanya tanda menyampah.

"eehhhhhhhhhhhh mata kau ni kan. kacau daun betullah. usha sikit pun tak boleh." balas leeya, kalini dia pout, muncung habis mulut dia. macam itik 😗

sedang dua orang tu tengah bertengkar mulut dan kata kata, semestinya ada seorang yang cuba untuk meleraikan pergaduhan itu.

"maaf menganggu pertengkaran korang tapi kita nak ke tidak pergi shopping?" tanya jegun yang dari tadi terdiam.

fellazgirls yang lain elok je duduk tepi sambil makan popcorn. eh syok pulak tengok diorang bertengkar.

pertengkaran leeya dan eun tadi pun terhenti lalu mereka memandang antara satu sama lain.

"haa yerlah. jom jom. stok makanan aku kat rumah tu pun dah kurang. nanti takde benda pulak nak di kunyah."

kata haerin yang tangannya masih di dalam bekas popcorn. mana dia dapat popcorn tu? saya jugak tidak tau.

"bila difikirkan balik. aku masih craving aiskrim choco mint. dah lama tak makan." nyampuk eunkyo sambil jari telunjuknya menggosok gosok dagunya.

"tu jerlah dalam kepala otak kau. okeylah jom." komen yunjie. eleh dia nak sikit lah tu sebenarnya 😒

nasib baiklah mereka berlapan sudah berpakaian cantik dan lawa (bukan sama ke dua tu).

tanpa membuang masa, fellazgirls akhirnya keluar dari rumah leeya, rumah yang mereka suka lepak dan tidak jauh dengan rumah masing masing.

- ˏˋ 💌 ˊˎ -
─⊹⊱☆⊰⊹─

SAKURA SHOPPING MALL

mereka dengan teruja turun dari kereta yang di bawa oleh leeya sendiri. alang alang member ada kereta besar. hehehe.

"comel betul nama shopping mall ni. i like." komen sowon, bercekak pinggang sambil mengangguk angguk kepalanya.

"dah dah jom." soohyun menarik tangan jegun dan eunkyo, serentak. dia tau yang sejak kebelakangan ni, eunkyo kuat sesat. taktau lah pengaruh siapa 🤦

"makanan. yeah yeah makanan." sorak haerin, kegembiraan. ni lagi sorang. makanan je difikirnya. kuat makan tapi tak gemuk gemuk.

tanpa membuang masa, mereka pun masuk ke dalam mall itu. masuk sahaja ke dalam, mereka semua terpegun dengan kebersihan dan hiasan dalam mall tersebut.

di lobby sahaja, penuh dengan bunga sakura. palsu. jadilah tu dari takde.

"WAAHHHH!!!" 8 remaja perempuan itu menjerit dengan penuh teruja dengan hiasan hiasan mall tersebut.

(lebih kurang macam ni tapi tokong tu takde ye)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(lebih kurang macam ni tapi tokong tu takde ye)

sedang mereka memerhati keliling sakura mall ini dengan penuh 'kejakunan', mata eun terpaku melihat beberapa orang lelaki yang dia seperti kenal (ayat keling weh)

dengan automatik, tangan eun mencapai lengan baju kawan yang berdekatannya.

"weh, tengok tu. macam kenal je diorang tu." kata eun, menarik narik lengan baju kawannya itu.

walaupun dia hanya memanggil seorang antara fellazgirls tetapi enam yang lain memandang dan mencari golongan yang eun katakan.

cari punya cari, akhirnya mata mereka berlapan tertumpu pada sesuatu. dengan serta merta, mereka memandang antara satu sama lain.

"bukan ke itu...."

- ˏˋ 💌 ˊˎ -
─⊹⊱☆⊰⊹─

HAIIII IM BACK!! YESS CUTI SEM KALINI SEBULAN!!

tapi tak janji boleh update sebulan ni sebab saya nak marathon Detective Conan dan Bleach. ade idea saya update 😗👍

─⊹⊱☆⊰⊹─

Abang BombateezWhere stories live. Discover now