BAB 10

31 17 9
                                    


Tiba-tiba kamera laptop Tengku yang sebelum ini nampak separuh, kini sudah kelihatan sepnuhnga dan ia terlihat bukan Tengku yang video call tetapi Tunku Aileen. Ketiga gadis ini mula  terus menggelabah.

“Assa..assalamualaikum, Tunku Aileen”, gagap  Aryqa ketika memberi salam kepada Tunku Aileen manakala, Ariesya dan Melissa hanya mampu senyum.

“Waalaikumusalam”, balas Tunku Aileen pendek dan riak muka mendatar.

“Tunku, apa khabar??”, tanya Melissa takut-takut. Senyuman Melissa kelihatan agak kekok.

“Alhamdulillah, saya sihat. Ni kenapa nampak takut-takut je. Tak payahlah takut sangat dengan saya. Saya tak makan oranglah. Saya makan nasi aje haha”, gurau Tunku Aileen sambil gelak melihat muka mereka yang ketakutan.

Mereka bertiga mula berasa selesa sedikit selepas Tunku Aileen membuat  gurauan. Yelah, siapa yang tak takut berbual dengan wanita yang sangat terhormat dan beliau merupakan permaisuri kepada Sultan Negeri Midstorm.

“Ni nama awak semua ni apa ye??”, soal Tunku Aileen kepada mereka bertiga

“Saya Melissa, yang sebelah kanan saya ni nama dia Aryqa and sebelah kiri saya pula nama dia Ariesya”, Melissa memperkenalkan nama sahabatnya kepada Tunku Aileen

"Ouh..orang mana? Tinggal dekat mana? Umur berapa?", Tanya Tunku Aileen untuk mengenal mereka dengan lebih lagi.

Melissa menjawab pertanyaannya "Kami orang Newheaven dan sekarang memang   kami tinggal di Negeri Newheaven. Tahun ni umur kami nak masuk 25 tahun huhuhu dah tua dah".

“Mana tua... Eh awak tahu tak kalau awak tak sebut umur, saya tak tahu yang awak semua dah 25 tahun sehab tengok muka awak semua macam budak baru habis SPM...apa orang panggil ha?..Ha! Baby face gitu", pujian yang ikhlas dilontarkan oleh Tunku Aileen.

Mereka bertiga apa lagi tersipu malu lah selepas mendengarnya.

"Ni saya nak tanya, dari mana awak semua kenal dengan putera saya??”, tanya lagi Tunku Aileen

“Macam ni Tunku, Melissa ternampak kereta parking  kat tepi jalan raya, time tu pula dah nak malam, lagi-lagi dalam kawasan penuh hutan masa kitorang bertiga nak ke rumah anak yatim di Ertenal Sunshine Orphan. So, kitorang bertiga berhenti but yang keluar just  Mel dengab Iqa je sebab saya tak berapa berani hehe", jawab Ariesya dengan janggalnnya.

“Time tu kami tak tahu pun empunya kereta tu putera-putera Tunku. Jadi diorang berdua ni pergi tolong tengokkan apa yang bermasalah. Dari situlah, kami bertiga kenal dengan putera-putera Tunku”, sambung Ariesya.

Balas Tunku Aileen, “Ouh, macam tu. Bukannya apa, saya terkejut sikit. Yelah, tak pernah lagi lah saya nampak putera saya ni bervideo call dengan perempuan lain, selalu dengan kawan baik mereka je. Bila saya nampak yang mereka tengah video call dengan perempuan, jadi excited pula saya. Mana taknya, putera sulung saya ni dah lama membujang...katanya tak ada calon”.

Kemudian Tunku Aileen memandang wajah Melissa yang sedang mengelamun lalu berkata "Ha! Awak yang duduk tengah ni, tak berkenan ke dengan putera kedua (Tengku Hairul) saya".

Melissa yang sedap mengelamun menjadi terkejut.

"Eh kenapa tanya saya sorang je, tanya lah sekali diorang berdua ni", Melissa menunjukkan jarinya ke arah dua sahabatnya.

"Saya ni offer dekat awak, kalau kawan awak tu saya offer untuk putera saya lagi dua orang ni" usik Tunku Aileen sambil gelak-gelak. And mereka pula yang berasa  malu-malu.

Di samping kiri dan kanan Tunku Aileen terdapat puteranya yang ketiga (Tengku Addriane) dan yang bongsu (Tengku Ammar) manakala di belakangnya putera kedua (Tengku Hairul)

Euphoria To My DysphoriaWhere stories live. Discover now