' Jika kamu mencari di mana ada,
Kunci untuk membuka segala rahsia;
Carilah ia di tempat yang sama,
Dan ingatlah untuk sentiasa bersama'.Jelas ayat yang tertulis di belakang kulit buku tersebut. Ke empat mereka membaca ayat itu dengan perlahan " Jika kamu mencari di mana ada, kunci untuk membuka segala rahsia " belum sempat empat sekawan itu melafazkan dua baris lagi, loceng rehat telah berbunyi. Lalu Elisha mengambil buku itu lalu ke kelas nya bersama Khai. Mereka telah membuat janji untuk berjumpa semasa prep petang.
Jam sudah menunjukkan waktu prep yang disebut sebut kan. Kesemua pelajar diberi peluang untuk menukar kelas atau pun tempat semasa prep dijalankan. Seperti biasa, Eiman dan Sara akan pergi ke kelas dua orang rakan nya. Sedang mereka berjalan menuju ke kelas Khai dan Elisha, ada yang mengganggu. Ya. Gadis gadis atau peminat ' setia ' Eiman. Sara hanya berdiam diri. Memandang muka - muka perempuan dari kelas - kelas lain. Dia geram. * agak nye kalau aku bagitahu diorang aku ni makwe Eiman apa reaction budak budak tak paham bahasa ni eh ? * soal Sara dalam hati nya. " Mannn cepat laaa kata nak date " rungut Sara yang saja mahu membuat peminat Eiman memerhati nya. * Ya Allah nasib ada Sara selamat kan aku * syukur Eiman di dalam hati nya. " Eh Sara kau kenapa ? Tergedik gedik " balas seorang peminat Eiman yang melihat apa yang dilakukan oleh Sara. " Amboi ! Kemain lagi ya korang ! Sekarang ni kan ada prep ! " jerit cikgu Asyikin dari jauh. Bertempiaran pelajar pelajar yang berada di koridor memasuki kelas semula. Pergaduhan yang baru sahaja nak bermula pun ditangguh.
Sedar sedari, Sara dan Eiman duduk dihadapan meja Elisha dan Khai. " Weh Sara, terima kasih tolong aku tadi. Tu pun kalau tak kena pekik, dah ada drama dah tu " Eiman memulakan perbualan. " Gaduh? " serentak Elisha dan Khai yang tidak tahu apa apa. " Ah nanti lah aku cerita, sekarang ni mana buku tu, kita kena pergi perpustakaan kalau ayat dia macam tu " tempis Sara yang tidak mahu mengulaskan hal yang berlaku. " Kalau macam tu, aku tanya Zafran dulu. Mintak kebenaran nak keluar kelas and inform dekat cikgu Zahara " jelas Khai. Mereka semua mengangguk menunjukkan mereka setuju.
" Kalau kau tak paham apa apa lagi soalan math ni, panggil je aku " jelas Zafran yang mengajar rakan nya. " Ouh thanks Zaf, aku duduk tempat aku dulu " Rania sebagai anak murid kepada mentor nya berdiri. " Eh tak payah, duduk sini " Zafran membalas. Khai yang melihat dan mendengar perbualan ketua dan penolong kelas itu terdiam. Berdiri bagai kan batu di sebelah Zafran. " Weh Zaf, aku nak jumpa cikgu Zahara boleh tak ? " tanya Khai. Ketua kelas yang tidak sedar akan kehadiran Khai itu terperanjat. Nasib tak jatuh kerusi. " Dari mana kau ni Khai. Ha pergi lah, tapi jangan lama lama sangat " balas Zafran. " Thank you bro " Khai membalas sambil menepuk bahu ketua kelas nya. Dia beredar menyelusuri pintu kelas. Keadaan di dalam kelas semakin tidak terkawal. " Pelan sikit suara tu, aku jugak yang kena nanti " Zafran menegur rakan kelas nya yang riuh rendah, mungkin kerana mereka bertukar kelas.
" Sha " panggil Eiman. " Ape " balas Elisha sepatah. " Wey hang.. boleh tak tolong aku buat english " tanya Eiman yang melembut kan suara nya untuk memujuk sepupu nya itu. Elisha hanya menjeling. " Haih ye lah aku tolong, aku tulis dalam kertas dulu nanti copyright ja " dengan nada yang pasrah, Elisha membalas. Sementara mereka menunggu Khai untuk pulang dari bilik guru memberikan berita baik, mereka meluangkan masa dengan mencuba untuk membuka buku tersebut. Sara dan Elisha masih meniliti buku berkunci itu. Manakala Eiman sedang buntu memikirkan ayat yang diberi Elisha untuk digabungkan dengan ayat nya. Khai mengetuk pintu kelas perlahan. Memasuki kelas dengan muka yang tiada perasaan seperti biasa.
" Jom, cikgu bagi kita lepak perpustakaan " Khai memberi tahu berita yang gembira. Mereka lantas mengemas alatan alatan tulis. Bangun dan beredar bersama. Khai memberitahu penolong ketua kelas memandangkan ketua kelas meminta diri untuk ke tandas. Mereka melangkah kan kaki ke perpustakaan dengan pantas. Hati bergelora ingin menyelesaikan tekateki. "Assalamualaikum. Kami nak belajar dekat sini sementara tunggu prep habis " Eiman menanyakan perpustakaan yang kosong itu. Tiada jawapan. Jadi mereka bebas untuk menggeledah perpustakaan itu. Mereka meletakkan beg masing masing di spot biasa. " Ok, aku dengan Sha cari dekat bahagian kaunter , stor buku dan bilik cikgu perpustakaan. Man, kau dengan Sara cari dekat rak belakang " Khai selaku ketua, memberi arahan kepada masing masing. Mereka mengikuti arahan, dan mula mencari.
——————
" Kau cari tempat yang Sha jumpa buku tu, aku cari dekat sebelah sini " Eiman menentukan cadangan. Sara hanya mengikuti arahan rakannya. Seperti yang berlaku, Sara membelek kesemua buku yang ada. Mencari jika ada ruangan rahsia atau tersembunyi. Tiada. Dia mula mencari di meja kecil bersebelahan rak pula. Tiada apa apa juga. Dia berpaling ke arah Eiman yang juga mencari di meja bersebelahan rak. Eiman yang menyedari pandangan nya menggelengkan kepala. Mereka berbincang semula. " Ok , kali ni apa kata kita cari sama sama " Sara pula yang berikan cadangan. Eiman setuju. Mereka sambung mencari. " Sara ! Eiman ! Sini ! " jerit Elisha..
Apa maksud disebalik pantun tu? Kenapa Elisha memanggil Sara dengan Eiman? Apa yang Elisha dengan Khai jumpa? Mereka jumpa ke tidak kunci untuk membuka buku tersebut?
< stay tune for bab 3 ! >
Love author,
Dinn.
YOU ARE READING
PERPUSTAKAAN
Mystery / Thriller" Aku rasa.. puan Farah ada kena mengena dengan buku berkunci ni ". Lantas sahaja Sara membangkang percakapan Khai, " Aku tak setuju. Puan Farah baru saja letak jawatan tahun lepas. Macam mana dia nak tulis banyak banyak macam ni? " jelas Sara. Eima...