* kringgggg *
" Okey kelas.. kamu semua boleh keluar rehat ya. Nanti lepas rehat kita sambung pelajaran kita " kata cikgu Zahara setelah loceng sekolah di bunyikan.
Kesemua pelajar telah beredar ke kantin seperti biasa. Seperti rutin Elisha, dia tidak akan ke kantin mengikuti pelajar pelajar yang lain. Dia mengelakkan dari kesesekan. Lantas sahaja dia mengemas buku dan menuju ke perpustakaan membawa buku yang dipinjam nya dua minggu lepas. " Sha ! Tunggu ! " jerit Eiman yang berada selang dua kelas dari kelas nya. Elisha hanya memandang sekilas kepada sepupu nya yang memanggil. Tidak peduli nya. " Oi pekak ! Aku suruh tunggu ! " pekik Eiman lagi. Elisha dengan rasa amarah menunggu sepupu nya yang masih melayan gadis gadis kelas nya. " Cepat lah Man ! Hang ni lambat lah ! " balas Elisha. Eiman dan Elisha sememangnya bercakap utara. Tetapi menggunakan bahasa formal ketika bercakap dengan orang lain.
Eiman berlari ke arah sepupu nya yang sudah bergerak ke perpustakaan. Kedengaran nafas yang tercungap - cungap di telinga Elisha. " Lain kali, tak payah layan perempuan perempuan tu. Tau lah femes, tapi tak payah lah over sangat " Elisha yang sudah lama menyampah akan perkara tersebut membuka kata. " Ala kalau jealous, habaq lah. Padahal dia pun ramai je orang confess " jeling Eiman kepada sepupu nya yang agak marah. * agak nya minah ni datang bulan kot. Lain macam mood nye * bisik hati Eiman.
Sebaik sahaja melangkah kaki ke dalam perpustakaan, sudah jelas dua orang adik beradik sudah duduk di port mereka. " Gaduh lagi ke ? " ucap Sara yang melihat mimik muka Eiman tidak puas hati. " Entah Sha tu, mood tak betul " balas Eiman. " Hari ni giliran aku turun kantin. Korang nak ape ? Bak duit " Khai yang sudah siap sedia mahu ke kantin menanyakan soalan kepada rakannya. " Nah dua ringgit, macam biasa ea " balas Eiman. " Ha ah aku pun macam biasa, nah duit " Sara juga turut menghulurkan duit. " Ha kau Sha ? Nak ape ? " tanya Khai. " Aku? Macam biasa lah. Nah " Elisha juga menghulurkan duit. Lantas Khai bangun dari kerusi nya menyelusuri pintu keluar. " Kau dah habis ke baca buku yang kau pinjam? " tanya Sara. " Oh dah. Aku baru pulangkan tadi " balas Elisha. " Aku nak cari buku lagi. Korang duduk lah sini berdua, kalau ada apa apa panggil je aku. Nanti aku datang " sambung Elisha.——————
" Man Man aku nak tengok buku geo kau boleh tak ? " tanya Sara. " Oh boleh. Aku nak tengok buku math kau ? " kata Eiman. " Nah. Thanks " jawab Sara. " Hm, sama sama " balas Eiman. Mereka berdua membuat hal masing masing.
——————
* buku apa aku nak pinjam ni ? Hmm almost semua aku dah baca dekat rak ni. Tengok rak hujung tu lah * bisik hati Elisha. Elisha menjejakkan kaki nya ke rak paling hujung. Dia membelek kesemua buku disitu. " Lapuk " sepatah dari mulut nya. Ya. Buku di rak yang agak tersembunyi itu semua nya sudah lapuk. Usang , berdebu dan sesetengah nya sudah rosak. Mata nya masih melilau. Mata nya tertumpu pada satu buku. Ia kelihatan seperti baru, tetapi sudah lama. Dia mengambil buku tersebut yang berada di tengah tengah rak paling hujung. Dia memegang buku itu. Berkunci. * aik ? Kenapa ada buku yang berkunci dalam perpustakaan ni ? Tak apa. Aku ambil buku ni * bisik hatinya lagi. Dia bergerak ke meja dimana kawan kawan nya melepak. Kelihatan Khai sudah pulang dari kantin. Makanan juga terserlah di atas meja. Elisha melabuhkan duduk nya di kerusi nya. Dia terdiam seketika.
——————
" Asal muka kau macam cuak ? Kau nampak apa dekat rak hujung ? " tanya Khai yang pelik akan riak wajah Elisha. Elisha masih diam. " Kita makan dulu, nanti aku cerita " jawab Elisha. Mereka semua menjamah makanan yang dibeli oleh Khai di kantin. Beberapa minit berlalu. Meja mereka tiada lagi makanan di atas nya. " Ha cakap lah jadi apa dekat rak hujung tu " cakap Eiman sebagai pembuka kata kepada Elisha. " Aku jumpa buku. Tapi buku ni berkunci " jelas Elisha. " Berkunci ? " jawab Khai , Eiman dan Sara serentak. Kesemua mata memandang Elisha. Elisha agak cemas jika semua mata menuju kepada nya jadi dia mengeluarkan buku tersebut dahulu sebelum memulakan percakap semula. " Erm.. aku rasa. Buku ni mesti ada kunci. Mungkin dalam perpustakaan ni jugak ? " bicara Elisha. " Rahsia bilik perpustakaan sekolah " Khai membaca tajuk di kulit buku tersebut memandangkan dia berada disebelah Elisha. " Kenapa lah hang ni suka sangat ambil buku pelik pelik ? Dah berkunci letak lah balik. Ey lah budak ni " tegur Eiman kepada sepupu nya yang mental sikit. Elisha diam memikir kan kenapa buku tu berkunci. Sara memgambil buku tu dan memusing nya secara terbalik. Tertulis sebuah teka teki. Hairan. " Korang, cuba tengok ni " jelas Sara. Mereka semua menumpukan perhatian kepada belakang buku tu. Mereka membaca nya serentak. Satu demi satu ayat pantun itu dibaca.
* kringgg *
Loceng tamat rehat telah bunyi. Tidak sempat mereka habiskan membaca ayat tersebut. " Nanti masa prep petang, kita jumpa ok " jelas Elisha. Elisha dan Khai menuju ke kelas mereka. Manakala Sara dan Eiman pula berada dia kelas berlainan.Buku berkunci tersebut dibawa oleh Elisha ke kelas nya. Dia takut untuk membaca ayat tersebut seorang diri. Dia tekad untuk menyimpan buku tersebut di bawah meja sahaja. Lalu pelajaran pun bermula..
Persoalan nya, apa yang ditulis di buku berkunci tersebut ? Kenapa Elisha takut untuk membaca nya ? Adakah ia ada unsur unsur melibat kan sihir ? Kenapa buku berkunci tersebut ada di rak itu pada mulanya ? Dimana sorok nya kunci buku tersebut ?
< kalau nak tahu, stay untuk bab 2 okey ! >
love, author.
Dinn.
YOU ARE READING
PERPUSTAKAAN
Mystery / Thriller" Aku rasa.. puan Farah ada kena mengena dengan buku berkunci ni ". Lantas sahaja Sara membangkang percakapan Khai, " Aku tak setuju. Puan Farah baru saja letak jawatan tahun lepas. Macam mana dia nak tulis banyak banyak macam ni? " jelas Sara. Eima...