BAB 21

13 7 0
                                    

Ketika itu Farisya masih beratur tunggu turn ambil air. Dia lalu di tepi kolam secara tiba-tiba budak yang seronok bermain lari di situ tertolak Farisya jatuh ke dalam kolam.

“Arghhh!”, lantangnya suara Farisya menjerit.

Semua orang yang berada di istana sangat terkejut mendengar jeritan kuar dari Farisya.

Semua kawan Farisya datang untuk lihat apa terjadi.

“TOLONG! TOLONG!”

Farisya melibas libas air seolah dia hampir lemas.

Tidak membuangkan masa, Tengku Fad masuk ke dalam kolam melalui anak tangga tepi kolam secara perlahan lahan tidak seperti dalam drama yang hanya terjun ketika menyelamatkan seseorang.

Farisya sedar kehadiran Tengku Fad berada berdekatanya, secepat yang mungkin dia memeluk tengkuk Tengku Fad sehingga Tengku Fad tidak boleh bernafas.

“Erkk jap! Saya tercek...tercekik!!! Ohok! Ohok! (bunyi batuk) Lepaskan!!!!”, Tengku Fad tidak dapat menghirup oksigen dengan baik.

Farisya tidak dengar apa yang Tengku Fad katakan kerana dia terlalu cemas dan takut sehingga tidak perdulikan orang sekeliling memerhatinya atas perbuatan keatas Tengku Fad.

“Ni saya ada. Lepaskan lah Farisya!”

“Tak nak! Saya takut!”

Tengku Fad mengengam tangan Farisya sekuat mungkin untuk melepaskan dirinya dari di cekik. Akhirnya dia dapat lepas, Tengku Fad berpaling melihat Farisya.

“Heii bawa bertenang....cuba bertenang”, lembut je suara Tengku Fad kata pada Farisya agar hilangkan sedikit rasa cemas itu.

Tengku Fad cuba tenangkan lalu Farisya memandang muka Tengku Fad yang tenang itu menjadi diam dan situasi bertukar tenang.

Mereka berdiri tanpa ada sebarang gerakkan.

“Look, kolam ni tak dalam mana pun”, ujar Tengku Fad.

Ketika mereka berdiri diam, air paras perut Tengku Fad manakala Farisya pula paras dada. Farisya fikir kolam itu terlalu dalam.

Are you okay now?”, tanya Tengku Fad.

Farisya hanya menganggukkan kepala.

Tengku Fad menarik tangan Farisya untuk naik ke atas keluar dari kolam.

Tunku Khaira merupakan bonda kepada Tengku Fad. Tengku Fad memanggilnya “mummy”.

Tengku Fad anak kerabat diraja bagi negeri Jendrilliane, bersebelah dengan negeri Newheaven dan Midstorm. Tengku Fad anak tunggal dalam keluarga itu. Ayahndanya bernama Sultan Faramir, seorang tegas yang amat digeruni semua orang dengan sikapnya.

Bonda kepada Tengku Fad berlari anak ke arah mereka berdua untuk berikan tuala.

Tengku Fad bantu menutupi baju basah kuyup itu dengan tuala. Ketika itu juga sahabatnya, Melissa, Ariesya dan Aryqa menghampiri mereka.

“Ya Allah bertuah punya kawan, macam mana kau boleh jatuh ni?”, tanya Ariesya sambil memengang pengelangan tangan Farisya.

Farisya tidak menjawab soalan sahabatnya kerana dia masih terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Tubuh badan Farisya habis mengigil kerana kesejukkan.

Tengku Fad tersedar sesuatu, dia tenung dengan sangat lama pada wajah Farisya.

Kebetulan ketika itu juga Farisya pandang wajah polos Tengku Fad yang tersenyum manis.

Jantung Farisya berdegup kencang selepas melihat bertapa kacaknya Tengku Fad ketika senyum lagi-lagi di hadapanya.

Ya Allah indah betul ciptaan-Mu. Eh wait asal dia pandang aku senyum-senyum ni? Ya Allah kenapa jantung aku berdegup kencang ni? Huhuhu hei jantung jangan lah macam ni.... Dia pun satu kenapa pandang macam tu, buat aku cair lah. Ke... dia suka aku ke?”, bisik hati kecil Farisya sambil tenung pada Tengku Fad.

Euphoria To My DysphoriaWhere stories live. Discover now